Monday, June 20, 2016

KeKaL laWa DeNGaN LAWALA

ASSALAMUALAIKUM …

Salam 15 Ramadhan… Pantas masa berlalu... sudah berada di pertengahan Ramadhan.


Entry saya hari ini lain sikit dari biasa, perkongsian berkenaan dengan produk kecantikan. Belum pernah saya menulis berkenaan dengan mana-mana produk, sama ada produk kesihatan atau produk kecantikan. Saya agak cerewet sikit dalam memilih apa-apa produk untuk ditempek pada muka. Pertamanya, tidak suka jika produk tersebut melekit pada kulit. Kedua, jika terlalu banyak produk perlu dipakai dalam satu-satu masa.  Oleh yang demikian, LAWALA menjadi pilihan hati.


www.lawala.my

LAWALA… adalah produk De Suci Kosmetik Sdn Bhd. Produk Lawala ada notifikasi KKM, bertaraf GMP, selamat, suci, bersih dan halal.  Tampil dengan 3 produk istimewa iaitu :

Black Seed Soap (sabun pencuci muka)

  • -    Diformulasi dengan habbatus Sauda, calendula officialis (flower) extract, kolagen dan lemon fruit extract.

  • -      Fungsi : Mencerahkan kulit wajah, memudarkan dan menghilangkan kesan parut, meremajakan kulit, mengecilkan liang pori, mengecutkan dan menghilangkan jerawat, memudarkan jeragat dan menjadikan kulit lebih lembut dan sekata.
  • -      Harga : RM30.00


D-Scar Face Serum

  • -    Diformulasi dengan gabungan habbatus Sauda, vitamin C & E, Camellia Sinensis (green tea) leaf extract, apple stem cell dan kolagen.

  • -   Fungsi : Mencerahkan kulit, memudarkan dan menghilangkan kesan parut, meremajakan kulit, mengecilkan liang pori, mengecutkan dan menghilangkan jerawat, memudarkan jeragat dan menjadikan kulit lebih lembut dan sekata.

  • -      Harga : RM128.00 (Harga promosi RM88.00)


Eau De Miracle

  • -      Diformulasi khas yang dicipta berasaskan air alkali.

  • -     Fungsi : Membersihkan dan menegangkan kulit wajah, menyegarkan, melembapkan dan melembutkan kulit, mengecilkan liang pori, meremajakan kulit, berfungsi sebagai agen toner, menghilangkan bintik hitam dan parut jerawat.

  • -      Harga : RM39.00

Saya telah menggunakan 2 produk LAWALA iaitu Black Seed Soap dan D-Scar Face Serum sejak Februari. 






Yang best saya boleh pilih mana-mana produk LAWALA yang saya rasa sesuai dengan kulit saya. Sepanjang saya menjadi pengguna LAWALA, alhamdullilah kulit wajah tidak lagi berminyak, parut jerawat sudah hilang dan kulit menjadi lembut. Saya berpuas hati dengan LAWALA. Terima kasih kepada Puan Afieda yang memperkenalkan LAWALA kepada saya.

Sempena Ramadhan ini, LAWALA mengadakan promosi Ramadhan.





Ayuh jangan lepaskan peluang… Saya sudah…

Detik kejelitaan alami dengan LAWALA


Kepada yang berminat boleh hubungi :

Puan Afieda : 016-7179190

@

Layari : www.lawala.my


Sekian perkongsian untuk kali ini.

Sunday, June 12, 2016

4 Ramadhan Berbuka Bersama Mak Ayah

Assalamualaikum…
.
Sebagaimana tajuk itulah kisahnya pada 4 Ramadhan yang lepas. Dek kerana tuntutan kerja yang jauh dari kampung halaman (jauh sangat ke?? Lebihla dari 2 marhalah) maka terpaksala saya merantau ke luar dari daerah letaknya kampung saya itu.


Saat berbuka bersama keluarga hanya dapat dinikmati seminggu sekali. Syukurlah berbanding dengan adik yang hanya dapat berbuka bersama keluarga pada hari terakhir Ramadhan, itu pun jika dapat balik awal, jika tidak malam raya baru bertolak balik. Itulah lumrah kehidupan sebagai perantau. 

Pada saya juadah atau menu tidak penting… yang penting dapat berbuka bersama, ada mak, ada ayah dan adik-adik. Walaubagaimanapun, mak akan masak menu yang istimewa jika anak-anaknya ada bersama. Suasana akan jadi meriah. Macam-macam kerenah dan ragam. Dulu masa kecik-kecik saya dan adik-adik suka letak lauk dalam pingang nasi awal-awal sebelum berbuka, kemudian tunggu sampai azan kedengaran. 

