"... Kerana kau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tidak semudah
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..."
(Permata Untuk Isteriku - Kopratasa)
Sudah agak lama saya tidak mendengar lagu ini. Ada mesej yang sangat signifikan jika dihayati liriknya, khas untuk kaum hawa yang bergelar isteri.
Teringat saya dengan cerita seorang kawan yang merungut, stress dan tertekan dengan rumah tangga yang baru dibinanya selama 6 bulan. Saya bersimpati dengannya. Apa yang mampu saya katakan bersabar, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya dan yakin Allah tidak akan sekali-kali membiarkan hambaNya bersendirian tanpa bantuan bagi menyelesaikan segala situasi kehidupan yang menyakitkan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama-sama kita."
(Surah al-Tawbah 9 : 40)
Memetik kata-kata Pahrol Mohamad Juoi, rumah tangga ialah medan "perjuangan" melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan pelbagai lagi sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu bapa dengan anak-anak serta mentua dengan menantu.
B - Berpada (qana'ah)
A - Al-Quran
H - Hargai antara satu sama lain
A - Amalkan gaya hidup sihat
G - Gurauan
I - Ikhlas
A - Anggaplah rumahku syurgaku
You might be married to the worst man on earth, like Asiah who married Firaun, but it didn't change her aqidah.
You might be married to the best man on earth, like Nabi Lut's wife, yet that doesn't mean you are going to Jannah with him.
Have faith in Allah always and place your full trust in HIM
Wallahu a'lam
No comments:
Post a Comment