Wednesday, February 29, 2012

Hari Ini 29 February


Yeap... hari ini tanggal 29 February 2012. Apa yang istimewanya??? Tarikh ini akan muncul 4 tahun sekali... not only February get one day extra on leap year, but the year also gets one extra day.

Siapa yang lahir pada tarikh ini akan merayakan sambutan hari kelahirannya 4 tahun sekali. Sedih??? Tapi, ada juga orang yang gembira. Sedih kerana 4 tahun sekali baru dapat ucapan hari lahir dan hadiah :( dan gembiranya kerana dapat save budget tidak perlu mengadakan party hari jadi :) Cerita tentang hari lahir, teringat saya dengan cerita seorang kakak yang pening kepala bagaimana ingin menerangkan kepada anaknya kenapa hari lahirnya disambut 4 tahun sekali. Oleh kerana anaknya tidak boleh menerima keterangan yang diberikan, maka kakak tersebut menyambut hari kelahiran anaknya pada 28 February pada setiap tahun.

Ada pula yang mengatakan siapa yang lahir pada tarikh ini umurnya akan meningkat setiap empat tahun... Oh no...tidak sama sekali, umur tetap meningkat dari sehari ke sehari.

Today dawns the beginning of a new and promising tomorrow... Yesterday will forever be missed and remembered... in hope that tomorrow we will meet again... walking side by side... and in hand.

Sunday, February 26, 2012

Kembalinya Sir Lancelot


Siapa Sir Lancelot? Peminat-peminat setia kisah epik pengembaraan Merlin sudah pasti kenal siapa dia. Ramai ke yang minat cerita ini??? Saya peminat setia cerita ni...:)

Sir Lancelot ialah salah satu watak dalam kisah epik ini yang dipegang oleh Santiago Cabrera. Kini cerita ini sudah pun sampai season 4 dan bersiaran setiap hari ahad jam 10.00 malam, tv3. Siapa yang mengikuti kisah ini pasti tahu apa yang sudah terjadi kepada watak Sir Lancelot. (mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Arthur)

Malam ini Sir Lancelot akan kembali...:( (tetiba sedih...)

Morgana brought Lancelot back to life in the episode "Lancelot du Lac". He is possessed by Morgana and the flame between Gwen and Lancelot is relighted. Lancelot gives Gwen an enchanted bracelet so that she forgets that she is engaged to Arthur and they have an affair. Arthur catches them and banishes Gwen from Camelot. Lancelot supposedly kills himself, but he is taken back to the land of the dead.
(Sumber : List of merlin characters)

Menonton, menonton jugak...kali ni ada peraduan dan hadiah yang menarik...setiap kali menonton sibuk mengira naga yang muncul. Kadang-kadang terlalu asyik menonton sampai terlupa.

Sedikit perkongsian tentang kisah Merlin Season 4 yang kini sudah pun sampai episod 9. Walaupun saya sudah menonton kesemua 13 episod tapi setiap hari ahad di tv3 tidak pernah miss...

... TAK SABAR TUNGGU SEASON 5 ...

Berita Harian Online | Merlin lebih dramatik

Friday, February 24, 2012

Dia Juga Ingin Seperti Mereka


Minggu ini adik perempuan saya tidak pulang dari asrama. Sunyi pulak suasana di rumah, tiada keriuhan suaranya. Seminggu yang lalu, dia rancak menceritakan tentang beberapa orang kawannya yang pergi bercuti ke luar negara dan membeli banyak barang di sana serta menghadiahkan cenderamata yang cantik kepada kawan-kawan yang lain.

"Bestkan akak jadi seperti mereka." Katanya dan saya hanya mampu tersenyum.

Beberapa hari kemudian, dia menelefon saya dan menceritakan bahawa sekolahnya akan mengadakan lawatan ke Singapura. Di akhir perbualan dia berkata, "Bestkan akak kalu adik dapat pergi."

Saya tahu dia juga ingin seperti mereka... bercuti di luar negara bersama keluarga, mengikuti lawatan sekolah dan sebagainya lagi.

Saya bayangkan sekolah adik saya tu... seperti Shinhwa High School dalam cerita korea Boys Over Flowers pulak. Jika begitu, saya harap biarlah adik saya memegang watak utamanya Geum Jan Di, seorang pelajar sekolah menengah yang biasa dan tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup pelajar lain yang kaya dan mewah.


