Sudah agak lama juga saya tidak menulis di sini
rupanya. Sedar tak sedar hari ini sudah pun 4 April 2013 dan entri saya pada
kali ini adalah mengenai kisah salah seorang wanita yang menjadi ketua wanita
di syurga. Dia juga digelar sebagai ratu syahadah. Dialah Siti Asiah, seorang
gadis jelita daripada keturunan keluarga Imran yang baik dan solehah.
Kisah kejelitaan Siti Asiah ini akhirnya sampai di
pendengaran Firaun dan ingin menjadikan Asiah sebagai permaisurinya. Lamaran
Firaun pada mulanya telah ditolak oleh Asiah dan akibatnya, kedua ibubapa Asiah
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Asiah juga telah ditangkap dengan
kekerasan dan dibawa ke istana Firaun. Asiah amat sedih melihat keadaan kedua
ibubapanya.
“Hai Asiah, jika engkau
seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka
oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima
lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan aku akan bebaskan kedua orang
tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan
mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu.” Itulah
antara ancaman Firaun kepada Asiah. Oleh
kerana ancaman itu akhirnya Asiah menerima lamaran Firaun dengan beberapa
syarat. Antara syarat tersebut ialah kedua ibubapanya harus dijamin kesihatan,
makan dan minumnya.
Setelah berkahwin, Asiah
telah hidup mewah dan tinggal bersama-sama dengan Firaun di dalam istana yang
indah. Ini semua tidak mempengaruhi kehidupan peribadi Asiah. Dia tetap taat
kepada perintah agama dan tidak pernah meninggalkan ibadatnya kepada Allah. Bagi menyelamatkan Asiah
dan menjaga kehormatannya, Allah SWT telah menciptakan iblis yang menyamar
dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Firaun.
Ketika peristiwa Masyitah
yang merupakan juru hias istana dan anak-anaknya dimasukkan ke dalam kuali yang
mengandungi minyak yang sedang mendidih, Asiah dengan beraninya telah memarahi
Firaun dengan kata-kata yang pedas. Dia juga sanggup mati seperti Masyitah dan
tidak mahu lagi menjadi isteri Firaun.
Mendengar ucapan Asiah, Firaun telah menjadi
marah. Firaun kemudiannya telah menyiksa Asiah tanpa diberi makan dan minum
sehingga Asiah meninggal dunia. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir,
Asiah sempat berdoa kepada Allah SWT sebagaimana yang tersirat dalam Al-Quran –
Surah At- Tahrim, ayat 11.
Maksudnya: “Dan Allah
mengemukakan satu misal perbandingan (yang mengatakan tidak ada mudaratnya)
kepada orang-orang mukmin (berhubung rapat dengan orang-orang kafir bahawa kalau
tidak terjejas keadaan imannya), iaitu perihal isteri Firaun, ketika dia berkata,
Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga dan
selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas) serta
selamatkanlah daku dari kaum yang zalim.”
Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga
Ratu
Syahadah – In Team
NOTE : Semalam 3/4/2013 - Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU ke 13... Sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.
NOTE : Semalam 3/4/2013 - Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU ke 13... Sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.
No comments:
Post a Comment