Masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Hari ini kita sudah pun berada di penghujung tahun 2010 yang bakal melabuhkan tirainya. Segala peristiwa pahit, manis, kelat dan payau sudah dilalui dan tersimpan sebagai kenangan. Untuk seketika, sempena membuka tirai 2011... Kita menoleh ke belakang, melihat pencapaian dan kegagalan lalu. Semoga setiap kejayaan dan kegagalan yang diperolehi akan menaikkan semangat untuk meneruskan perjuangan di tahun 2011 yang bakal menjelang.
2011, apakah perancangan tahun ini??? Adakah kita mempunyai azam baru atau perlu meneruskan perjuangan untuk melangsaikan azam lama???
Apa pun jawapan kita, tidak salah sekiranya kita meluangkan sedikit masa untuk membuat post mortem atau muhasabah diri sebelum meneruskan perjalanan yang masih panjang di tahun 2011. Semoga ada improvement untuk tahun 2011.
Kedatangan tahun baru 2011 juga bermakna bertambah setahun lagi umur kita. Sama ada kita sempat menghabiskan tahun 2011 atau sebaliknya hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Setiap yang bernyawa pasti akan mati bila tiba masanya. Jesteru itu, wajarlah kita melakukan perubahan dalam hidup. Berubah daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik. Sambutlah 2011 dengan bermuhasabah diri dan penuh kesyukuran, bukan dengan segala macam pesta yang melalaikan....
2011... A new start... A new chapter... A new beginning... A new life... Forget the bad cherish...

No comments:
Post a Comment