Shinhwa High School or Keimyung University in Boys Over Flowers

Usah menyangka apa yang belum kita miliki akan menjanjikan bahagia
adakalanya, setelah kita milikinya itulah punca masalah kita

Dan...


Dalam hidup terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan
dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan
akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan
tidak dapat membuatkan
hidup kita menjadi lebih bahagia

Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki


Sunday, February 19, 2012

Saya Masih Merindui Tempat Itu

Sudah 2 tahun saya meninggalkan tempat itu... tetapi segala peristiwa pahit dan manis di tempat itu masih segar diingatan. Seolah baru semalam saya melangkah keluar dari situ. Pertama kali saya menjejakkan kaki di situ, saya merasakan tempat itu sangat asing bagi saya.

Kita dituntut supaya menuntut ilmu walau ke negara China sekalipun, kerana menuntut ilmu adalah kewajipan yang difardhukan. Setelah saya mendapat tawaran daripada UIAM, saya nekad untuk meneruskan perjalanan sebagai seorang pelajar di sana, Taman Ilmu dan Budi. Walaupun daerah Gombak tidaklah sejauh negara China, namun bagi saya yang tidak pernah berjauhan daripada keluarga tempat itu sudah cukup jauh. Di sana saya mula belajar. Bukan bermakna sebelum ini saya tidak belajar tetapi di sinilah saya mula belajar dalam erti kata yang sebenar.

Saya bukan sahaja belajar tentang ilmu undang-undang bahkan saya diajar tentang kehidupan... kehidupan dunia dan akhirat. Di sana saya dapat berkongsi kehidupan dengan ramai orang. Sebelum ini saya merasakan hidup saya berbeza dengan orang lain, tetapi hakikatnya kita semua sama, yang berbeza adalah cara kita menguruskan kehidupan kita. Jika kita pandai menguruskannya, sudah pasti hidup kita akan terurus dan berada di landasan yang betul. Sebelum ini cabaran dan rintangan yang saya hadapi juga berbeza, tidaklah sehebat ketika saya berada di tempat itu. Cabaran dan rintangan itu adalah ujian yang datang untuk menguji sejauh mana kemampuan saya untuk menghadapinya. Alhamdullilah... usaha, doa, tawakal dan redha di atas segalanya menjadikan saya masih kuat dan tempat itulah yang mengajar saya tentang semuanya ini.

Sebelum ini, saya hanya mengenali segelintir orang... Di sana, saya mengenali ramai orang dan memiliki ramai kawan. Saya belajar tentang erti persahabatan. Dalam bersahabat, adakalanya kita diuji untuk menilai sejauh mana keikhlasan kita dalam bersahabat. Kata orang, kawan ketika gembira senang dicari tetapi, kawan ketika berduka sukar dicari. Betul atau tidak? Jawapannya ada pada kita. Sebelum kita menilai sahabat-sahabat di sekeliling kita, nilailah diri kita terlebih dahulu, bagaimana diri kita dalam bersahabat... kerana kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran sahaja dan kita tidak layak pun untuk menghakimi orang lain. Tak kenal maka tak cinta. Alhamdullilah... sehingga ke hari ini kawan-kawan yang saya kenali di sana masih di sisi walaupun jauh di mata, mereka hadir untuk dirindui dan kekal didasar hati.

Perkara yang betul-betul mengajar saya ialah bagaimana untuk berdikari. Sebelum ini saya bersama keluarga dan tidak pernah bersendirian. Di sana saya perlu berdikari dan tidak boleh terlalu bergantung dengan pertolongan orang lain. Namun, saya bernasib baik kerana ramai kawan-kawan dan warga Taman Ilmu dan Budi yang prihatin dan selalu memberi pertolongan. Thanks to all...:)

Taman Ilmu dan Budi betul-betul mentarbiah diri saya ke arah yang lebih baik. Di situ juga saya diperlihatkan dengan berbagai rona kehidupan yang tidak semuanya indah. Itu memberi pengajaran kepada saya untuk tidak mengulangi kesilapan-kesilapan seperti mereka lakukan.

Inilah Taman Ilmu dan Budi...



Tempat untuk minda, hati dan jiwa...
yang kosong akan terisi,
yang hambar akan berseri,
yang kusut akan terlerai,
dan
yang rosak akan diperbaiki...

I LOVE UIAM....

