Entri saya hari ini
sebenarnya adalah entri yang sudah beberapa hari saya tulis dan sentiasa tertangguh
untuk di’post’kan di blog ini. Coretan saya untuk kali ini adalah mengenai
skrip drama radio. Menulis! Saya memang suka menulis… Tapi tidak pernah pula
terlintas di fikiran saya untuk menulis skrip drama radio.
Segalanya bermula
apabila emak yang selalu mendengar slot ‘Layar Maya’ yang keudara setiap hari
ahad jam 12.30 tengah hari di Nasionalfm. Kata emak, tidak salah jika kita
mencuba. Kemudian saya terfikir, ini juga satu cara untuk kita melontarkan
pandangan dan pendapat – mengarap cerita melalui skrip drama, tapi perlu ada
mesej yang ingin disampaikan.
Bermula dari saat itu
saya mula membuat sedikit kajian tentang penulisan skrip drama radio di
internet. Banyak maklumat yang sangat membantu saya untuk menghasilkan skrip
drama radio saya yang pertama. Penulisan skrip drama radio sama seperti kita
menulis dialog. Ada dialog-dialog tertentu yang perlu kita perincikan intonasinya
dan jelas situasi yang berlaku ketika itu. Saya mengambil masa lebih kurang 5
hari untuk menyiapkan lakaran cerita dan skrip penuh untuk setiap plot cerita
yang telah digarap. Alhamdullilah… akhirnya skrip drama radio pertama saya yang
berjudul ‘Duri’dapat disiapkan.
Saya masih ingat lagi,
12/2/2013 – tarikh saya menghantar skrip drama saya ke penerbit drama radio,
angkasapuri. Ketika itu saya hanya ingin mencuba. Sebulan kemudian, saya
mendapat panggilan telefon dan diberitahu skrip drama saya bakal disiarkan di
slot ‘Layar Maya’ dan akan menerima pembayaran untuk skrip tersebut.
Alhamdullilah… Skrip drama radio yang berjudul ‘Duri’ telah pun disiarkan pada 21/4/2013,
Ahad lepas jam 12.30 tengah hari slot ‘Layar Maya’ di Nasionalfm.
Saya merasa puas dengan
hasil karya saya, bayaran bukanlah segala-galanya. Seperti yang pernah
diberitahu oleh Aina Emir di blognya, kita akan merasa lebih bahagia dengan
berkarya jika kita melakukannya tanpa terlalu fikirkan sangat tentang wang.
Jika sudah ditentukan kita akan diberi rezeki dari usaha ini, terimalah dengan
seikhlas hati. Usaha saya yang pertama ini adalah pembakar semangat untuk terus
berusaha dan pengalaman yang pertama ini sangat berharga buat diri saya.
Thanks to my mum and my
dear sister and brother…
5 comments:
wah kak za..tahniah..jadi penulis skrip radio..tapi st dengar pulak siaran tu..duri tu cerita psal apa..nanti review yek:-)
Terima kasih yati...cerita biasa-biasa je...Insya Allah nanti akak review...
YANG PEMBUKAAN TU BUKAN LOOSE HOPE TAPI LOSE HOPE SAYANG...
Assalamualaikum,
sedang saya mencari entri Skrip Drama Radio di google, tiba2 ternampak ruangan ini. Saya membacanya. Tahniah, atas drama DURI. Saya ada mendengar dan siap merakamnya di telefon. Saya memang suka drama radio.
Sekiranya saudari ada mendengar, minggu lalu (8 Disember 2013) skrip saya juga disiarkan berjudul KERANA SAYANG.
Salam perkenalan daripada saya Hasni Jamali (nama pena Hanna JOhan) :)
Assalamualaikum. terima kasih atas perkongsian. saya pun berminat nak tulis drama radio ;)
Post a Comment