Wednesday, January 31, 2018

Wednesday, December 27, 2017

Design My Beautiful Day In This Beautiful Planner

Assalamualaikum...

Ramai tak yang suka Planner

‘A dream is just a dream… A goal is a dream with a plan’


Tadaa… This is my beautiful planner to design my beautiful day for next year, yang hanya beberapa hari je lagi. Dalam banyak-banyak planner yang saya survey, planner ini menjadi pilihan hati untuk tahun 2018. Harga, mampu milik dan dapat banyak free gift.


Ini merupakan tahun kedua planner sahabat ennur menjadi pilihan saya. Apa yang istimewa dengan planner ni?

  • Cover yang cantik berserta dengan casing planner.
  • Full of colors setiap helaian.
  • Tarikh bulan Islam disediakan.
  • Penuh dengan kata-kata motivasi yang membina.
  • Checklist yang pelbagai, rutin harian, ibadah, kewangan dan diet.
  • Saiz A5, mudah dibawa.
  • Kalendar cuti

Ada 2 color pilihan, putih pink yang menawan dan hitam gold yang elegant dan yang elegant itu pilihan saya. Manakala yang menawan itu pilihan adik. 



It’s really worth it! Awesome planner! Recommended!

Yang berminat dengan planner ni boleh like dan follow page @sahabatennur. Terbaik team sahabat ennur dan semoga tahun depan dengan planner yang lagi awesome...

Goals without a plan are just wishes…
Hope 2018 will become an amazing year for us!

Sekian, perkongsian untuk petang ini.


Monday, December 4, 2017

Fatonah Azali

Assalamualaikum...

Semoga dalam keadaan baik semuanya...

Tetiba rasa nak kongsi sikit kisah Fatonah Azali kat blog ni. Ramai tak yang tengok cerita ni sabtu lepas slot cerekarama TV3?

sumber : google
Saya biasanya akan tidur awal memandangkan esoknya adalah hari bekerja. Tetapi disebabkan tertarik dengan iklan drama Fatonah Azali ni, sangguplah tunggu jam 10.00 malam. Fatonah adalah seorang gadis istimewa (autism). Kisah sedih yang dialami oleh Fatonah adalah selepas ayahnya meninggal. Dia dijaga oleh Pak Tam dan selepas kematian Pak Tam, Azali anak kepada Pak Tam diamanahkan untuk menjaga Fatonah.

Apa yang ingin saya highlight di sini, bukan senang untuk menjaga dan memahami golongan seperti kami. Perlu kesabaran pada tahap yang tertinggi dan pengorbanan. Itulah yang dilakukan oleh Azali sehingga dia rela dan redha mengahwini Fatonah. Perkahwinan mereka bukan kerana cinta tetapi lebih kepada pengorbanan. Menerima Fatonah yang serba kekurangan, tanpa mengharapkan apa-apa kerana tiada apa yang boleh dilakukan oleh Fatonah sebagai seorang isteri. Tertanya-tanya juga adakah lagi orang seperti watak Azali di zaman ini? 

Saya suka pengakhiran cerita ini. Mungkin simple tapi itu yang terbaik untuk kedua-dua watak. Sebagaimana yang saya katakan bukan senang untuk menjaga dan memahami golongan kelainan upaya. Fatonah bertuah kerana ada insan seperti Azali dan Azali adalah yang terpilih untuk berada dalam hidup Fatonah walaupun seketika. Alfatihah...

Sekian..;)

15 Rabiul Awal 1439H


Sunday, December 3, 2017

03 DISEMBER - HARI OKU SEDUNIA

Assalamualaikum...

Selamat Tengah Hari Semua... 

Agak lama juga blog ini dibiarkan bersawang. Hari ni saya nak kongsi sikit berkenaan tajuk kat atas tu...

03 Disember 2017 adalah merupakan Hari OKU sedunia. 

Tema : 'Transformation Towards a Sustainable and Resilient Society For All'


Menurut Akta OKU 2008, ketidakupayaan itu berpunca daripada halangan. Menurut World Health Organisation, lebih daripada 1 billion orang cacat di dunia ini. Dan 1% populasi dunia berkerusi roda. Angka 1% itu kelihatan kecil bagi sesetengah pihak. Hakikatnya, lebih 65 juta orang di dunia ini perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Halangan untuk bergerak, mungkin kerana kecacatan fizikal itulah yang dimaksudkan dengan ketidakupayaan berpunca daripada halangan. 

Hari OKU Sedunia telah diraikan sejak 1992 bagi mencetuskan kesedaran kepada orang ramai berkenaan cabaran sebagai OKU dalam kehidupan seharian.