Sedikit perkongsian tentang adab-adab berbuka puasa :


Image Google


Sekarang kami semua dah besar. Amalan itu sudah ditinggalkan. Amalan yang menjadi kebiasaan sekarang share menu berbuka via whatsapp apabila berjauhan, Semoga tautan ukhuwah kami berkekalan dan sama seperti sekarang sampai bila-bila hendaknya. Aminn…

Sekian coretan untuk kali ini, 7 Ramadhan 1437H

Saya tinggalkan coretan saya ini dengan sepotong hadis :-


…”مِنْ أَجْلِى لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّه


Yang bermaksud :

“…Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kegembiraan yaitu kegembiraan ketika dia berbuka dan kegembiraan ketika berjumpa dengan Rabbnya…”

Hadis Riwayat Muslim : No 1151



Monday, June 6, 2016

6.6.2016

Assalamualaikum...

Cantik tarikh hari ini ... 6.6.2016 bersamaan 1 Ramadhan 1437H


Google Image


Alhamdullilah dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini...

Semoga Ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya dan Ramadhan ini bukan yang terakhir...

Penuh harapan semoga Ramadhan ini dapat disempurnakan...


Salam Ramadhan untuk semua...

كل عام وأنتم بخير

Thursday, June 2, 2016

KeeP My OLD BLoG PosTs ALivE


ASSALAMUALAIKUM…


Hari ini tanggal 2/6/2016 saya akan menghidupkan semula blog ‘life is not easy’ ini, Insya Allah



Google Image


Lebih setahun tidak di’update’, sebab tidak di’update’?

Pertama, laptop kesayangan sudah bersara dari memberikan perkhidmatannya. Boleh nak update via phone. Saya telah update beberapa post via phone, tapi rasa ada yang kurang tidak sama seperti berblogging dengan laptop atau komputer, ia nampak lebih luas dan lebih senang. Sekarang alhamdullilah sudah ada laptop baru.

Kedua, tiada mood untuk berkongsi cerita. Nak berblogging pun kena ada mood juga ye… Sebab lama tidak berblogging, maka mood pun sudah hilang. Sekarang mood dah kembali. Semangat !!!

Rasa itulah penyebab utama kenapa blog ini bersawang.

Terfikir juga untuk create blog baru… tapi sayang untuk tinggalkan blog ini. Banyak cerita yang telah saya catat di sini.

Blog saya ini hanya blog biasa, sekadar ingin berkongsi cerita, pendapat dan idea.

Tidak mengharapkan follower yang ramai, jika ada itu satu bonus.

Kepada yang sudi singgah dan membaca, terima kasih.

Bagi memberi nafas baru untuk blog ini… maka saya telah mengambil langkah-langkah seperti di bawah : 

Langkah Pertama, saya sudah tukar template baru yang lebih ceria. (Pada pandangan saya)

Langkah kedua, mula update post baru… Ini post pertama setelah sekian lama. (Insya Allah akan cuba sentiasa update, yang pasti tidak setiap hari, target at least satu post setiap bulan. Jika lebih lagi baik.)



Google Image

Langkah ketiga, ubah corak penulisan, lebih santai. (Mungkin susah, tapi akan cuba.)

Semoga perancangan untuk menghidupkan semula blog ‘life is not easy’ ini berjaya.

Sebelum mengakhiri coretan ini, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Menjalani Ibadah Puasa’ kepada semua. Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Marhaban Ya Ramadhan…

Sekian untuk catatan kali ini.
Jumpa lagi dalam coretan akan datang…




Wednesday, December 31, 2014

Tinta Di Penghujung 2014

Assalamualaikum...

Coretan saya pada malam ini adalah post terakhir untuk tahun 2014 ini.  Sedar atau tidak hanya beberapa jam sahaja lagi 2014 akan melabuhkan tirainya. Untuk tahun ini blog saya tidak aktif sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, namun saya masih ingin mencoretkan sesuatu di sini... semoga 2015 ia masih bernafas.

Penghujung 2014 negara diuji dengan musibah banjir luar biasa di negeri-negeri pantai timur khususnya Kelantan. Kita juga dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat airasia yang dalam penerbangan dari Indonesia ke Singapura. Begitu besar ujian dariNYA. Begitulah kehidupan ini, silih berganti antara nikmat dan musibah. Sebagai hambaNYA pujuklah hati untuk berbaik sangka. Insya Allah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Usah kita mempersoalkan apa yang telah tersurat. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA.Apa yang berlaku supaya kita lebih bermuhasabah demi mencari yang lebih sempurna.

Petang tadi, dalam perjalanan pulang ke rumah kelihatan beberapa kumpulan sukarelawan yang sedang mengumpul bantuan untuk mangsa-mangsa banjir dan ia berbentuk wang dan barangan. Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan... impaknya tidak terjangka oleh imaginasi kita. Sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka. Semoga mereka tabah dan sabar dengan ujian. Hakikatnya sabar tidak mudah tapi kerana sabar segalanya akan dipermudahkan.

