ASSALAMUALAIKUM…
Hari ini tanggal 2/6/2016 saya akan menghidupkan semula blog
‘life is not easy’ ini, Insya Allah
Google Image
Lebih setahun tidak di’update’, sebab tidak di’update’?
Pertama, laptop kesayangan sudah bersara dari memberikan perkhidmatannya.
Boleh nak update via phone. Saya telah update beberapa post via phone, tapi
rasa ada yang kurang tidak sama seperti berblogging dengan laptop atau komputer,
ia nampak lebih luas dan lebih senang. Sekarang alhamdullilah sudah ada laptop
baru.
Kedua, tiada mood untuk berkongsi cerita. Nak berblogging
pun kena ada mood juga ye… Sebab lama tidak berblogging, maka mood pun sudah
hilang. Sekarang mood dah kembali. Semangat !!!
Rasa itulah penyebab utama kenapa blog ini bersawang.
Terfikir juga untuk create blog baru… tapi sayang untuk
tinggalkan blog ini. Banyak cerita yang telah saya catat di sini.
Blog saya ini hanya blog biasa, sekadar ingin berkongsi
cerita, pendapat dan idea.
Tidak mengharapkan follower yang ramai, jika ada itu satu
bonus.
Kepada yang sudi singgah dan membaca, terima kasih.
Bagi memberi nafas baru untuk blog ini… maka saya telah
mengambil langkah-langkah seperti di bawah :
Langkah Pertama, saya sudah tukar template baru yang lebih
ceria. (Pada pandangan saya)
Langkah kedua, mula update post baru… Ini post pertama
setelah sekian lama. (Insya Allah akan cuba sentiasa update, yang pasti tidak
setiap hari, target at least satu post setiap bulan. Jika lebih lagi baik.)
Google Image
Langkah ketiga, ubah corak penulisan, lebih santai. (Mungkin
susah, tapi akan cuba.)
Semoga perancangan untuk menghidupkan semula blog ‘life is
not easy’ ini berjaya.
Sebelum mengakhiri coretan ini, saya ingin mengucapkan
‘Selamat Menjalani Ibadah Puasa’ kepada semua. Beberapa hari sahaja lagi kita
akan menyambut bulan Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan…
Sekian untuk catatan kali ini.
Jumpa lagi dalam coretan akan datang…
No comments:
Post a Comment