‘Untuk menang, perlu strategi.’ Inilah yang boleh
saya ungkapkan setiap kali bermain catur dengan adik. Bukan hanya dalam
permainan catur sahaja, malah semua permainan atau ‘game show’ juga perlu ada
strategi. Bermain catur adalah aktiviti kami adik beradik apabila berkumpul
ramai-ramai.
Bermain catur aka ‘chess’ ibarat kita berperang di
medang perang. Setiap buah catur itu mempunyai peranan masing-masing. Menang
atau kalah bergantung kepada strategi yang digunakan. Setiap strategi itu pula
akan sentiasa berubah-ubah bergantung kepada corak permainan pihak lawan. Dalam
menghasilkan strategi yang terbaik, ketenangan atau ‘calm and cool’ adalah aset
penting. Apabila kita berada dalam keadaan yang tenang pasti kita boleh
mengatur strategi yang terbaik dengan membuat analisis kedudukan pihak lawan
dengan pemikiran yang lapang.
Begitu juga dengan kehidupan kita. Dalam kita
menghadapi saat-saat genting atau kritikal, ketenangan adalah senjatanya.
Apabila dalam keadaan tenang, kita tidak akan mudah melatah dan mampu mengatur
strategi untuk terus bertahan. Apa pun yang menimpa, kita masih boleh
tersenyum. Semoga ketenangan ini sentiasa hadir dalam hidup ini. Ketenangan
boleh dicari dengan zikru Allah dan bacaan ayat-ayat suci Alquran…
Ini sahaja dua coretan saya untuk hari ini… Sekian.