Sunday, May 20, 2012

'Terima Kasih Mak Cik Mah'

Sewaktu saya di UIAM seorang kawan selalu berpesan... ucapkanlah 'Terima Kasih' di atas setiap pemberian orang kepada kita. Hari ini saya ingin ucapkan 'Terima Kasih' kepada Mak Cik Mah...:)

Petang semalam saya dikunjungi oleh Mak Cik Mah, dia ialah emak sepupu saya. Sudah agak lama saya tidak menemuinya. Dia menghadiahkan saya sehelai baju biru yang sangat cantik... 'Terima Kasih Mak Cik Mah'. Katanya, pagi semalam dia pergi shopping dan apabila dia ternampak baju biru ini (yang kini menjadi milik saya) dia teringatkan saya. Sangat terharu...

Kepada Mak Cik Mah, saya doakan semoga perniagaan kedai makan mak cik semakin maju dan sentiasa diberkati olehNYA...Aminn...

Ucaplah 'Terima Kasih' sebagai tanda kita menghargai...tetapi jangan mengharapkan ucapan 'Terima Kasih' di saat kita memberikan sesuatu atau melakukan sesuatu kebaikan. 

Semalam saya 'mengeposkan' kata-kata ini di wall fb saya... antara komentar yang saya terima ialah dari seorang lecturer saya semasa di UIAM. Memetik kata-kata beliau :

"Ucapan terima kasih itu adalah tanda adanya adab dan budi bahasa. bukan mengharap penghargaan, tetapi ingin sekali melihat adab dan santun terus dipraktiskan."


  
 "Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa."


No comments: