Wednesday, July 15, 2009

Rencah Kehidupan






RENCAH KEHIDUPAN









Dalam meniti kehidupan ini



Diri kita harus betah



Melayari bahtera-bahtera karam



Menempuh ombak dan badai kehidupan...



Walaupun kadang-kadang tengelam



Namun...



Kita harus kukuh berpaut bahawa...



ALLAH sentiasa bersama



Mengertilah...



Diri kita adalah anugerah istimewa



Lahir kita dilaungkan "azan" dan "iqamah"



Sucinya diri kita bagaikan kain putih



Tanpa noda, dosa dan maksiat



Yakinlah...



Pada kita ada kekuatan



Pada kita ada ketabahan



Pada kita ada keikhlasan

Jua sekelumit cinta bersandarkan cita-cita



Ketahuilah...



Mungkin kita kerdil di mata manusia



Tapi, tidak di mata ALLAH



Redhalah dengan ketentuan Ilahi



Kerana di Loh Mahfuz



Telah termaktub sebuah keindahan



Yakinlah dengan janji Rabb

No comments: