Kata orang rambut sama
hitam, tapi hati lain-lain. Maka sebab itulah kita adakalanya berbeza pendapat
antara satu lain. Ia boleh berlaku di mana-mana dan dengan siapa sahaja. Keadaan
akan menjadi parah apabila perbezaan itu membawa kepada berlakunya konflik dan
pergaduhan. Di pagi jumaat yang mulia ini saya ingin berkongsi sedikit tip
apabila kita menghadapi masalah perselisihan pendapat.
-
Bersangka baik dengan semua pihak dan
individu
- Jangan mudah melatah. Berfikir secara
rasional, mungkin disebabkan sedikit kekeliruan atau salah faham yang membawa
kepada berlakunya perbezaan pendapat.
- Set minda bahawa salah faham itu mungkin
kerana pihak yang satu lagi tidak mempunyai ilmu berkenaan perkara tersebut.
- Perbezaan pendapat itu adalah rahmat dan
rahmat itu adalah perkara yang baik. Maka salah faham itu tidak perlu
diperbesarkan.
- Membuat teguran secara berhikmah. Jangan
membuat teguran di hadapan khalayak ramai.
(Sumber rujukan : Solusi Isu No 45)
Semoga salah faham dan
perbezaan pendapat sesama kita tidak berpanjangan dan ada jalan untuk
memperbetulkannya. Paling penting ukhuwah persaudaraan dan persahabatan
berkekalan…
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment