Friday, July 26, 2013

Mahu Yang Cantik


CANTIK pasti akan mendapat tempat di hati semua orang. Sudah menjadi lumrah mata manusia hanya akan melihat kepada yang cantik. Apa itu yang dikatakan cantik? Menurut Kamus Dewan cantik bermaksud sangat menarik untuk dipandang. Jadi betullah mata kita hanya melihat kepada sesuatu yang cantik. Namun cantik itu subjektif. Pada kita sudah cukup cantik, pada orang lain mungkin tidak.

Sebili limau yang kulitnya licin dan berminyak pasti pada pandangan kita sudah cukup elok dan sempurna. Rasanya pasti manis dan berkualiti. Setelah dirasa sangkaan itu meleset sama sekali.Malah limau yang kulitnya berkerutu itulah sebenarnya yang manis dan berkualiti. Kecantikan luaran sering kali menipu. Cantik tidak semestinya elok dan yang cantik juga tidak semestinya sempurna.

Begitu juga dalam melihat kecantikan seseorang. Bukan pada matanya, bukan pada hidungnya dan bukan pada kulitnya. Mungkin pada kita tidak cantik, namun Allah mencantikannya pada mata yang terpilih. Kenapa perlu menilai kecantikan itu dari luaran sahaja? Sedangkan kecantikan itu hanya sementara. Usah terlalu meletakkan cantik sebagai priority dalam memilih jodoh. Biarlah rupa tidak seberapa dan mungkin dia biasa sahaja di pandangan mata, tapi sangat indah di pandangan hati. Apakah masih bermakna cantik tanpa agama, tanpa akhlak? Agama itulah yang mencantikannya.

Tiba-tiba saya teringat akan kisah perkahwinan King Arthur dan Guinevere seorang dayang  istana dalam cerita Merlin. Pada pandangan kita dia sangat biasa jika dibandingkan dengan King Arthur. Dia tidak cantik pada pandangan orang tapi tidak pada pandangan Arthur. Ini mungkin hanyalah cerita tidak akan berlaku dalam kehidupan yang realiti. Namun, tiada apa yang mustahil. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah.


Kini kita berada di pertengahan Ramadhan… hari ini 17 Ramadhan dan merupakan hari Nuzul Al-Quran… sama-sama kita mengimarahkan bulan Ramadhan dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran…

No comments: