Sunday, June 26, 2011

Tulisan di atas pasir dan batu


Sekadar ingin berkongsi sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, pasangan suami isteri ini bertengkar dan si suami mengherdik isterinya dengan kata-kata yang kasar. Si isteri merasa sakit hati. Tanpa kata-kata dia menulis di atas pasir:

"HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU"

Mereka terus berjalan. Kemudian, mereka berjumpa sebuah tasik dan mereka berenang bersama. Tiba-tiba si isteri nyaris lemas dan diselamatkan oleh si suami. Kemudian, si isteri menulis di sebuah batu:

"HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU"

Si suami bertanya, "kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulis di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu?"

Si isteri sambil tersenyum, menjawab "ketika perkara buruk berlaku, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin kemaafan datang dan menghapuskan tulisan itu dan saya boleh melupakannya... dan apabila sesuatu perkara yang baik, saya harus memahatkannya di atas batu agar ianya tidak akan hilang apabila angin bertiup dan saya akan mengingatinya sampai bila-bila.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...