Friday, September 27, 2013

Demi Pena, Setiap Kita Adalah Penulis



Ungkapan ini telah menarik minat saya untuk terus membaca rencana bertajuk ‘Platform melahirkan lebih ramai penulis’ yang disiarkan dalam Kosmo, 24 September lalu. Dek kerana saya suka menulis dan sedang berjinak-jinak dengan dunia penulisan serta mempunyai keinginan untuk menjadi penulis sudah menjadi kebiasaan, saya akan membaca dan mengumpul apa sahaja rencana atau artikel mengenai dunia penulisan. Selalunya saya mencari motivasi dan kata-kata semangat melalui coretan  Aina Emir di blognya tentang penulisan.  

Ungkapan ‘Demi pena, setiap kita adalah penulis’ telah dicetuskan oleh Azzah Abdul Rahman, Konsultan Idea Nuun Creative Books sempena Konvensyen Mini Penulisan 2013 yang telah berlangsung baru-baru ini. Walaupun saya tidak berpeluang untuk menyertai konvensyen tersebut, namun melalui rencana ini banyak output yang saya perolehi. 

Kembali kepada ungkapan ‘Demi pena, setiap kita adalah penulis’‘Demi pena’, membawa makna tanggungjawab setiap penulis di atas apa yang ditulisnya. ‘Setiap kita adalah penulis’ pula memberi keyakinan kepada sesiapa sahaja yang menulis adalah seorang penulis walaupun hanya menulis mesej di telefon bimbit atau menulis apa sahaja coretan di laman sosial seperti ‘facebook’. Gabungan dua ungkapan ini adalah sebagai galakan supaya semua yang menulis, tulislah perkara yang baik-baik kerana kita akan bertanggungjawab di atas apa yang kita tulis. Saya juga sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara ini.

“Ini blog saya, saya bebas untuk menulis apa sahaja.” Saya tidak bersetuju dengan pendapat ini. Memang betul ini blog kita, tetapi dalam dunia maya ini yang menjadi pembacanya bukan hanya kita, kawan-kawan kita atau saudara mara kita malah semua orang yang tiada apa-apa kaitan dengan kita pun boleh membacanya. Tulisan kita mungkin boleh mengundang pelbagai perspektif negatif sehingga ada yang diklasifikasikan sebagai mengancam keselamatan dan kedaulatan negara. Bahkan ada yang membawa kepada kes saman menyaman akibat daripada penulisan yang berbaur fitnah. Inilah senario yang berlaku kebelakangan ini. Di sinilah perlu wujud etika tertentu apabila kita bermuamalat di alam tanpa sempadan ini. ‘Demi pena, setiap kita adalah penulis’ adalah slogan yang sangat sesuai untuk dijadikan pegangan kepada semua penulis.

Penulis terbaik, mampu menyumbang kepada masyarakat, menjana pendapatan di samping meraih ‘saham’ akhirat. – Petikan dari rencana,Platform melahirkan lebih ramai penulis’, Kosmo, 24 September 2013.

Coretan Hati : Entri saya kebelakangan ini tiada seri, tidak mempunyai gambar …Kenapa??? Line internet yang agak slow di kawasan saya menyebabkan saya kurang sabar untuk menunggu lama… untuk upload sekeping gambar sahaja mengambil masa yang sangat lama. Alhamdullilah... Line internet seperti sudah kembali laju...:)
      


Saturday, September 21, 2013

Puisi Ilahi



Bisik angin menyapa hati
sampaikan rinduku menari bersama cahaya-Mu
rangkuman cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

Ya Allah ya Rabbi
ya Rahman ya Rahim
sembah sujud hanya pada-Mu

Rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

Atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah

Rangkuman cerita tertulis
ukiran jiwaku setia memeluk di senja-Mu

Ya Allah ya Rabbi
ya Rahman ya Rahim
sembah sujud hanya pada-Mu

Rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

Atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah

Rangkaian beribu kata
puisi yang terindah.. tercipta

Atas nama-nama cinta
hadirkan yang terindah
ya Allah.. ya Allah

Petikan Lirik Lagu : Puisi Ilahi, Acha dan Irwanshah


Friday, September 20, 2013

Sedu Gejala Biasa



Coretan hari ini sedikit perkongsian tentang sedu. Sedu adalah gejala biasa yang berlaku kepada semua sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa. Sedu membuatkan kita berasa tidak selesa, terutamanya ketika bercakap dan berdepan dengan orang lain. Orang tua-tua selalu cakap, sedu berlaku pada bayi atau kanak-kanak tandanya dia akan membesar. Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Bagaimana Sedu Terjadi?

Dari sudut kesihatan, sedu berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali. Apabila kita menarik nafas diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Kemudian apabila kita menghempuskan nafas diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Diafragma ada ketikanya terganggu apabila kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Kesannya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan udara berebut-rebut masuk seterusnya melanggar kotak suara. Maka terhasillah bunyi sedu.

Antara Punca Sedu :   

-          Menelan terlalu banyak udara
-          Makan secara lahap
-          Berasa bimbang atau teruja
-          Merokok

Kaedah Untuk Menghilangkannya :

-          Minum segelas air suam (Ini yang selalu saya lakukan)
-          Makan sesudu teh gula atau madu
-          Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dalam keadaan tenang.
-          Tenangkan jiwa dan minda

Selalu juga kita tengok apabila sedu berlaku kepada bayi, cebisan kertas atau tisu akan ditampalkan pada dahi bayi tersebut. Sejauh manakah keberkesanannya? 

Kesimpulannya, sedu adalah gejala biasa dan mempunyai kaitan dengan saluran pernafasan.

Sumber: Berita Harian, Khamis, 19 September 2013

Thursday, September 19, 2013

The Shadow Game



Saya yakin semua orang pasti pernah bermain dengan bayang-bayang – ‘the shadow game’. Permainan ketika waktu malam hanya diterangi dengan cahaya lampu suluh atau pelita ayam. Kemudian dengan menggunakan tangan kita akan mencipta pelbagai imej yang menarik mengikut imaginasi kita.

Di sebalik permainan ini ada mesej tersembunyi yang tidak nampak di mata kasar kita. What we saw may not necessarily be what it actually is. Apa yang kita nampak tidak semestinya tepat dan tidak semestinya sama dengan imej asalnya.  

Situasinya, samalah apabila kita melihat sesuatu, mendengar sesuatu cerita atau membaca sesuatu… Kita mudah membuat andaian dan prasangka tanpa memahami apa sebenarnya yang berlaku. Kita hanya manusia biasa, itulah yang sering berlaku. Tanpa mengetahui kebenarannya, kita terus membuat kesimpulan. Apatah lagi sekiranya sesebuah cerita itu mengenai keburukan seseorang, minda kita pastinya akan berfikir negatif mengenainya, tiada lagi ruang positif yang bermain di minda kita ketika itu. Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi yang sukar untuk kita fahami keadaannya.

Kita kadang-kadang suka menghakimi dan membuat andaian daripada menyelami perasaan orang lain. Ini kerana kita tidak berada di tempat mereka. Ada yang kata itu hanya alasan. Bagi diri saya, apa yang berlaku dalam kehidupan kita hanya kita yang lebih memahaminya. I don’t need to be accepted by other… I just need to accept myself.

Peringatan untuk diri saya juga, sebelum membuat apa-apa kesimpulan, tanya diri… What are the chances that I have no clue what was happening on the other side of the coin in that someone’s life? Avoid negative assumptions, think good of others…

Character is like a tree and reputation its shadow.
The shadow is what we think of it, the tree is the real thing.