Sumber : Google
Sketsa di atas
mengingatkan saya kepada permintaan saya kepada emak beberapa hari yang lalu.
Ketika itu saya teringin sangat sup ayam yang dimasak oleh emak. Inilah cerita
saya hari ini, bukan mengenai sup ayam tapi tentang air tangan emak yang
sentiasa di ingatan anak-anak.
Setiap kali tiba waktu
makan, pasti kita akan tertanya-tanya apa agaknya menu yang dimasak oleh emak
hari ini? Apatah lagi sekiranya kita berada jauh dari keluarga dan hanya sekali
sekala sahaja dapat pulang ke kampung dan dapat merasai keenakan masakan emak.
Bagi yang tinggal bersama keluarga pula pastinya akan merindui keenakan masakan
yang dimasak oleh emak apabila sekali sekala terpaksa berjauhan dari keluarga. Tiada
siapa yang menyangkal bahawa masakan emak adalah yang terbaik. Tidak kira apa
jua menu yang dimasak, tetap menambat selera walaupun hanya ikan kukus yang
digoreng. Betulkan?
Persoalannya, apa
agaknya yang menyebabkan masakan yang dimasak oleh emak menjadi sedap dan
berjaya menambat selera kita sebagai anak dan juga ayah kita? Jika dilihat,
kerja-kerja memasak hanyalah kerja-kerja fizikal seperti menggoreng, menumis,
memotong, mengupas dan sebagainya. Pada hemat kita, semua orang boleh
melakukannya.
Menurut satu artikel
yang pernah saya baca mengatakan, semasa memasak seorang ibu akan niatkan di
hati untuk sediakan makanan yang terbaik dari sentuhan tangannya untuk anak-anak
dan suaminya. Di sinilah kesan rangsangan spiritual yang positif untuk
anak-anaknya. Sungguh hebatkan, jalinan emosi dan tautan hati yang ditunjukkan
oleh seorang ibu melalui masakan yang dimasak olehnya. Seorang ibu juga akan
tetap menyediakan makanan untuk anak-anaknya, walau sesibuk mana pun dia.
Begitulah keikhlasan yang ditunjukkan oleh seorang ibu. Dari sinilah, anak-anak
jatuh kasih dan sayang kepada ibu mereka.
Pepatah ada mengatakan,
‘tangan yang menghayung buaian mampu menggocang dunia’ begitulah perumpamaan
yang diberikan untuk seorang wanita, seorang ibu. Kejayaan mereka dalam
menguruskan urusan rumah tangga melalui sentuhan kasih sayang harus diberi
penilaian yang tinggi. Bermula dari masakan seorang ibu berjaya membentuk jiwa
anak-anak yang cemerlang dan terbilang.
Oleh itu, sejauh mana
pun kita pergi dan di mana pun kita berada masakan ibu tetap di ingatan. Tidak
mungkin akan dilupakan.
Sumber : Facebook
Air tangan seorang ayah
juga mampu membuka selera dan mengikat kasih sayang.
Nabi Muhammad
S.A.W juga melakukan kerja-kerja di rumah. Seorang sahabat, Aswad bin Yazid
berkata, “Aku bertanya Aishah, apakah kebiasaan Rasulullah S.A.W di rumah?”
Aishah menjawab, baginda selalu membuat kerja rumah, kemudian setelah mendengar
azan, baginda akan keluar rumah.”
Sekian coretan saya untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment