"Ya Allah, inilah bulan Ramadhan yang di dalamnya Engkau telah menurunkan al-Quran yang telah berlalu.
Aku berlindung dengan kekuasaan-Mu yang mulia, wahai pemilik fajar
yang terbit dari malam-malamku dan pemilik bulan Ramadhan yang sudah berlalu ini.
Kepada-Mu aku mengadukan kesalahan dan dosaku yang dengannya Engkau akan
menyeksaku pada hari perjumpaan dengan-Mu kelak.
Ya Allah janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku.
Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya,
maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia-sia.
Ya Allah jadikanlah puasaku di dalamnya mendapatkan hadiah pahala serta diterima
sebagai amalan yang mendatangkan keredhaan-Mu dan daripada Rasul-Mu
serta dihubungkan cabang-cabangnya dengan pokok, dengan hak kemuliaan
Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda SAW yang suci"
Tidak berapa lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua. Adakah kita akan berpeluang bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang??? Apakah kita merasa sedih atau gembira dengan berlalunya Ramadhan datangnya Syawal???Sama-samalah kita berdoa agar kita diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Doa ini saya petik daripada majalah Anis keluaran September 2009.
2 comments:
Salam, semoga ramadhan ini benar-benar telah menyekolahkan kita semua, dan semoga dipertumkan lagi dengan Ramadhan. Nice blog! Keep on writing.
Saya baru dapat tahu (dari blog Pn. Martinelli) Ermiza akan konvo bulan depan, tahniah. Saya sangat bangga dengan anda.
-Ex-aikolian, ex-smas (kawan badrul hisham), ingat?
salam ramadhan and salam eid mubarak ermiza..!! lama sungguh tak dengar khabar.. ntah ermiza igt akk lg atau tidak.. tp kita pernah berkenalan dan berbual semasa di uia.. skrg smbung shariah laws ye? mabruk ats kejayaan ermiza.. kagum dgn semangat ermiza!! mg terus success dunia akhirat, insyaAllah.. :) - k.suhayu@ummu uwais, Amman.
p/s: izinkn akk link blog ni ye.. tq
Post a Comment