Wednesday, March 28, 2012

Mak Cik Penjual Kuih


Seawal jam 7.00 pagi mak cik penjual kuih datang ke rumah saya dengan membawa berbagai jenis kuih muih untuk dijual. Semuanya nampak menyelerakan.

"Lama saya tidak makan kuih mak cik." Sapa saya. Dia hanya terdiam dan tersenyum.

"Rindu saya dengan pulut sambal mak cik." Ujar saya lagi sambil mengambil 4 bungkus pulut sambal yang berada di dalam bakulnya. Masih banyak kuih muih di dalam bakulnya. Mungkin keluarga saya orang pertama membeli jualannya pagi ini. Fikir saya.

Di saat saya dan emak membeli kuihnya, jelas kegembiraan terpancar di wajah tua mak cik itu. Saya gembira mak cik masih berniaga kerana kami masih ingin menikmati keenakan kuih muih mak cik. Saya berbicara sendirian. Sudah lama mak cik penjual kuih ini tidak berniaga dek kerana tindakan masyarakat di sekeliling yang memboikot jualannya.

Kata mereka, "jangan beli kuih muihnya lagi, anaknya penagih dadah." Saya terfikir, apa kaitannya kuih yang dijual dengan anaknya??? Itu ujian untuknya. Saya bersyukur kerana keluarga saya tidak terpengaruh dengan tindakan mereka-mereka yang memboikot mak cik tersebut.

Mana mungkin kita dapat mengelak daripada diuji kerana itulah takdir dariNYA. Apa yang perlu kita buat ialah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah dan berusaha menyelesaikan masalah itu. Ternyata mak cik ini seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa dengan ujian yang ditakdirkan untuknya. Dia telah membuat keputusan menghantar anaknya itu ke pusat pemulihan dan menjalani kehidupannya seperti biasa.

Kita sebagai masyarakat sekeliling tidak wajar menghukum mak cik tersebut kerana perbuatan anaknya.

Doa saya semoga kuih muih mak cik habis dijual...:)


"We can't direct the wind, but we can adjust our sail."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...