Sunday, December 5, 2010

10 SEN

Suatu pagi sedang saya menyapu dan mengemas rumah, tiba-tiba saya terpandang syiling 10 sen berselerakkan di atas lantai. Terfikir sejenak, kalaulah itu wang kertas RM10 atau RM100 sudah pasti tidak akan berselerakan seperti ini.

10 sen, apakah masih bernilai lagi di zaman ini? Apa agaknya barangan yang boleh kita beli dengan syiling 10 sen? Kita boleh beli satu setem 10 sen, satu biji gula-gula dan sebagainya (apa-apa barangan yang masih lagi boleh dijual dengan harga 10 sen.

Saya selalu fikir wang syiling yang bernilai 10 sen sudah tiada nilainya di zaman millennium ini. Budak-budak pun jika diberi wang syiling yang bernilai 10 sen pasti mereka akan berkata, "10 sen je!" Ini menunjukkan betapa syiling 10 sen tidak mempunyai nilai bagi mereka. Namun, kita mesti ingat dengan syiling 10 sen, wang kita akan menjadi RM1 dan syiling 10 sen juga akan menjadikan wang kita RM1 000 000. Mungkin sekarang kita telah nampak betapa bernilainya syiling 10 sen.

10 sen, walaupun nilainya kecil namun amat berharga untuk melengkapkan sejumlah wang yang besar. Mulai hari ini saya akan menghargai syiling 10 sen kerana mungkin suatu masa saya akan memerlukannya.

'Sesuatu yang kecil nilainya, kadang-kadang amat berharga dan sesuatu yang besar nilainya, kadang-kadang langsung tiada harganya.'

2 comments:

Jie said...

sape2 tak nak 10 sen meh bagi kat saya meh..huhu tetiap pagi menggagau saya cari 10 sen nak cukupkan tambang bas..

ermizamustafa said...

Ok nnt akak kumpul syiling 10sen then post kat Ji...Smg syiling 10sen dihargai...