Monday, January 16, 2012

Coklat Menghilangkan 'Stress'


Saya yakin semua orang menyukai coklat dan tidak terkecuali saya juga salah seorang daripadanya. Apatah lagi jika coklat itu dihadiahkan oleh seseorang (coklat percuma). Sering kali saya mendengar bahawa coklat dapat menghilangkan stress. Mitos atau fakta? Untuk mengetahuinya saya sempat membuat sedikit carian di google.

Bagi sesetengah orang 'stress' adalah perkara biasa. Di mana pun kita berada, kita pasti akan berdepan dengannya. 'Stress' seorang pelajar adalah berbeza dengan 'stress' seorang yang sudah bekerja. Apa yang berbeza adalah cara kita mengatasinya. Waktu dulu-dulu saya suka makan choki-choki sambil membaca buku atau membuat assignment. Saya tidak pasti kenapa sebenarnya saya berbuat demikian. Setelah difikirkan kembali, dengan choki-choki saya merasa seronok untuk membaca dan membuat assignment.

Hal ini kerana coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang mengeluarkan endorphins yang membuatkan kita rasa gembira dan menghilangkan rasa resah gelisah pada emosi kita. Ini bermakna makan coklat dapat memberi ketenangan. Malah, kajian juga menunjukkan bau coklat boleh mewujudkan rasa tenang.

Coklat menyebabkan kegemukkan?

Hakikatnya, tidak ada satu jenis pun makanan yang menyebabkan kegemukkan. Namun, kenapa wujudnya masalah kegemukkan? Hal ini terjadi apabila pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan yang membawa kepada peningkatan nilai kalorinya. Jika kalori itu tidak dibakar sebanyak yang diambil maka akan berlakulah kegemukkan. Oleh itu, coklat selamat dimakan dalam kuantiti yang sepatutnya.

Kini kita dapat menikmati pelbagai jenis coklat yang dibentuk menarik dengan berbagai corak dan warna.



Setiap hari mulakan sarapan dengan secawan air yang berunsurkan coklat...
Wah! Template blog saya juga berunsurkan coklat...

Sesungguhnya ubat yang paling mujarab untuk mengatasi 'stress' ialah Kalam Allah yakni ayat-ayat suci al-Quran...

2 comments:

pinkyfatihah said...

Hahaha...saya pun suka ape2 je mknan yg berunsurkan coklat...

Tp org kata coklat menyebabkan kerosakkan gigi...betul ka???

ermizamustafa said...

Coklat punca kerosakkan gigi...Betul ke?

Mengikut kajian yg dijlnkan oleh Massahusetts Institut of Tech membuktikan coklat mengandungi bahan anti kerosakkan gigi spt tannin.

Tannin berfungsi menghalang pembiakan bakteria dlm mulut dan menghalang kerosakan gigi.

Coklat juga mdh cair di dlm mulut. Oleh yg demikian, coklat tidak disimpan lama di dlm mulut yg blh menyebabkan kerosakkan gigi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...