Monday, July 20, 2009

Penantian Dan Pengharapan



Seorang pelajar menanti selesainya peperiksaan dan mengharapkan keputusan yang cemerlang serta mengimpikan pekerjaan yang menjamin masa depan.
Seorang penguam menanti keputusan hakim dan mengharapkan kemenangan memihak kepadanya.
Seorang gadis menanti bilakah dia akan bertemu dengan jodohnya dan mengharapkan seseorang yang boleh memberi kebahagiaan untuknya.
Pasangan yang bertunang pastinya menanti saat diijab kabulkan dan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dengan kehadiran anak-anak yang soleh.
Seorang ibu yang sarat mengandung menanti bilakah dia akan bersalin dan mengharapkan anaknya itu sihat dan menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.
Orang tua yang berada di kampung sudah pasti menanti bilakah anak-anaknya akan pulang ke kampung untuk menziarahinya dan setelah anak-anaknya itu sudah kembali ke kota mereka pasti mengharapkan anaknya itu kembali lagi.
Seorang yang sakit menanti bilakah penyakitnya akan sembuh dan berharap ALLAH akan memanjangkan usianya untuk mencari keredhaanNYA.


Penantian” dan “pengharapan” tiada penghujung selagi jasad tak terpisah dari badan. Begitulah hidup kita, jodoh, maut dan rezeki adalah ketentuan Ilahi. Semuanya sudah tersurat. Namun, kita sering kali tertanya-tanya kenapa penantian dan pengharapan kita tak kunjung tiba??? Saat itu kita mula lupa dengan janji yang Maha Kuasa dan berkata “I can’t wait anymore” atau “wait and wait…until when???”

Sebagai seorang muslim, sabar dan doa adalah senjata utama untuk menenangkan diri dalam meniti detik-detik penantian. Kita hendaklah bersabar dan terus berdoa bukannya hanya mengharap semata-mata dan tidak cepat berputus asa. Sebagai renungan:

Daripada Aishah r.ha, Nabi s.a.w bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ketenangan diri menjadikan kita berfikir secara positif bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan ALLAH sama ada penantian kita berakhir dengan kejayaan atau tidak. Positive thinking is important to show what is right and what is wrong.

Sekiranya penantian dan pengharapan itu tidak juga kunjung tiba kita harus bertanya dengan diri kita apakah yang akan terjadi setelah penantiaan dan pengharapan itu tiba? Sebagai contoh, seorang peguam mengharapkan kemenanang dalam perbicaraan dan berjaya memperolehi kemenangan yang diimpikan, adakah dengan kemenangan itu menjadikan dia seorang yang lebih berjaya atau mungkin kemenangan itu menjadikanya riak. Itulah hikmahnya yang kita tidak tahu, hanya ALLAH yang lebih mengetahui. Contoh lain, Pasangan yang bertunang menanti saat diijab kabulkan namun, penantianya berakhir dengan kekecewaan. Tanyalah kepada diri adakah dia betul-betul bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri? Jika jawapannya adalah “YA” anggaplah ia sebagai ujian daripada ALLAH untuk menguji hambaNYA, sejauh mana level keimanan kita dan adakah kita kuat untuk menghadapi ujian daripadaNYA. Yakinlah dengan takdir yang Maha Esa dan ujian yang diberikan itu sudah pasti hambaNYA mampu mengharunginya. Semuanya ada hikmah yang tersirat hanya ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.


2 comments:

ummu muhammad said...

gambar bukan ke bumi kat atas tu? hehe

ummu muhammad said...

bulan, bukan "bukan" tersyasyul hehe.