Sudah banyak kisah cinta yang dilihat, didengar dan
dibaca… Ada suka ada duka, ada bahagia ada kecewa. Nukilan ini lahir dari hati
di saat mentafsirkan kisah cinta yang dilihat… kisah cinta yang didengar… dan
kisah cinta yang dibaca.
Atas nama cinta, hidup menjadi indah sehingga ada
yang mengambarkan ia seperti berada di ‘syurga’. Sungguh mengasyikkan dan
terbuai dengan khayalan-khayalan yang tiada pengakhirannya. Ia bagaikan mutiara
di dasar lautan.
Atas nama cinta, hidup menjadi sengsara. Keindahan
bertukar menjadi ‘neraka’ dek kerana akal gagal menguasai dan nafsu
bermaharajalela. Ia umpama duri sembilu yang menyakitkan. Punca itu terjadi
kadang-kadang tiada siapa yang dapat mengerti.
Pada cintakah harus dipersalahkan?
Sedangkan Allah menciptakan cinta dan cinta itu
fitrah manusia.
Bukan pada cinta yang harus dipersalahkan, tapi kita
yang gagal melaksanakan hukum-hukum yang selayaknya dalam melayari cinta. Usah
menjadikan cinta sebagai wadah untuk membenarkan dan menghalalkan yang haram.
Cinta ada ketika menyesakkan jiwa…
Maka, sebelum mendambakan cinta insani yang bersifat
sementara, raihlah cinta hakiki sebaik-baik cinta. Itulah hakikat cinta.
Ya
Allah, sentuhlah hatiku dengan kasihMu
Siramlah
jiwaku dengan ketenangan
Ya
Allah, bantulah daku dalam menterjemahkan
Melodi
cintaku buatMu yang tiada akhirnya.
Buat
sahabat yang sentiasa diingati…
Wahai
Maha Pengasih, jika sahabatku jatuh cinta
Benihkan
cintanya kepada seseorang yang melabuhkan cinta kepadaMu
Agar
bertambah kekuatannya untuk mencintaiMu
Wahai
Maha Penyayang, jika sahabatku jatuh hati
Izinkanlah
dia menyentuh hati orang yang hatinya terpaut kepadaMu
Agar
sahabatku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah
Wahai
Maha Pemurah, jika sahabatku rindu
Rindukanlah
dia kepada seseorang yang merindui syahid di jalanMu dan
Biarkan
rindunya kepadaMu
Agar
sahabatku tidak lalai merindui syurgaMu… Aminnn…
No comments:
Post a Comment