Assalamualaikum…
24 Ramadhan… Ramadhan sudah berada di hari-hari
terakhir…
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkenaan
dengan sejenis kuih tradisional yang popular di Pantai Timur terutamanya
Kelantan dan Terengganu, ‘Kuih Akok’. Kuih ni banyak dijual di pasar-pasar
terutamanya di bulan Ramadhan ini. Ramai yang suka dengan kuih akok ini. Termasuklah
saya.
Ini kuih akok sedap di kampung saya
Walaubagaimana pun, kuih akok yang betul-betul
sedap susah untuk didapati. Bahan-bahan untuk membuatnya tidaklah susah, tapi
menurut emak saya, bagi membuat adunan yang betul-betul menepati rasa sedap
kuih ini bukan senang. Bahan utama untuk buat kuih ni adalah telur, lagi banyak
telur lagi sedap. Menurut Wikipedia, jika
pembuatnya kedekut, telur ayam yang digunakan adalah sedikit. Ini akan
menghasilkan rasa kuih akok yang tawar atau tidak sedap, dan mempunyai banyak
tepung.
Bagi saya kuih akok ni sedap apabila ia lemak,
manis dan lembut serta rupanya yang berkedut-kedut dan berwarna coklat. Harga
kuih ni sedikit mahal mungkin kos pembuatannya yang mahal kerana menggunakan
telur yang banyak. Pada saya harga tidaklah menjadi masalah sangat jika kuih
akok tersebut betul-betul sedap. Mesti ada pembelinya.
Sekian coretan untuk hari ini…
Selamat Berbuka Semua.