Tema setiap tahun pula berkisar kepada pertimbangan terhadap OKU sebagai salah seorang anggota masyarakat. Tema dipilih oleh United Nation dan negara-negara yang menganggotainya perlu embrace them into their undang-undang, polisi, perancangan dan sebagainya.

Berikut Adalah Tema-tema Hari OKU Sedunia yang dipilih oleh United Nation:
1. 2015 – Inclusion matters: access and empowerment for people of all abilities
2. 2014 – Sustainable development: the promise of technology
3. 2013 – Break barriers and open doors to realise an inclusive society for all
4. 2012 – Removing barriers to create an inclusive and accessible society for all
5. 2011 – Together for a better world for all: Including persons with disabilities in development
6. 2010 – Keeping the promise: Mainstreaming disability in the Millennium Development Goals towards 2015 and beyond
7. 2009 – Making the MDGs Inclusive: Empowerment of persons with disabilities and their communities around the world
8. 2008 – Convention on the Rights of Persons with Disabilities: Dignity and justice for all of us
9. 2007 – Decent work for persons with disabilities
10. 2006 – E-Accessibility
11. 2005 – Rights of Persons with Disabilities: Action in Development
12. 2004 – Nothing about Us without Us
13. 2003 – A voice of our own
14. 2002 – Independent Living and Sustainable Livelihoods
15. 2001 – Full participation and equality: The call for new approaches to assess progress and evaluate outcome
16. 1999 – Making information technologies work for all
17. 1998 – Accessibility for all for the new Millennium
18. 1997 – Arts, Culture and Independent Living

Jika dilihat pada hari ini telah banyak usaha penambahbaikan dilaksanakan dalam mewujudkan akses kepada OKU agar no one left behind dari segi peluang pendidikan, peluang kerja, kemudahan awam, bantuan dan sebagainya. Saya juga melihat telah banyak program-program OKU diadakan. Semoga kelompongan yang masih wujud ditambahbaik lagi dengan harapan satu hari nanti OKU boleh menjalani kehidupan dengan lebih baik. 

Saya tinggalkan coretan ini dengan memetik kata-kata dari Mohd Sukur Ibrahim dalam bukunya, Takdir Itu Anugerah.

Perjalanan hidup kita berbeza-beza, kepayahan, kesulitan,cabaran dan dugaan akan datang silih berganti. Tetaplah berjalan dengan yakin kerana akan ada pertolongan untuk kita mengatasi segala kesulitan yang membadai. Bukan mudah menjadi OKU, ada perkara yang orang normal boleh lakukan dengan mudah, tetapi bagi saya payah dek terbatas fizikal. Kadangkala jiwa jadi sensitif kerana pandangan sinis masyarakat. Alhamdullilah Allah bantu melalui ramainya manusia yang baik hati di sekeliling saya.


Sekian... ;)

14 Rabiul Awal 1439H

Thursday, August 3, 2017

Tombiruo Akan Berada Di Pawagam

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari... Lunch apa hari ini??

Lunch saya tart kerang berinti jem nenas (kuih tart memang kegemaran) dan sekotak anlene coklat (yang ni bukan kegemaran tapi untuk kesihatan tulang kena minum).  Buat alas perut di tengah hari. Tengah hari ni teringin pulak nak buat post berkenaan Tombiruo yang tak lama lagi akan berada di pawagam. 

Sumber : KELABRAM

Perasaan saya sebagai salah seorang peminat Novel Ramlee Awang Murshid sangat teruja menunggu tarikh 12 Oktober 2017. Siapa yang pernah membaca novel Tombiruo pasti tidak sabar ingin melihat bagaimana kisah Tombiruo ini digarap versi filem. Harapan saya semoga Filem Tombiruo ini dapat mencipta kelainan kerana jalan ceritanya lain dari yang lain. 

Trilogi Novel Tombiruo

12 Oktober 2017... Nantikan lakonan Zul Arrifin, Farid Kamil dan Nabila Huda.

Sekian...

10 Zulkaedah 1438 Hijrah



Wednesday, August 2, 2017

Perintah Interim Secara Exparte

Assalamualaikum...

Semoga baik-baik sahaja petang ini...


A sudah bercerai dengan B dan mereka mempunyai dua orang anak yang masih di bawah umur. A telah membuat tuntutan hadhanah (hak penjagaan) di Mahkamah Syariah terhadap 2 orang anak tersebut. B berusaha untuk membawa dua orang anak tersebut ke luar dari Malaysia. Sedangkan perbicaraan tuntutan hadhanah masih dalam prosiding. Ini adalah situasi yang biasa berlaku di Mahkamah Syariah. 



