Wednesday, March 28, 2012

Mak Cik Penjual Kuih


Seawal jam 7.00 pagi mak cik penjual kuih datang ke rumah saya dengan membawa berbagai jenis kuih muih untuk dijual. Semuanya nampak menyelerakan.

"Lama saya tidak makan kuih mak cik." Sapa saya. Dia hanya terdiam dan tersenyum.

"Rindu saya dengan pulut sambal mak cik." Ujar saya lagi sambil mengambil 4 bungkus pulut sambal yang berada di dalam bakulnya. Masih banyak kuih muih di dalam bakulnya. Mungkin keluarga saya orang pertama membeli jualannya pagi ini. Fikir saya.

Di saat saya dan emak membeli kuihnya, jelas kegembiraan terpancar di wajah tua mak cik itu. Saya gembira mak cik masih berniaga kerana kami masih ingin menikmati keenakan kuih muih mak cik. Saya berbicara sendirian. Sudah lama mak cik penjual kuih ini tidak berniaga dek kerana tindakan masyarakat di sekeliling yang memboikot jualannya.

Kata mereka, "jangan beli kuih muihnya lagi, anaknya penagih dadah." Saya terfikir, apa kaitannya kuih yang dijual dengan anaknya??? Itu ujian untuknya. Saya bersyukur kerana keluarga saya tidak terpengaruh dengan tindakan mereka-mereka yang memboikot mak cik tersebut.

Mana mungkin kita dapat mengelak daripada diuji kerana itulah takdir dariNYA. Apa yang perlu kita buat ialah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah dan berusaha menyelesaikan masalah itu. Ternyata mak cik ini seorang yang tabah dan tidak mudah berputus asa dengan ujian yang ditakdirkan untuknya. Dia telah membuat keputusan menghantar anaknya itu ke pusat pemulihan dan menjalani kehidupannya seperti biasa.

Kita sebagai masyarakat sekeliling tidak wajar menghukum mak cik tersebut kerana perbuatan anaknya.

Doa saya semoga kuih muih mak cik habis dijual...:)


"We can't direct the wind, but we can adjust our sail."

Saturday, March 24, 2012

Coretan Seorang Kaunselor


Sebagai manusia
Jika hari ini seorang anak
Sentiasa dikecam
Dia akan menjadi seorang yang suka mengecam

Sentiasa diseterui
Dia akan menjadi seorang yang suka berkelahi
Sentiasa dihina
Dia akan menjadi seorang yang pemalu dan rendah diri

Sentiasa diberi malu
Dia akan menjadi seorang yang sentiasa rasa bersalah
Sentiasa ditabahi
Dia akan menjadi seorang yang penyabar

Sentiasa diberi galakkan
Dia akan menjadi seorang yang berkeyakinan
Sentiasa ditaburi pujian
Dia akan menjadi seorang yang tahu menghargai

Sentiasa dilayan dengan adil
Dia akan menjadi seorang yang tahu keadilan
Sentiasa diberi perlindungan
Dia akan mempunyai kepercayaan diri

Sentiasa diberi pengiktirafan
Dia akan menjadi seorang yang suka dirinya dan orang lain
Sentiasa didekati dan diterima
Dia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling bahagia

(Puisi ini saya petik daripada sebuah majalah sekolah kepunyaan adik saya sebagai renungan bersama)

Tuesday, March 13, 2012

Semanis Madu


Sebulan yang lalu, saya mendapat tahu seorang kawan yang sama-sama belajar di universiti telah berkahwin lagi dan kebetulan saya mengenali isterinya yang pertama. Kemudian, beberapa hari yang lalu, seorang kawan menelefon saya dan memberitahu bahawa kawannya akan berkahwin dan menjadi isteri kedua.

Ini membuatkan saya berfikir sejenak, ternyata akal saya masih belum nampak akan kebaikan berpoligami, namun saya tidak menolaknya dari segi ilmu dan hukum yang jelas mengharuskannya. Ini mungkin kerana saya dan kita semua sentiasa terdedah dengan perkara-perkara negatif mengenai isu ini sehingga kita tidak nampak akan hikmahnya. Malah ada juga yang menerimanya, tetapi mengabaikan prinsip dan syaratnya.

Saya tidak mahu menulis isu ini dengan panjang lebar... tetapi ingin mengajak semua untuk berfikir dan memperhalusi isu ini secara saksama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...