Friday, August 30, 2013

Untuk Menang, Perlu Strategi


‘Untuk menang, perlu strategi.’ Inilah yang boleh saya ungkapkan setiap kali bermain catur dengan adik. Bukan hanya dalam permainan catur sahaja, malah semua permainan atau ‘game show’ juga perlu ada strategi. Bermain catur adalah aktiviti kami adik beradik apabila berkumpul ramai-ramai.

Bermain catur aka ‘chess’ ibarat kita berperang di medang perang. Setiap buah catur itu mempunyai peranan masing-masing. Menang atau kalah bergantung kepada strategi yang digunakan. Setiap strategi itu pula akan sentiasa berubah-ubah bergantung kepada corak permainan pihak lawan. Dalam menghasilkan strategi yang terbaik, ketenangan atau ‘calm and cool’ adalah aset penting. Apabila kita berada dalam keadaan yang tenang pasti kita boleh mengatur strategi yang terbaik dengan membuat analisis kedudukan pihak lawan dengan pemikiran yang lapang.

Begitu juga dengan kehidupan kita. Dalam kita menghadapi saat-saat genting atau kritikal, ketenangan adalah senjatanya. Apabila dalam keadaan tenang, kita tidak akan mudah melatah dan mampu mengatur strategi untuk terus bertahan. Apa pun yang menimpa, kita masih boleh tersenyum. Semoga ketenangan ini sentiasa hadir dalam hidup ini. Ketenangan boleh dicari dengan zikru Allah dan bacaan ayat-ayat suci Alquran…

Ini sahaja dua coretan saya untuk hari ini… Sekian.    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...