Analogi mengenai buah durian yang 'dipostkan' oleh Madam Fauziah, lecturer saya di wall Facebooknya beberapa hari lalu, saya rasakan sangat menarik untuk dikongsikan di sini. Apatah lagi isu mengenai jodoh sering menjadi topik perbualan dan pertanyaan.
"Memilih pasangan hidup hampir ada persamaan
dengan memilih durian. Perlu berhati-hati agar tidak terkena duri yangg tajam.
Jangan hanya melihat kulit yang cantik dan bau yang harum saja kerana isinya
mungkin tidak elok.
Perbezaannya memilih durian tidak perlu istikharah, tetapi memilih pasangan amat penting beristikharah memohon petunjuk dari Allah. kalau terbeli durian kurang baik, masih boleh dibuat tempoyak. Tetapi kalau tersilap pilih pasangan hidup....mungkin ada yg menangis tidak berlagu."
Perbezaannya memilih durian tidak perlu istikharah, tetapi memilih pasangan amat penting beristikharah memohon petunjuk dari Allah. kalau terbeli durian kurang baik, masih boleh dibuat tempoyak. Tetapi kalau tersilap pilih pasangan hidup....mungkin ada yg menangis tidak berlagu."
Teringat saya reaksi seorang kawan apabila ditegur oleh seorang mak cik yang mengatakan dia terlalu memilih, sehingga kini belum berkahwin. Bagi saya, soal jodoh perlu memilih, bukan seperti membeli ikan di pasar. Memilih bukan bererti cerewet... Sudah menjadi lumrah, semua orang inginkan yang terbaik. Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya,
menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah
yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang
sebaik-baiknya.
"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang
dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu." - (Surah Ath-Thalaq, 65: 3)
Pada hemat saya tidak perlu tergesa-gesa dalam membuat pilihan mengenai jodoh hanya kerana mengikut tuntutan emosi dan rasa. Akhirnya, bahtera yang dibina dengan tergesa-gesa ini terhalang dari keharmonian dan kesudahannya perceraian menghiasi tuntutan di mahkamah.
Have faith in Allah always and place your full trust in HIM
1 comment:
Betul.....stju ssgt..mmilih bknnya cerewet...tp untuk mncari yg cocok dengan jiwa agak sukar..kawen bkn shari dua tp untuk bahagia dunia akhirat..:-)
Post a Comment