Tit... Tit...
"Siapa yang hantar mesej malam-malam ni?" tanya saya kepada adik.
"Tak tahu salah nombor." saya tersenyum.
Beberapa minit kemudian...
Tit... Tit...
"Kali ni siapa pulak?" tanya saya setelah melihat adik tersenyum-senyum.
"Dia cakap nak berkenalan." adik takut-takut untuk memberitahu saya. Dia seolah-olah tahu apa yang ada dalam fikiran saya.
"Mula-mula mesej, lepas tu jumpa, lepas tu..." adik tersenyum melihat saya yang sedikit emosi.
Memelihara maruah dan kehormatan diri adalah perkara penting dalam syariat Islam. Antara cara dan panduannya ialah menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Asasnya pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram. Namun, dalam keadaan terpaksa dan keperluan yang mendesak ianya adalah harus. Keadaan ini terbahagi kepada 2:-
1. Harus kerana terpaksa (dharurah)
- Seperti yang disebutkan oleh Iman Nawawi katanya, "Berkata ahli mazhab Syafie: "Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Keadaan ini dikecualikan jika seorang lelaki ajnabi mendapati seorang perempuan ajnabi bersendirian berjalan jauh dari kumpulan manusia, maka harus dia menumpangkan perempuan tersebut jika dibimbangi keselamatannya. Harus juga bagi seorang lelaki ajnabi melarikan seorang perempuan bagi tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu jalan untuk menyelamatkan perempuan tersebut.
- Kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak, termasuklah urusan tawar menawar dan memilih barang dengan syarat tidak berdua-duaan dan memelihara adab-adab pergaulan.
- Tujuan penghakiman. Harus bagi wanita menjadi hakim dalam kes selain dari hudud pada pandangan Hanafiah. Kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada tertuduh, pendakwa dan saksi.
- Tujuan penyaksian.
- Kerana amar makruf nahi mungkar, Ibnu Hazmin ada menyebut bahawa Umar telah melantik al-Syifa' menjadi penguat kuasa perbandaran, maka sudah tentulah beliau bercampur dengan lelaki semasa menjalankan tugasnya.
- Kerana melayan tetamu.
- Berada dalam kenderaan awam.
- Kerana kerja-kerja jihad seperti merawat pesakit.
- Tujuan pembelajaran dan mendengar nasihat.
- Suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Percampuran antara lelaki dan perempuan ketika menziarahi sanak saudara contohnya makan satu meja.
Batasan aurat lelaki dan perempuan.
Aurat perempuan dengan perempuan dan lelaki mahram : Dari pusat hingga lutut
Aurat perempuan dengan perempuan bukan Islam dan lelaki bukan mahram : Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan
Aurat lelaki dalam semua keadaan kecuali dengan isteri : Dari pusat hingga lutut
***Lelaki Mahram : Suami, anak lelaki, adik-beradik lelaki, ayah, datuk....
***Lelaki Bukan Mahram : Sepupu, lelaki ajnabi
(Rujukan : Sheikh Abd. Karim Zaidan, Kitab al-Mufassal Fi al-Ahkam al-Mar'ah)
No comments:
Post a Comment