Sunday, January 10, 2010

SEKEPING HATI

Dia seorang perempuan, seorang isteri, ibu dan kakak yang baik. Setiap kali pertemuan kami tidak pernah wajahnya sedih, sugul atau apa-apa tanda yang dia sedang bersedih. Dia sentiasa ceria dan menghiburkan…Setiap kata-kata nasihat dan pandangan yang diberikan tersemat di hati sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan.

Jelas terpancar keikhlasan di wajahnya sehingga dia sanggup berkongsi dan memberi sesuatu yang amat disayanginya kepada seseorang yang juga bergelar perempuan. Sempat aku bertanya kenapa??? Jawapannya mudah dan cukup ringkas…dengan senyuman dia menjawab, kerana dia ingin melihat orang yang disayanginya bahagia dan berada di landasan yang betul dan Allah sentiasa bersama-sama dengan kita. Setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas akan membawa kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat nanti. Kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran ini dan wajahnya yang penuh dengan keikhlasan membuatkan hatiku sayu. Bagiku terlalu banyak pengorbanan yang dibuat dan tanpa apa-apa balasan pun yang dipinta.

Sesuatu yang amat bernilai yang aku dapat pelajari ialah tentang keikhlasan. Keikhlasan yang lahir dari sekeping hati. Tidak semua orang boleh ikhlaskan hati untuk memberi semata-mata tanpa menerima apa-apa sebagai ganjaran. Apatah lagi demi melihat kebahagiaan orang lain. Begitu susah untuk dilakukan...mengorbankan kebahagiaan kita untuk orang lain. Tapi, mungkin di suatu saat apa pilihan yang kita ada??? Bercakap tentang memberi, hakikatnya tidak ramai yang suka memberi, tapi ramai antara kita yang suka menerima. What you give, you get back and what goes around, comes around. Bagiku dengan sifat keikhlasan yang ada dalam hatinya membuatkan hidupnya bahagia dan mampu menggembirakan orang di sekelilingnya. Inilah yang sedang aku pelajari dan kita semua harus memilikinya sebagai senjata untuk memperolehi kebahagiaan, terutamanya kebahagiaan di hati. Luaran mungkin kita nampak bahagia tetapi dalaman hanya kita yang tahu…

Dia juga memiliki sekeping hati yang bersifat pemaaf. Kemaafan diberikan walaupun berulang kali kesalahan dilakukan oleh seseorang yang bernama الزوج’ ’ dengan harapan adanya perubahan dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Kita mungkin boleh memberi kemaafan sekiranya kesalahan itu adalah kali pertama. Tapi, tidak untuk kesalahan yang berulang kali. Tapi dia tetap memberi kemaafan walaupun berulang kali kesalahan yang sama dilakukan. Dia seorang yang cukup sabar dengan sebuah penantiaan agar insan yang disayanginya itu berubah. Baginya dengan memaafkan kesalahan seseorang hati kita akan menjadi tenang dan bahagia serta dapat mengelakkan diri daripada berdendam. Katanya, ini akan membawa kepada kemusnahan hidup seseorang…

Kini barulah aku faham kenapa dia bahagia dan gembira dengan hidupnya walaupun begitu berat ujian dan dugaan yang dihadapinya. Semuanya hanya sekeping hati yang dia miliki. Sememangnya, aku ingin memiliki sekeping hati yang dimiliki olehnya kerana di situ terdapat kebahagiaan dan kegembiraan.

"Kata-kata cinta terucap indah, mengalir berzikir di kidung doaku, sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku, buti-butir cinta air mataku, teringat semua yang KAU beri untukku, ampuni khilaf dan salah selama ini ya Ilahi..."~muhasabah cinta~

5 comments:

Nadiah Hanim said...

salam kak miza..kate2 sangat sesuai kpd insan yg bergelar ibu..cukup besar pengorbanan ibu sampaila kite besar..insan yg memiliki sekeping hati yg ikhlas yg membesarkan anak2nye..tanpa pernah meminta balasan..harapan sy pun nak jd macam tue..insyaAllah :-)

ermizamustafa said...

W'salam...nadiah,ya betul tu spt keikhlasan sekeping hati yang dimiliki oleh seorg ibu dlm memberi sinar bahagia utk seorg anak.sebenarnya, semua orang perlu memiliki sekeping hati yang ikhlas demi untuk mencapai sebuah kebahagiaan...smg kte sama2 memilikinya.

ummu muhammad said...

Salam, akak, lame jgk kite tak menjenguk blog. Kite terpanggil untuk memetik lirik lagu Laskar Pelangi huhu. "Menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah Syurga, bersyukurlah pada yang kuasa, cinta kita di dunia selamanya" - bersyukur dengan ujian, tersenyum dengan ujian, hati pasti kekal bahagia. entah apa2lah daku taip ni hehe.

ermizamustafa said...

W'salam...tty betul tu...ujian yang menimpa adalah utk mematangkan kt.Hidup kt dikelilingi dgn pelbagai ujian.redha dgn ujian pasti hati bahagia....Insya Allah...dirimu sentiasa di ingatanku...

cantiknyaungu said...

Senyum smpi ke hati... ble hati kte ikhlas menerima dan bersyukur, kte pasti bahagia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...