Friday, September 20, 2013

Sedu Gejala Biasa



Coretan hari ini sedikit perkongsian tentang sedu. Sedu adalah gejala biasa yang berlaku kepada semua sama ada bayi, kanak-kanak atau orang dewasa. Sedu membuatkan kita berasa tidak selesa, terutamanya ketika bercakap dan berdepan dengan orang lain. Orang tua-tua selalu cakap, sedu berlaku pada bayi atau kanak-kanak tandanya dia akan membesar. Bagaimana pula dengan orang dewasa?

Bagaimana Sedu Terjadi?

Dari sudut kesihatan, sedu berlaku apabila pengecutan otot diafragma secara berulang kali. Apabila kita menarik nafas diafragma tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Kemudian apabila kita menghempuskan nafas diafragma menolak udara keluar daripada paru-paru. Diafragma ada ketikanya terganggu apabila kita membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan tersentap. Kesannya, kita menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut dan udara berebut-rebut masuk seterusnya melanggar kotak suara. Maka terhasillah bunyi sedu.

Antara Punca Sedu :   

-          Menelan terlalu banyak udara
-          Makan secara lahap
-          Berasa bimbang atau teruja
-          Merokok

Kaedah Untuk Menghilangkannya :

-          Minum segelas air suam (Ini yang selalu saya lakukan)
-          Makan sesudu teh gula atau madu
-          Tahan nafas selama beberapa saat. Pastikan duduk dalam keadaan tenang.
-          Tenangkan jiwa dan minda

Selalu juga kita tengok apabila sedu berlaku kepada bayi, cebisan kertas atau tisu akan ditampalkan pada dahi bayi tersebut. Sejauh manakah keberkesanannya? 

Kesimpulannya, sedu adalah gejala biasa dan mempunyai kaitan dengan saluran pernafasan.

Sumber: Berita Harian, Khamis, 19 September 2013

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...