Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan. Begitulah dari Muharam hingga ke Rejab, dari Rejab hingga ke Syaaban yang kian melabuhkan tirainya. Kini, Ramadan bakal membuka tirainya dan akan menggamit kita dengan ibadah puasa yang merantai nafsu dengan segala kelazatan rezeki.
Sebelum kaki melangkah ke bulan yang penuh barakah, pandang sejenak ke belakang sudahkah kita melunaskan hutang puasa yang lepas? Itulah peringatan seorang kawan kepada saya beberapa hari lepas. Alhamdullilah... Semuanya telah tertunai. Di sini sedikit perkongsian ilmu yang ingin saya kongsikan mengenai ibadat puasa. Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman! diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah : 183)
Namun, dalam keadaan tertentu seperti bermusafir (jarak perjalanan yang melebihi 2 marhalah) atau sakit, kita boleh meninggalkan puasa. Keadaan ini dinamakan sebagai rukhsah. Rukhsah ialah hukum syarak yang diberikan pengecualian disebabkan terdapat keuzuran yang berat, sebagai pengecualian daripada hukum asal yang menyeluruh, namun mengikut batasan kadar yang perlu. Harus tidak berpuasa itu merupakan hukum syarak yang selari dengan keuzuran yang berat iaitu musafir atau sakit. Ia adalah sebagai pengecualian daripada hukum asal yang menyeluruh iaitu wajib puasa. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"...Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka)..."
"...Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka)..."
(Surah al-Baqarah : 184)
Apabila selesai musafir atau kembali sihat, maka wajiblah kembali kepada hukum asal, wajib puasa.
Berikut ialah keadaan yang mewajibkan kita qada (ganti) sahaja puasa yang telah ditinggalkan atau membayar fidyah sahaja untuk puasa yang telah kita tinggalkan atau kedua-duanya sekali.
Apabila selesai musafir atau kembali sihat, maka wajiblah kembali kepada hukum asal, wajib puasa.
Berikut ialah keadaan yang mewajibkan kita qada (ganti) sahaja puasa yang telah ditinggalkan atau membayar fidyah sahaja untuk puasa yang telah kita tinggalkan atau kedua-duanya sekali.
Wajib Qada Sahaja
- Orang sakit yang memberi mudarat sekiranya dia terus berpuasa
- Musafir
- Perempuan yang berada dalam haid dan nifas
- Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak dan bimbang akan kesihatan dirinya
- Orang tua yang tidak mampu berpuasa
- Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh
- Orang yang bekerja kuat sepanjang tahun
- Orang yang lewat menqadakan puasanya hingga tiba Ramadan tahun berikutnya
- Perempuan yang mengandung dan bimbang tentang dirinya dan kandungannya
- Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang akan kesihatan dirinya dan anaknya
- Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak dan bimbang akan anaknya sahaja
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan....
No comments:
Post a Comment