Coretan hari ini sedikit perkongsian tentang sedu.
Sedu adalah gejala biasa yang berlaku kepada semua sama ada bayi, kanak-kanak
atau orang dewasa. Sedu membuatkan kita berasa tidak selesa, terutamanya ketika
bercakap dan berdepan dengan orang lain. Orang tua-tua selalu cakap, sedu
berlaku pada bayi atau kanak-kanak tandanya dia akan membesar. Bagaimana pula
dengan orang dewasa?
Bagaimana
Sedu Terjadi?
Dari sudut kesihatan, sedu berlaku apabila
pengecutan otot diafragma secara berulang kali. Apabila kita menarik nafas
diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam
paru-paru. Kemudian apabila kita menghempuskan nafas diafragma menolak udara
keluar daripada paru-paru. Diafragma ada ketikanya terganggu apabila kita membuat
pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Kesannya, kita menelan
udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan udara berebut-rebut masuk
seterusnya melanggar kotak suara. Maka terhasillah bunyi sedu.
Antara
Punca Sedu :
-
Menelan terlalu banyak udara
-
Makan secara lahap
-
Berasa bimbang atau teruja
-
Merokok
Kaedah
Untuk Menghilangkannya :
-
Minum segelas air suam (Ini yang selalu
saya lakukan)
-
Makan sesudu teh gula atau madu
-
Tahan nafas selama beberapa saat.
Pastikan duduk dalam keadaan tenang.
-
Tenangkan jiwa dan minda
Selalu juga kita tengok apabila sedu berlaku kepada bayi, cebisan
kertas atau tisu akan ditampalkan pada dahi bayi tersebut. Sejauh manakah
keberkesanannya?
Kesimpulannya, sedu adalah gejala biasa dan
mempunyai kaitan dengan saluran pernafasan.
Sumber:
Berita Harian, Khamis, 19 September 2013
No comments:
Post a Comment