Sudah agak lama saya tidak menulis tentang undang-undang. Petang ini tergerak hati untuk berkongsi sedikit berkenaan Perintah Interim Secara Exparte. Dua istilah ini adalah istilah undang-undang dan ia tidak asing di Mahkamah Syariah. Perkongsian ini adalah ilmu yang saya dapat melalui bengkel baru-baru ini. Walaupun ini bidang saya, hakikatnya saya masih kabur tentang perkara ini. Perkongsian ini adalah secara ringkas sahaja.

Penyelesaian bagi situasi di atas, B boleh membuat permohonan perintah interim hadhanah.


Apa Itu Perintah Interim?


- Perintah sementara sehingga penyelesaian penuh. Dalam situasi di atas merujuk kepada Perintah sementara sebelum keputusan kes hadhanah diputuskan.


Dalam Keadaan Mana Boleh Dibuat Permohonan Interim?

1. Perintah Interim Injunsi

- Remedi dalam bentuk arahan Mahkamah untuk menghalang atau meneruskan atau melakukan sesuatu.

- Contoh : Tegahan kacau ganggu, pembekuan harta dan tegahan bawa keluar anak.

2. Perintah Interim Hadhanah

- Dipohon untuk mendapatkan hak jagaan anak sementara dengan perintah berkuatkuasa dengan segera sehinggalah keluar perintah kekal dalam kes induk (kes hadhanah)

- 2 elemen penting yang perlu dalam permohonan ini :
  a) Wujud keadaan yang mendesak
  b) Demi kepentingan, keadilan atau perlindungan anak atau pemohon

3. Perintah Interim Nafkah Anak

- Permohonan dibolehkan apabila :
1. Dalam keadaan memerlukan perintah nafkah
2. Bapa kanak-kanak berkeupayaan membayar nafkah 

Apa itu Exparte?

- Tidak semua Permohonan Interim boleh dibuat secara Ex-Parte.

- Contohnya Tuntutan Nafkah Anak mesti secara Inter-Parte (Mendengar kedua-dua belah pihak)

- Asas permohonan hendaklah wujud darurat.

- Diputuskan setelah mendengar secara sebelah pihak untuk mengelakkan apa-apa kerosakan / mudharat.



Merujuk kepada situasi di atas permohonan perintah interim hadhanah tersebut akan didengar secara exparte (secara sebelah pihak sahaja)dan hendaklah wujud 2 elemen dalam permohonan tersebut iaitu ; keterdesakkan dan demi kepentingan anak serta pemohon.

Apabila Mahkamah berpuas hati dengan alasan dan wujud 2 elemen yang telah dinyatakan di atas, maka perintah interim secara ex parte boleh dibenarkan dan menghalang B dari membawa keluar dua anak tersebut dari Malaysia sehingga keputusan kes hadhanah diputuskan.

Sekadar ini dahulu perkongsian saya untuk petang ini dan Insya Allah perkongsian ini akan bersambung di lain waktu.

Sekian...

9 Zulkaedah 1438 Hijrah

Thursday, June 22, 2017

Buku Raya Ganti Duit Raya

Assalamualaikum...


Budaya memberi duit raya sudah menjadi amalan setiap kali tiba hari raya. Orang yang paling gembira adalah golongan kanak-kanak. Idea Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) telah mencipta satu kelainan iaitu, Buku Raya Ganti Duit Raya. Idea yang sangat menarik dan ada nilai tersendiri. Saya menyokong idea ini 200%.


Rasionalnya, mendidik kanak-kanak untuk dekat dengan buku dan membudayakan amalan membaca di kalangan mereka. Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma ini, ITBM telah menawarkan 1,214 judul buku yang dijual dengan harga RM3, RM5 dan RM10. Terdapat pelbagai kategori buku antaranya, buku cerita, kisah dongeng, siri sang kancil, bahan bacaan tambahan, novel, cerpen, puisi dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut boleh layari 

Jika berkelapangan bolehlah buku tersebut dibungkus cantik-cantik seperti hadiah, pasti akan memberi perasaan teruja kanak-kanak terhadap pemberian itu. Pasti akan hilanglah rasa pelik mereka kerana tidak diberi duit raya. Semoga idea dan tawaran ITBM ini berterusan untuk tahun-tahun hadapan dan menjadi amalan…

Selamat membaca dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

27 Ramadhan 1438H

 Sekian...