Tuesday, January 31, 2012

Itulah Jodohnya


"Mari, mari, marilah
Dengar ini kisah silam oh kawan
Sangatlah berguna moga hidup aman bahagia

Di malam pertama jumpa mertua
Tersentak si jejaka diberitakan
Isterinya tidak sempurna rupa
Anggota zahirnya lumpuh semua
Tiada upaya mengurus diri..."

Begitulah petikan lagu 'Cari Pasangan' dendangan kumpulan nasyid Rabbani. Di sebalik lagu ini tertulis sebuah kisah tentang keluhuran dan kejujuran seorang pemuda yang akhirnya dipertemukan jodohnya dengan seorang wanita solehah.

Dan inilah kisahnya...

Abu Saleh adalah seorang pemuda yang sangat cinta kepada Allah. Pada suatu hari, seperti biasa beliau duduk di tepi sungai sambil bertafakur. Kemudian perutnya terasa lapar dan kebetulan pada waktu itu dia terlihat sebiji epal terapung-apung di sungai itu. Lalu diambilnya epal itu dan dimakan.

Sedang dia menguyah epal tersebut, tiba-tiba dia teringat bahawa epal itu tentu ada pemiliknya. Abu Saleh merasai dirinya berdosa kerana memakan epal itu tanpa meminta keizinan daripada pemiliknya terlebih dahulu. Oleh kerana rasa takut kepada Allah, beliau menyusuri hulu sungai tersebut demi mencari tuan punya epal itu. Setelah berhari-hari berjalan, akhirnya Abu Saleh telah menjumpai sebatang pokok epal dan beliau yakin bahawa epal yang dimakannya tempoh hari adalah dari pokok ini.

Abu Saleh terus berjumpa dengan tuan punya pokok epal itu, iaitu Abdullah Saumi. Melihat akhlak yang dimiliki oleh Abu Saleh menyebabkan Abdullah Saumi tidak sanggup melepaskan Abu Saleh pergi. Lalu Abdullah Saumi membuat satu helah. Beliau akan memaafkan Abu Saleh dengan syarat Abu Saleh mesti berkhidmat dengan beliau selama 12 tahun untuk menguruskan kebun epalnya. Abu Saleh telah mematuhi syarat tersebut.

Setelah 12 tahun, Abdullah Saumi mengadakan syarat baru. Beliau akan memaafkan Abu Saleh sekiranya Abu Saleh sanggup berkahwin dengan anak perempuannya yang buta matanya, pekak telinganya dan lumpuh kedua-dua tangan serta kakinya. Syarat tersebut sungguh berat, tetapi demi mencari keredhaan Allah... Abu Saleh turuti juga.

Setelah diakad nikah, Abu Saleh terkejut setelah melihat isterinya yang jelita rupa parasnya dan tidak cacat anggotanya. Lantas Abu Saleh segera berjumpa Abdullah Saumi. Akhirnya, Abdullah Saumi menerangkan hakikat kata-katanya kepada Abu Saleh, "Aku katakan anak perempuanku itu buta matanya kerana dia tidak pernah memandang lelaki yang bukan mahramnya, pekak telinganya kerana tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, lumpuh kedua-dua tangannya kerana tidak pernah menyentuh perkara-perkara yang diharamkan dan lumpuh kedua-dua kakinya kerana tidak pernah melangkah ke tempat-tempat mungkar."

Firman Allah S.W.T : "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"

(Surah an-Nur : 26)

Saturday, January 21, 2012

Di saat aku mencintaimu



Mencintai Allah nescaya Allah tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya
Kerana cinta Allah adalah cinta abadi.
Cinta paling agung...

Sebuah kisah masyarakat...

Julia (bukan nama sebenar) telah dijab kabulkan 3 bulan yang lalu...

"Bila dua hati sudah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga reda Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup"
( Hijaz : Selamat pengantin baru )

Kini, segala janji-janji manis yang pernah dilafazkan dari seorang lelaki yang bernama suami, semuanya hanya tinggal janji. Dia telah diceraikan oleh suaminya dek kerana sedikit salah faham yang berlaku.


Mereka sudah berkawan dan bercinta bertahun-tahun lamanya. Saat ini Julia sudah tawar hati untuk kembali kepangkuan suaminya walaupun berkali-kali si suami memohon maaf. Baginya, cinta si suami terlalu rapuh dan tiada lagi maaf untuknya.

(Cerita ini saya adaptasi dari kisah benar yang pernah berlaku)

Kesimpulan yang saya dapat simpulkan dari kisah ini ialah :-

Cinta mereka tidak mendaulatkan Allah nombor satu
Cinta mereka pada pasangan mereka bukan kerana Allah yang satu
Cinta mereka tidak bermujahadah menahan nafsu

Tiada cinta secara high class.

Bagaimana mencintai secara high class???


"Ya Allah, aku memohon cintaMu dan orang yang mencintaiMu dan amalan yang menyampaikan aku kepada cintaMu, Ya Allah jadikanlah cintaMu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik)."
(Hadis Riwayat al-Tarmizi)




Monday, January 16, 2012

Coklat Menghilangkan 'Stress'


Saya yakin semua orang menyukai coklat dan tidak terkecuali saya juga salah seorang daripadanya. Apatah lagi jika coklat itu dihadiahkan oleh seseorang (coklat percuma). Sering kali saya mendengar bahawa coklat dapat menghilangkan stress. Mitos atau fakta? Untuk mengetahuinya saya sempat membuat sedikit carian di google.

