Apabila terpandang akan
warna pink mengingatkan saya kepada seorang kawan. Boleh dikatakan semua barang
kepunyaannya berwarna pink. Cadar, langsir, bekas pensel, beg, mug semuanya
warna pink. Barang-barang itu semua dibeli bukan secara kebetulan, tapi dia
akan membeli apa sahaja barang yang berwarna pink. Dia seorang yang obses pada
warna pink. Cerita saya pada petang ini adalah mengenai obses pada warna.
Saya memang suka dengan
warna silver. Kenapa? Jawapan yang boleh saya berikan, warna silver – mewah dan
unik. Saya pernah terbeli barang yang pada asalnya bukanlah menjadi keperluan
pun, tapi kerana warnanya silver… saya membelinya. Mungkin saya juga seorang
yang obses pada warna.
Tiga minggu lepas, ada majlis
perkahwinan di kampung saya. Warna temanya ialah gabungan warna silver dan
turquoise. Gabungan warna yang sangat sepadan pada saya. Ia nampak mewah dan
moden. Mungkin selepas ini saya akan menjadi obses dengan gabungan warna ini.
Sekian coretan untuk petang ini...
No comments:
Post a Comment