Setakat ini dahulu coretan saya untuk malam ini. Saya tinggalkan coretan ini dengan bait-bait sebuah lagu nasyid...

"Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan diperjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya"

Learn from yesterday... Live for today... Hope for tomorrow.
Welcome 2015...
Sekian...

Wednesday, November 19, 2014

♥Cinta Yang Tidak Sempurna♥

Assalamualaikum...

Sudah lama cerita ini tersimpan di kotak memori saya... akhirnya dapat juga dicoretkan di sini. Dia pada pandangan saya seorang lelaki biasa, ada kerjaya yang mampu menanggung sebuah keluarga. Dalam mencari cinta, akhirnya dia dipertemukan dengan seorang gadis yang sudi menyambut cintanya. Atas dasar cinta, dua hati bersatu dan ikatan perkahwinan terpatri.

Dalam melayari bahtera yang pada mulanya sangat bahagia, semakin hari semakin hilang sinar kebahagiaannya. Cerah yang diharapkan hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari. Semuanya tidak seindah yang dibayangkan. Cinta yang disemai dan dibaja mula layu dan mati. Akhirnya perpisahan menjadi pilihan.

Kedua-dua pihak mengharapkan kesempurnaan. Suami mengharapkan kesempurnaan pada isteri dan begitu juga dengan isteri. Atas ketidaksempurnaan itulah alasan dicari untuk berpisah. Seharusnya kedua-dua pihak berikhtiar untuk memperbetulkan ketidaksempurnaan itu. Bukan mempertikaikan ketidaksempurnaan itu.

Di sinilah peranan agama, menjadi teras dalam keharmonian pembentukkan keluarga. Kedua-dua pihak perlu bersyukur dengan nikmat ikatan perkahwinan yang dibina. Dengan ini dapat menyisihkan dorongan perasaan untuk berpisah. Perpisahan adalah pilihan terakhir. Perceraian membawa kepada berlaku pertikaian yang panjang dalam soal penjagaan anak, nafkah dan harta sepencarian.

Dari kisah ini, saya dapat simpulkan bahawa...
"Mencintai Yang Maha Sempurna untuk menjaga cinta yang tidak sempurna... Dalam cinta manusia ada duka dan luka, pada cinta DIA itulah penawar dan ubatnya."

Selamat Malam...
Sekian....

Friday, November 7, 2014

Ada Apa Dengan RM10.00

Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Petang ini ingin saya mengimbau sedikit cerita bersama dengan dua orang kawan yang agak lama tidak 'face to face' . Pertemuan pada petang itu hanya sekejap tetapi cukup bermakna. Tempat pertemuan yang dipilih adalah di tepi pantai yang agak popular di negeri saya dan sememangnya laluan saya untuk pulang ke rumah.

Selain bercerita tentang diri masing-masing, topik ekonomi juga menjadi bualan kami. Ia bermula setelah seorang daripada kawan saya itu melihat makanan yang dibeli oleh seorang lagi kawan untuk dinikmati bersama pada petang itu. "Takkan RM10.00 semua ni?" Kawan saya hanya tersenyum, tanpa kata-kata sambil menunjukkan reaksi yang dapat difahami bahawa, ya begitulah.
Dari situlah pelbagai rungutan yang kami utarakan.

Salah seorang dari kawan saya itu, berasal dari utara dan tinggal di sini sudah tiga tahun kerana mengikut suaminya bekerja di negeri ini. Katanya, harga barangan dan makanan di sini jauh lebih mahal berbanding dengan negerinya. Dua bulan lepas seorang kawan datang bercuti di sini juga turut menyatakan perkara yang sama.
Memang saya akui dan saya juga merasai akan perkara itu. Jawapan saya, mungkin kerana tempat tumpuan pelancong dan sebab itulah harga menjadi mahal. Namun, adakah wajar sebegitu? Hakikatnya kenaikan harga barang ini bukan sahaja di sini tetapi di tempat lain juga, mungkin kenaikannya tidaklah seperti di sini.

Hari ini nilai wang RM10.00 sudah tidak sama dengan nilai wang RM10.00 pada 5 tahun yang lalu. Hari ini perbelanjaan saya untuk makan dan minum budget RM10.00 sehari. Namun, adakalanya akan terlebih dari RM10.00 bergantung kepada menu yang dipilih. Sebiji kuih pun sudah RM0.50. Sebelum membuat pilihan untuk makan perlu fikir dahulu berapa wang yang dimiliki? Keadaan yang sama apabila berada di tempat membeli belah, dengan nilai RM10.00 berapa jumlah barang yang boleh kita beli? Jika di sini pilihan saya adalah Kedai RM2.00 dan Pasaraya Sabasun...

Begitulah bebanan kos sara hidup pada hari ini. Bagaimana keadaannya 10 tahun akan datang? Masih bernilai lagikah RM10.00?
Sama-samalah kita fikirkannya...

Sekian...