Sunday, November 15, 2009

KENAPA TIDAK YAKIN???


Susahnya untuk diriku membuat keputusan. KepadaMu telah ku panjatkan doa supaya diberikan petunjuk dan jalan yang betul. Namun…tiada jawapan yang pasti. Lantas ku putuskan berdasarkan gerak hati. Betul ke keputusan yang ku ambil ini??? Adakah ini yang terbaik untuk hidupku?? Apakah aku akan bahagia dengan keputusan ini??? Tapi… bagaimana sekiranya keputusan ini bukanlah yang terbaik untukku…sedangkan keputusan ini aku putuskan setelah lama berfikir dan membuat segala pertimbangan, apa yang baik dan apa yang buruk. Kenapa aku tidak yakin???

Inilah perkara yang ingin saya kongsikan pada kali ini, tidak yakin pada diri sendiri atau low self esteem. Setiap orang ada kekurangan, kelebihan dan keunikkan tersendiri. Inilah kekurangan yang ada dalam diri saya yang dapat dikenal pasti dan yang tak dapat dikenal pasti, pastilah lagi banyak. Terimbas lirik lagu ‘fikirkan boleh’, jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”. Lagu yang popular pada tahun 80-an. Lagu ini simple tapi mengandungi mesej yang mendalam yang ingin disampaikan. Kurang keyakinan kerana fikir yang diri tidak boleh untuk melaksanakannya. Jadi fikirkan boleh walauapa jua keadaan. Tidak ada apa yang mustahil sebelum mencuba. Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba??? Jadi teruskan…

Tiba-tiba terfikir, bagaimana sekiranya keputusan tadi sebenarnya akan menemui kegagalan??? Ada jawapannya, jangan cepat melebalkan diri sebagai seorang yang GAGAL. Anggap itu bukan kegagalan tapi belum berjaya. Jangan menyempitkan fikiran tapi, berfikir dengan kreatif dan jangan terlalu cepat membuat anggapan sedangkan baru berada di tapak permulaan dengan hanya sekadar membuat keputusan. Just do it and think positive. Tidak dapat dinafikan setiap sesuatu keputusan yang diambil pasti ada cabarannya yang tersendiri dan berbeza. Jadi persiapkan diri yang kita boleh menghadapinya dan berani menghadapi kekecewaan. Ini secara tidak langsung boleh mematangkan diri sendiri.

Sekarang boleh yakin dengan diri sendiri dan keputusan yang telah dibuat. Tapi, bolehkah orang di sekeliling kita yakin dengan kita??? Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub…tidak perlu meyakinkan orang lain. Kita hanya perlu meyakinkan diri kita sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang lain… Percaya pada diri sendiri maka orang lain akan percaya pada diri kita. Kepercayaan ini adalah titik permulaan bagi kuasa mempengaruhi orang lain. Kita perlu mempunyai keyakinan di dalam hati, bahawa keputusan ini adalah betul setelah membuat segala pertimbangan. Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada kita untuk tidak menoleh kebelakang lagi. Oleh itu, katakan pada diri “I can do it...You can do it...

No comments: