Entri saya kali ini
adalah atas permintaan seorang sahabat yang sudi memberi ‘respond’ untuk
coretan saya sebelum ini, mengenai skrip drama radio.
Ini sedikit sedutan
dialog daripada drama tersebut :-
AWATIF
: Tidak! Apa salah saya Naqib? Apa yang saya dah buat? (Nada sebak dan air
mata mula mengalir di pipi.)
ALYA
: Tak ada apa yang membahagiakan, Awatif. Setiap hari aku dijadikan babu di
rumah.
Tidak cukup dengan itu, pantang
salah sikit aku dipukul, diherdik. Aku dah tak
tahan, Awatif. (Nada sedih)
ADAM
: Tolonglah Encik Naqib, jangan bertindak mengikut perasaan, tanpa mengetahui
kesahihan cerita sebenarnya.
Saya tak mahu Encik Naqib jadi buta, sama seperti
saya. Buta dalam menilai yang
mana kaca dan yang mana permata.
IRFAN :
Kau tinggalkan aku sebab lelaki tu kan? Hah? Aku tak akan tertipu lagi dengan
perempuan macam kau. (Nada tinggi)
(Menoleh ke arah kekasih Alya)
Dan kau… kau juga pasti akan menjadi mangsa
perempuan ni sama seperti aku,
jadi kau juga harus mati!
(Satu
das tembakan dilepaskan dan tepat mengenai dada kekasih Alya)
ALYA
: Naqib!!! (Menjerit)
(Satu das lagi tembakan dilepaskan dan menembusi kepala Alya)
AWATIF
: Kenapa Alya buat saya macam ni? Dia kawan saya! (Nada sedih)
ADAM
: Dia bukan kawan awak, Awatif. Dia ibarat duri … Duri yang kita tidak
nampak pada mata kasar, tapi setelah
terkena tusukkannya amat
menyakitkan. (Nada tinggi)
PENGAJARAN : Dalam
berkawan, perlu berhati-hati. Rambut semuanya hitam, tapi hati lain-lain.
Jangan terlalu percaya. Bukan itu sahaja, apabila disampaikan sesebuah cerita,
selidiklah terlebih dahulu akan kesahihan dan kebenarannya. Jangan mudah
percaya.
1 Mei 2013 – Selamat
Hari Pekerja untuk semua warga pekerja. Bekerjalah dengan penuh dedikasi dan
amanah.
2 comments:
wah kak za..mantap lah..thanks review..semoga akan drama ke 2 dari kak za lagi yek:-)
Insya Allah...Doakan...:)
Post a Comment