Saturday, May 26, 2012

بارك الله لكما وبارك عليكما

Sedang saya membelek-belek kalendar di atas meja pagi tadi, rupa-rupanya saya ada dua undangan ke majlis perkahwinan hari ini. Buat kedua-dua kawan saya yang menjadi raja sehari pada hari ini saya tujukan lagu ini khas buat kalian... dan tidak lupa buat bapa saudara saya yang bakal melangsungkan perkahwinannya esok, 27hb... BARAKA ALLAHU LAKUMA



We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshiping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


SeMoGa BeRbAhAgIa HiNgGa Ke AkHiR HaYaT... CiNtA SaMpAi SyUrGa...:)

Sunday, May 20, 2012

'Terima Kasih Mak Cik Mah'

Sewaktu saya di UIAM seorang kawan selalu berpesan... ucapkanlah 'Terima Kasih' di atas setiap pemberian orang kepada kita. Hari ini saya ingin ucapkan 'Terima Kasih' kepada Mak Cik Mah...:)

Petang semalam saya dikunjungi oleh Mak Cik Mah, dia ialah emak sepupu saya. Sudah agak lama saya tidak menemuinya. Dia menghadiahkan saya sehelai baju biru yang sangat cantik... 'Terima Kasih Mak Cik Mah'. Katanya, pagi semalam dia pergi shopping dan apabila dia ternampak baju biru ini (yang kini menjadi milik saya) dia teringatkan saya. Sangat terharu...

Kepada Mak Cik Mah, saya doakan semoga perniagaan kedai makan mak cik semakin maju dan sentiasa diberkati olehNYA...Aminn...

Ucaplah 'Terima Kasih' sebagai tanda kita menghargai...tetapi jangan mengharapkan ucapan 'Terima Kasih' di saat kita memberikan sesuatu atau melakukan sesuatu kebaikan. 

Semalam saya 'mengeposkan' kata-kata ini di wall fb saya... antara komentar yang saya terima ialah dari seorang lecturer saya semasa di UIAM. Memetik kata-kata beliau :

"Ucapan terima kasih itu adalah tanda adanya adab dan budi bahasa. bukan mengharap penghargaan, tetapi ingin sekali melihat adab dan santun terus dipraktiskan."


  
 "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa."


Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



SeLaMaT HaRi GuRu BuAt SeMuA GuRu-GuRu Di MaLaYsIa DaN SeMuA GuRu-GuRu DaN LeCtUrEr YaNg PeRnAh MeNgAjAr SaYa...
"TERIMA KASIH CIKGU"

TaK LuPa JuGa BuAt KaWaN-KaWaN YaNg BeRgElAr GuRu...
"SEMOGA MENJADI GURU YANG BERDEDIKASI"

Monday, May 14, 2012

Perihal Diam...syhhh!



Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi komen...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam menegur...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi nasihat...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memprotes...
Kadang-kadang kita hanya perlu DIAM dalam memberi persetujuan...

TAPI

Biarlah DIAM kita mereka faham ertinya...
Biarlah DIAM kita mereka terkesan maknanya...
Biarlah DIAM kita mereka maklum maksudnya...
Biarlah DIAM kita mereka terima tujuannya...

KERANA

DIAM kita mungkin disalah tafsir...
DIAM kita mungkin mengundang syak wasangka...
DIAM kita mungkin disilap terjemah...
DIAM kita mungkin tidak membawa apa-apa maksud...

MAKA

Jika kita merasakan DIAM itu lebih baik... Seharusnya kita DIAM... 
Namun, seandainya DIAM kita bukanlah suatu yang bijak...
Berkatalah sehingga mereka DIAM...(^_^)



Wednesday, May 2, 2012

Sakit Itu Kafarah Dosa



Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan DIA telah menurunkan untuknya ubat. Perkara itu diketahui oleh orang yang mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak mengetahuinya."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Di sini saya ingin berkongsi tentang adab-adab menziarahi pesakit... ada kalanya kita terlupa bahawa adanya adab-adab ketika menziarahi kawan-kawan kita yang sedang sakit.
  • Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah S.W.T untuk mengeratkan silaturahim.
  • Memilih waktu yang sesuai. Menurut Anas r.a, Nabi S.A.W biasanya menziarahi sahabat yang sakit setelah tiga hari.
  • Membaca doa berikut :    أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفيك  
                         Maksudnya : Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik Arasy   yang Agung, mudah-mudahan DIA menyembuhkanmu!
  • Membawa buah tangan
  • Mengucapkan lafaz sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W :

     لا بأس طهور إن شاء الله                              

         Maksudnya : Tiada apa-apa, mudah-mudahan menjadi pelebur dosa, Insya Allah.
     
  • Bermesra dengan pesakit. Bawakan cerita-cerita yang dapat menenangkannya dan ahli keluarganya.
  • Haram mengatakan sesuatu perkara yang boleh melukakan perasaan pesakit.
  • Membantu meringankan masalah yang dihadapinya dengan sedaya upaya.
  • Menjaga pergaulan.
  • Meletakkan tangan pada orang yang sakit dan berdoa : 
                                    بسم الله أعوذ بالله وقدرته من شرما أجاد وأحاذر 
 
Maksudnya : Dengan nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNYA daripada kejahatan yang aku dapat dan waspada.
  • Jika pesakit berada dalam keadaan nazak, hendaklah kita :
                     Berbaik sangka dengan ketentuan Allah, mengajarnya mengucap dan memperbanyakkan istighfar untuk pesakit, memohon kepada Allah agar diampunkan dosanya. 

Sumber : Majalah Solusi, Isu No 38

Saya doakan semoga kawan saya yang kini berada di hospital semoga cepat sembuh... sesungguhnya Allah sentiasa bersama kamu...Syafakillah
                 
             Wallahu a'lam.