Saya yakin semua orang pasti pernah bermain dengan
bayang-bayang – ‘the shadow game’. Permainan ketika waktu malam hanya diterangi
dengan cahaya lampu suluh atau pelita ayam. Kemudian dengan menggunakan tangan
kita akan mencipta pelbagai imej yang menarik mengikut imaginasi kita.
Di sebalik permainan ini ada mesej tersembunyi yang
tidak nampak di mata kasar kita. What we saw may not necessarily be what it
actually is. Apa yang kita nampak tidak semestinya tepat dan tidak semestinya
sama dengan imej asalnya.
Situasinya, samalah apabila kita melihat sesuatu,
mendengar sesuatu cerita atau membaca sesuatu… Kita mudah membuat andaian dan
prasangka tanpa memahami apa sebenarnya yang berlaku. Kita hanya manusia biasa,
itulah yang sering berlaku. Tanpa mengetahui kebenarannya, kita terus membuat
kesimpulan. Apatah lagi sekiranya sesebuah cerita itu mengenai keburukan
seseorang, minda kita pastinya akan berfikir negatif mengenainya, tiada lagi
ruang positif yang bermain di minda kita ketika itu. Mungkin ada sesuatu yang
tersembunyi yang sukar untuk kita fahami keadaannya.
Kita kadang-kadang suka menghakimi dan membuat
andaian daripada menyelami perasaan orang lain. Ini kerana kita tidak berada di
tempat mereka. Ada yang kata itu hanya alasan. Bagi diri saya, apa yang berlaku
dalam kehidupan kita hanya kita yang lebih memahaminya. I don’t need to be
accepted by other… I just need to accept myself.
Peringatan untuk diri saya juga, sebelum membuat
apa-apa kesimpulan, tanya diri… What are the chances that I have no clue what
was happening on the other side of the coin in that someone’s life? Avoid
negative assumptions, think good of others…
Character
is like a tree and reputation its shadow.
The
shadow is what we think of it, the tree is the real thing.
No comments:
Post a Comment