Bagi sesetengah orang 'stress' adalah perkara biasa. Di mana pun kita berada, kita pasti akan berdepan dengannya. 'Stress' seorang pelajar adalah berbeza dengan 'stress' seorang yang sudah bekerja. Apa yang berbeza adalah cara kita mengatasinya. Waktu dulu-dulu saya suka makan choki-choki sambil membaca buku atau membuat assignment. Saya tidak pasti kenapa sebenarnya saya berbuat demikian. Setelah difikirkan kembali, dengan choki-choki saya merasa seronok untuk membaca dan membuat assignment.

Hal ini kerana coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang yang mengeluarkan endorphins yang membuatkan kita rasa gembira dan menghilangkan rasa resah gelisah pada emosi kita. Ini bermakna makan coklat dapat memberi ketenangan. Malah, kajian juga menunjukkan bau coklat boleh mewujudkan rasa tenang.

Coklat menyebabkan kegemukkan?

Hakikatnya, tidak ada satu jenis pun makanan yang menyebabkan kegemukkan. Namun, kenapa wujudnya masalah kegemukkan? Hal ini terjadi apabila pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan yang membawa kepada peningkatan nilai kalorinya. Jika kalori itu tidak dibakar sebanyak yang diambil maka akan berlakulah kegemukkan. Oleh itu, coklat selamat dimakan dalam kuantiti yang sepatutnya.

Kini kita dapat menikmati pelbagai jenis coklat yang dibentuk menarik dengan berbagai corak dan warna.



Setiap hari mulakan sarapan dengan secawan air yang berunsurkan coklat...
Wah! Template blog saya juga berunsurkan coklat...

Sesungguhnya ubat yang paling mujarab untuk mengatasi 'stress' ialah Kalam Allah yakni ayat-ayat suci al-Quran...

Tuesday, January 10, 2012

'Human must colonise space or face extinction'


Human must colonise space or be wiped out, warns astrophysicist Stephen Hawking.

Itu adalah kata-kata Stephen Hawking ketika sambutan hari kelahirannya yang ke 70.

Humans must begin populating other planets within the next two centuries or face disappearing forever.

Kata-kata beliau ada kebenarannya, lihat keadaan bumi kita sekarang. Hari ini kita berdepan dengan pelbagai isu alam sekitar yang bersifat global dan merentasi sempadan. Tidak keterlaluan jika saya katakan kita terlalu obses mengaut keuntungan terhadap alam di sekeliling kita bagaikan beraja di mata, bersultan di hati.

Kita kurang peka dengan isu ini, mungkin kerana kita tidak nampak kesannya secara jelas. Sebagai contoh pembakaran sampah yang merbahaya seperti sisa PVC dan plastik akan menyebabkan pembebasan rumah hijau. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengakibatkan peningkatan suhu global. Apabila suhu global meningkat, ais dan glasier di kawasan Artik dan Antartik akan mencair. Kemungkinan besar Kutub Utara akan sama sekali kehilangan ais suatu hari nanti.

Dengan ini, kita perlu kembali 'menghijaukan bumi' kita, caranya ialah menyeimbangkan keperluan terhadap ekonomi dan pengawalan terhadap alam sekitar. Sebagai contoh, kaedah kitar semula dan penggunaan teknologi hijau.

Alam ini adalah amanah generasi akan datang kepada kita. Apabila sampai masanya kita akan menyerahkan alam ini kepada anak cucu kita. Maka dengan ini, kita perlu bersahabat dan berdamai dengan alam.



In our travels to other worlds, Hawking believes that meeting aliens could be a distinct possibility. He said in a documentary for the Discovery Channel recently: 'To my mathematical brain, the numbers alone make thinking about aliens perfectly rational. The real challenge is to work out what aliens might actually be like.'

Sunday, January 1, 2012

The Making Of... Cerita Tahun Baru

Hari ini 1.1.2012, bermakna kita telah melangkah ke tahun baru
Alhamdullilah...blog saya ini masih bernafas
dan saya ingin terus mencoretkan sesuatu di sini



2011... adalah hari-hari yang sudah berlalu menjadi dedaun waktu
yang gugur satu persatu meninggalkan rindu dan sendu pada pepohon
nostalgia abadi dalam ingatan.

2012... adalah hari-hari yang baru menjelma...
Segala peristiwa pahit, manis, masam, masin, kelat dan payau bakal ditempuh
Hanya yang terindah menjadi harapan
Lebaran baru kehidupan bakal bermula dengan sebuah azam yang baru
Begitulah mentaliti semua tidak terkecuali diri ini
Semua orang berbicara tentang azam yang merupakan keinginan yang kuat dalam bentuk khayalan
Yang 'single' mula berkira-kira untuk menukar status kepada 'engaged' atau 'married'
Yang bekerja memasang impian untuk naik pangkat dan naik gaji
Yang belajar pastilah impikan keputusan yang cemerlang
Tidak kurang juga ada insan-insan yang penuh bangga menayangkan pencapaiannya yang lalu
Begitulah kita lebih suka berbicara tentang azam daripada membuat muhasabah terhadap diri dan masa lalu...
Yang pasti... Umur kita juga semakin meningkat

Semoga 2012...ada perubahan untuk menjadi lebih indah dan lebih cemerlang...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...