**** Perkara yang paling saya rindui ialah suasana final exam dekat Main Hall, CAC dan menikmati aiskrim di tepi padang Mahallah Saffiyah ****


Tuesday, February 7, 2012

Tetamu Tidak Diundang


Pagi tadi saya sempat mendengar segmen 'Ulasan Berita' yang keudara di Nasionalfm mengenai isu pesakit mental yang kebelakangan ini kerap mengundang bahaya kepada masyarakat. Berita ini mengingatkan saya kepada peristiwa kunjungan seorang pemuda yang tidak dikenali ke rumah saya beberapa bulan yang lepas.

Pagi itu seperti biasa emak sibuk dengan urusan kebun bunganya. Tiba-tiba seorang pemuda datang ke rumah saya. Keadaanya kusut masai dan tidak terurus. Kebetulan pada waktu itu pintu pagar tidak berkunci dan dia terus masuk ke halaman rumah. Emak yang terkejut dengan kehadirannya sempat bertanya, "cari siapa?" Katanya, dia ingin menumpang toilet. Nasib baik rumah saya mempunyai sebuah toilet di luar rumah. Waktu itu saya dapat merasakan bahawa pemuda inilah yang selalu diceritakan oleh orang-orang kampung. Saya melihatnya dari dalam rumah. Tiba-tiba saya rasa tidak sedap hati dan mencari telefon bimbit dengan niat untuk menghubungi adik yang baru keluar sekejap tadi.

Beberapa minit kemudian, saya terdengar suara emak menjerit kepada pemuda tersebut supaya pergi setelah melihat pemuda itu sudah pun berada di tangga hadapan. Saya yang berada di dalam rumah berasa sangat gementar apatah lagi melihat pintu hadapan tidak berkunci. Setelah emak bising-bising, akhirnya pemuda itu berlalu pergi. Saya bersyukur sangat-sangat kerana dia tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diingini. Sejak hari itu, pintu pagar rumah sentiasa berkunci. Menurut penduduk kampung pemuda tersebut mengalami gangguan mental setelah gagal dalam perniagaannya. Kini, saya tidak lagi melihat dan mendengar cerita tentang pemuda tersebut.

Golongan seperti ini perlukan rawatan dan bukannya melepaskannya bebas seperti pemuda ini. Akhir-akhir ini kita sering kali dikejutkan dengan kes pembunuhan kejam dan yang terlibat adalah pesakit mental. Hakikatnya, kesalahan membunuh jika disabitkan boleh dihukum gantung sampai mati di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Tetapi, disebabkan ketidakwarasan fikiran (unsoundness of mind) tertuduh bebas daripada hukuman tersebut, contohnya kes yang mengorbankan empat ahli keluarga di Gemencheh Negeri Sembilan pada awal tahun 2010. Rashidi Ismail yang menghidap penyakit 'skizofrenia' dibebaskan daripada tuduhan membunuh datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya. 'Skizofrenia' adalah antara penyakit jiwa yang serius dan golongan ini sukar membezakan antara dunia nyata dengan dunia fantasi.

Dalam sistem perundangan, tertuduh boleh mengemukakan pembelaan ketidakwarasan fikiran apabila tertuduh berjaya membuktikan semasa jenayah dilakukan, tertuduh dalam keadaan ketidakwarasan fikiran atau tidak dapat memahami perbuatan jenayah yang dilakukannya secara fizikal atau tidak dapat memahami perbuatan jenayah itu bertentangan dengan hukum moral atau bertentangan dengan undang-undang. Pembelaan ini berbentuk pembelaan mutlak yang mengecualikan liabiliti jenayah seseorang penjenayah secara mutlak. Maka dengan ini, mahkamah membebaskan Rashidi Ismail kerana tindakannya membunuh datuk, nenek, bapa dan adik perempuannya tidak konsisten dengan orang yang waras.

Oleh itu, golongan seperti ini tidak boleh dibiarkan bebas tanpa rawatan dan kaunseling kerana mereka ada kalanya sukar mengawal tingkah laku dan bertindak di luar batasan dan akan mengundang bahaya kepada orang sekeliling.

Memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid dalam novelnya (Fiksyen 302), "Berhati-hatilah dengan watak diri kita sendiri, kemungkinan watak itu sekadar fiksyen. Jangan percaya kalau suara hati menyuruh diri kita melakukan kejahatan, lebih-lebih lagi membunuh."