Monday, July 4, 2016

BaLiK KG... RaYa!!

Assalamualaikum...

29 Ramadhan 1437H... Ramadhan semakin pergi meninggalkan kita, semoga diberi kesempatan olehNYA untuk bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang...



Inilah al kisahnya... Insya Allah saya akan bertolak pulang ke kampung halaman pada petang ini. Balik Kampung sudah menjadi tradisi setiap kali musim perayaan terutamanya bagi mereka yang berasal dari Negeri Pantai Timur. Walaubagaimana sekali pun kami orang-orang pantai timur ini akan pulang juga ke kampung halaman.

Kampung saya tidakla jauh sangat, memandangkan tempat saya mencari rezeki adalah dalam negeri yang sama. Lebih kurang 1 jam setengah perjalanan, bergantung kepada keadaan traffic. Kali ini saya dan adik memilih waktu petang selepas waktu bekerja untuk balik kampung. Dengan penuh harapan perjalanan kami lancar, tiada kesesakkan dan sempat berbuka bersama mak, ayah dan adik-adik.

Kepada perantau-perantau yang akan balik kampung dan kepada adik saya yang akan menjadi 'pilot' saya petang nanti :

Patuhilah undang-undang jalan raya, memandu dengan berhemah

Banyakkan bersabar semasa memandu

Tidak pentingkan diri sendiri

Ingatlah ada orang yang menunggu kepulangan kita.





Sebelum menokhtahkan coretan ini... Saya dengan tulus ikhlas mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

Taqoballahu Minna Wa Minkum



Sekian...


No comments: