Assalamualaikum...
Semoga baik-baik sahaja petang ini...
A sudah bercerai dengan B dan mereka mempunyai dua orang anak yang masih di bawah umur. A telah membuat tuntutan hadhanah (hak penjagaan) di Mahkamah Syariah terhadap 2 orang anak tersebut. B berusaha untuk membawa dua orang anak tersebut ke luar dari Malaysia. Sedangkan perbicaraan tuntutan hadhanah masih dalam prosiding. Ini adalah situasi yang biasa berlaku di Mahkamah Syariah.
Sudah agak lama saya tidak menulis tentang undang-undang. Petang ini tergerak hati untuk berkongsi sedikit berkenaan Perintah Interim Secara Exparte. Dua istilah ini adalah istilah undang-undang dan ia tidak asing di Mahkamah Syariah. Perkongsian ini adalah ilmu yang saya dapat melalui bengkel baru-baru ini. Walaupun ini bidang saya, hakikatnya saya masih kabur tentang perkara ini. Perkongsian ini adalah secara ringkas sahaja.
Penyelesaian bagi situasi di atas, B boleh membuat permohonan perintah interim hadhanah.
Apa Itu Perintah
Interim?
- Perintah
sementara sehingga penyelesaian penuh. Dalam situasi di atas merujuk kepada Perintah sementara sebelum keputusan kes hadhanah diputuskan.
Dalam Keadaan Mana Boleh Dibuat Permohonan Interim?
1. Perintah Interim Injunsi
- Remedi dalam bentuk arahan Mahkamah untuk menghalang atau meneruskan atau melakukan sesuatu.
- Contoh : Tegahan kacau ganggu, pembekuan harta dan tegahan bawa keluar anak.
2. Perintah Interim Hadhanah
- Dipohon untuk mendapatkan hak jagaan anak sementara dengan perintah berkuatkuasa dengan segera sehinggalah keluar perintah kekal dalam kes induk (kes hadhanah)
- 2 elemen penting yang perlu dalam permohonan ini :
a) Wujud keadaan yang mendesak
b) Demi kepentingan, keadilan atau perlindungan anak atau pemohon
3. Perintah Interim Nafkah Anak
- Permohonan dibolehkan apabila :
1. Dalam keadaan memerlukan perintah nafkah
2. Bapa kanak-kanak berkeupayaan membayar nafkah
Apa itu Exparte?
- Tidak
semua Permohonan Interim boleh dibuat secara Ex-Parte.
- Contohnya
Tuntutan Nafkah Anak mesti secara Inter-Parte (Mendengar kedua-dua belah pihak)
- Asas
permohonan hendaklah wujud darurat.
- Diputuskan
setelah mendengar secara sebelah pihak untuk mengelakkan apa-apa kerosakan /
mudharat.
Merujuk kepada situasi di atas permohonan perintah interim hadhanah tersebut akan didengar secara exparte (secara sebelah pihak sahaja)dan hendaklah wujud 2 elemen dalam permohonan tersebut iaitu ; keterdesakkan dan demi kepentingan anak serta pemohon.
Apabila Mahkamah berpuas hati dengan alasan dan wujud 2 elemen yang telah dinyatakan di atas, maka perintah interim secara ex parte
boleh dibenarkan dan menghalang B dari membawa keluar dua anak tersebut dari Malaysia sehingga keputusan kes hadhanah diputuskan.
Sekadar ini dahulu perkongsian saya untuk petang ini dan Insya Allah perkongsian ini akan bersambung di lain waktu.
Sekian...
9 Zulkaedah 1438 Hijrah