Wednesday, June 29, 2011
Bercakap Dengan Pokok
Saya selalu melihat emak bercakap dengan pokok setiap kali berkebun. Kata emak selain mencantikkan kawasan rumah, pokok dapat memotivasikan diri dan tempat untuk meluahkan perasaan. Memang betul, saya pernah terbaca bahawa pokok mengeluarkan emosi sebagaimana manusia.
Orang tua-tua ada mengatakan sekiranya sebatang pokok yang tidak berbuah, sedangkan pokoknya subur, rendang dan rimbun, maka ambil sebilah kapak dan cincangkan batang pokok tersebut. Insya Allah pokok tersebut akan berbuah. Saya pernah melihat arwah datuk berbuat demikian. Dengan izin Allah pokok tersebut berbuah. Ini bermakna motivasi tidak semestinya lahir daripada diri kita sahaja, malah juga boleh dibangkitkan oleh elemen alam seperti pokok.
Samalah juga sekiranya kita tanam dan jaga pokok dengan baik seperti siram, belai dan bercakap-cakap dengannya, pasti ianya akan hidup subur. Pokok itu seperti faham dan tahu apa yang ingin kita sampaikan. Hidup kita pun akan ceria, tenteram dan bahagia. Inilah motivasi yang kita perolehi daripada tumbuhan yang kita sangka langsung tidak berperasaan.
Cerita pasal pokok tiba-tiba teringat cerita 'Autumn In My Heart'. Heroin dalam cerita tu nak jadi seperti pokok. Sebabnya apabila pokok itu ditanam di sesuatu tempat ianya akan kekal di situ untuk selama-lamanya. Ia tidak akan berpisah dengan keluarganya. Sedih pulak tiba-tiba....:(
Ayuh kita hijaukan sekeliling rumah dengan kehijauan pepohon...
Monday, June 27, 2011
The Story of the Lady and Her Umbrella
That day I was at home and very busy with my laptop. Then, someone came to my house but I don't know who is she... I overheard the conversation of the 'Mak Cik' sitting at the balcony of my house. Her conversation was about a girl who always left home at midnight. I don't know the girl too. As much as I tried to focus on my work, I just couldn't. Thus, I decided to leave my work and went to the kitchen.
Then, I thought about the 'Mak Cik' who was sitting at the balcony. She seemed to be so excited when she spoke about that girl. I started wondering, why should I believed the story of what others said? I only know one side of the story. Sometimes, we just simply love to assume about people around us even we don't have full knowledge and information about that. I should be thinking good of that girl since I would rarely know the whole story about her.
To this kind of 'Mak Cik' if you only know the 'T' from the whole 'A' to 'Z', so please don't simply to assume about people around us without full knowledge about that people.
There is a story of a lady and her umbrella that I was read. The story is told about a lady who opened her front door during a heavy rainstorm. A rain soaked lady stood there and said, "Pardon, the wind and rain have completely done me in and I forgot to take an umbrella. I was wondering if I might borrow one. I will return it of course tomorrow."
"Now who is this stranger that stands and asks of me? the lady of the house thought.
"How do I know she will bring it back?" the lady questioned herself.
She had an older umbrella behind the door with broken spines, "Even if the visitor doesn't return it," she said to herself, "I wouldn't have lost much." so, she handed it to the stranger.
The next day a fine carriage approached the house and stopped in front of her house. A footman came up to the door and politely knocked.
"Pardon madam. The Queen wishes to express her thanks for your kindness of yesterday," he said as he handed her the "borrowed umbrella."
Gulp!
A queen? THE Queen?
I can't imagine how sorry this lady was after knowing that the person who knocked on her door was the Queen? We should be thinking good of others and don't judge a book by its cover!
Sunday, June 26, 2011
Tulisan di atas pasir dan batu
Sekadar ingin berkongsi sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, pasangan suami isteri ini bertengkar dan si suami mengherdik isterinya dengan kata-kata yang kasar. Si isteri merasa sakit hati. Tanpa kata-kata dia menulis di atas pasir:
"HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU"
Mereka terus berjalan. Kemudian, mereka berjumpa sebuah tasik dan mereka berenang bersama. Tiba-tiba si isteri nyaris lemas dan diselamatkan oleh si suami. Kemudian, si isteri menulis di sebuah batu:
"HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU"
Si suami bertanya, "kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulis di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu?"
Si isteri sambil tersenyum, menjawab "ketika perkara buruk berlaku, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin kemaafan datang dan menghapuskan tulisan itu dan saya boleh melupakannya... dan apabila sesuatu perkara yang baik, saya harus memahatkannya di atas batu agar ianya tidak akan hilang apabila angin bertiup dan saya akan mengingatinya sampai bila-bila.
Thursday, June 9, 2011
Makbul
"Akak, kita mesti sampai rumah sebelum malam."
"Kenapa? Ada apa?" tanya saya.
"Adik nak tengok cerita makbul malam ni."
"Oh, lupa...."
Setiap khamis malam saya dan adik mesti terpacak depan tv. Makbul, itulah drama bersiri yang menjadi kegemaran kami seisi keluaraga. Makbul adalah sebuah cerita tentang doa dan berkisarkan kehidupan bermasyarakat di sebuah kampung. Pada pandangan saya cerita ini sesuai ditonton oleh semua dan banyak diterapkan dengan unsur-unsur islamik. Kita sebagai hambaNya hanya kepada Dia tempat kita memohon pertolongan dan berserah.
Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Mohon doalah daripadaKu, Aku menerima doamu."
"Mohon doalah daripadaKu, Aku menerima doamu."
Makbul atau tidak doa seseorang itu...
Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangimu
Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu
Tetapi, jika doamu tidak dimakbulkan... itu tandanya Allah telah merancang yang terbaik untukmu...
Jangan lupa saksikan drama bersiri 'Makbul' setiap khamis jam 9 malam tv 2.(malam ini)
Jazakum Allahu khayran and peace to all...
To my younger brother and my younger sister, "Rabbana yassir wala tu'assir waj'alna minan najihin" Bittaufiq wan najah fi imtihan...
Jika doamu dimakbulkan, tandanya Allah menyayangimu
Jika doamu lambat dimakbulkan, tandanya Allah ingin mengujimu
Tetapi, jika doamu tidak dimakbulkan... itu tandanya Allah telah merancang yang terbaik untukmu...
Jangan lupa saksikan drama bersiri 'Makbul' setiap khamis jam 9 malam tv 2.(malam ini)
Jazakum Allahu khayran and peace to all...
To my younger brother and my younger sister, "Rabbana yassir wala tu'assir waj'alna minan najihin" Bittaufiq wan najah fi imtihan...
Subscribe to:
Posts (Atom)