Apabila menjelang peperiksaan, semua orang pasti sibuk. Tiada lagi masa lepak dan bersembang berjam-jam lamanya seperti biasa. Semua aktiviti terbatas. Semua orang sibuk mengadap buku, makan dengan buku, tidur pun dengan buku. Ada juga yang sibuk mengumpul nota sana-sini. Waktu itu jugalah ada saja nota yang ingin difotostat, walhalnya belum tentu akan habis dibaca. Itulah antara situasi yang pernah saya lalui ketika bergelar seorang pelajar.
Setelah sekian lama meninggalkan dunia sebagai seorang pelajar, rindu pulak dengan suasana sebegitu. Di sini saya ingin kongsikan beberapa tip menjelang peperiksaan selain dari mengadap buku .
- Bermaafan - mohon maaf daripada ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan. Kita juga seharusnya memaafkan kesalahan orang lain.
- Berfikiran positif - peperiksaan itu adalah untuk menguji. Jangan terlalu membebankan fikiran dengan persoalan seperti bagaimana jika saya gagal? Ini bukanlah penamat kehidupan.
- Tidur secukupnya - penting untuk kecergasan badan dan otak (ramai yang tidak cukup tidur menjelang peperiksaan, termasuklah saya akibat daripada study last minute...)
- Doa - solat hajat dan memohon kepadaNYA supaya diberi kemudahan dan kesenangan.
- Jaga kesihatan - akal yang cergas dari badan yang sihat
- Kenal pasti rakan-rakan di sekitar tempat duduk di dewan peperiksaan dan barang-barang yang perlu dibawa di hari peperiksaan - penting supaya hari peperiksaan tidak kelam kabut.
- Baca peta minda - lebih faham dan mudah. Tiada lagi masa untuk membaca buku teks yang tebal.
To my younger sister best of luck to your exam this coming monday (PMR)... keep studying and bittaufiq wa najah...:)
No comments:
Post a Comment