Monday, March 21, 2011

Hanya Yang Terbaik Buatmu


Suatu malam si anak merugut bahawa beg sekolahnya sudah buruk dan sudah ketinggalan zaman.

"Semua orang sudah tidak bawa lagi beg seperti ini ke sekolah." rugut si anak. Dia juga teringin memiliki beg baru seperti kawan-kawannya. Lantas, si anak memberitahu ibunya tentang hasratnya itu.

Keesokkan harinya si ibu telah membawa si anak ke bandar untuk membeli beg baru. Si anak begitu gembira kerana keinginannya telah tercapai. Duit yang ada itu sebenarnya telah lama dikumpulkan oleh si ibu untuk membeli sehelai jubah yang telah lama diidamkannya. Terdetik di hati si ibu.

"Tidak mengapa, ini lebih penting. Semoga anakku lebih bersemangat untuk belajar setelah mendapat beg ini."

Beberapa hari kemudian...

Si anak memberitahu, bahawa dia ingin mengikuti rombongan lawatan sekolah dan membelikannya sebuah kamera. Si ibu membenarkan anaknya pergi, tetapi dia tidak mampu untuk menunaikan permintaan anaknya supaya membelikannya sebuah kamera. Sebagai ibu, dia sedaya upaya ingin menunaikan permintaan anaknya, tetapi dia terpaksa mengecewakan harapan anaknya itu. Dia mahu anaknya faham erti susah payah sebuah kehidupan.

"Kita mesti hidup mengikut kemampuan bukan keinginan."

Tambahan pula, kamera bukanlah keperluan seorang pelajar, ianya hanyalah keinginan si anak apabila melihat kawan-kawannya memiliki kamera. Sebagai ibu, dia ingin yang terbaik buat anaknya. Dia berharap agar anaknya memahami kenapa dia berbuat demikian.

There is a woman with a solid heart that curing my pain with her words and sweeping my sadness with her fingers. She is my mother, the person that I love so much. I'm glad to have you my mother, someone special in my life.

To my younger brother and my younger sister, we should try to see reasons in her restrictions and do our best to make she happy and proud of us.

Thursday, March 10, 2011

Berbudi Pekerti Luhur Seperti Siti Muthi'ah

Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah S.A.W memanggil anaknya Siti Fatimah.

"Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik budi pekerti dan seorang isteri yang dicintai suami?"

"Tentu saja, wahai ayahku."

"Tidak jauh dari rumah ini, ada seorang perempuan yang sangat baik budi pekertinya. Perempuan itu bernama Siti Muthi'ah. Cuba engkau jumpai dia dan teladani budi pekertinya yang baik itu."

Maka Fatimah dan anaknya Hasan yang masih kecil pergi ke rumah Siti Muthi'ah. Apabila sampai, Fatimah mengucapkan salam. Siti Muthi'ah segera membuka pintu. Hatinya begitu gembira melihat tetamunya adalah anak Rasulullah beserta cucunya. Setelah Fatimah menyatakan maksud tujuan kedatangannya, tiba-tiba Siti Muthi'ah dengan mesra menolak kedatangan puteri Rasulullah itu.

"Bagaimanapun aku bahagia sekali menyambut kedatanganmu ke sini. Namun, maafkanlah aku, aku hanya dapat menerima kedatanganmu sahaja. Sesungguhnya suamiku telah berpasan agar aku tidak menerima tetamu lelaki ke rumah ini."

"Ini adalah Hasan, anakku sendiri. Bukankah dia masih kanak-kanak?"

"Sekali lagi maafkanlah aku, walaupun dia masih kecil tetapi dia lelaki. Aku tidak berani melanggar wasiat suamiku."

Siti Fatimah mula menyedari kemuliaan Siti Muthi'ah sebagaimana yang dikatakan oleh ayahnya. Selepas menghantar anaknya pulang, Fatimah kembali lagi ke rumah Siti Muthi'ah seorang diri. Siti Muthi'ah menyambut kedatangan Fatimah dengan mesra.

"Wahai puteri Rasulullah, apakah tujuan kedatanganmu ke sini?"

"Ayahku menyatakan bahawa engkau seorang yang baik budi pekerti. Kedatanganku ke sini tiada lain melainkan ingin meneladani budi pekertimu."

Kemudian, Fatimah tanpa disengajakan ternampak sebatang rotan, sebuah kipas dan sehelai tuala.

"Untuk apa ketiga-tiga barangan itu, wahai Muthi'ah?"

Dengan malu Siti Muthi'ah bercerita kepada Fatimah. "Suamiku bekerja keras untuk kehidupan kami sekeluarga. Maka aku sangat sayang dan menghormatinya. Setelah dia pulang dari kerja, aku akan sapu tubuhnya dengan tuala itu dan aku akan kibaskannya sehingga dia tertidur."

"Untuk apa pula rotan itu, wahai Muthi'ah?"

"Rotan itu digunakan untuk memukul badanku sekiranya aku ada membuat kesalahan."

"Selalukah engkau dipukul dengan rotan itu?"

"Tidak pernah, bukan rotan yang diambil tetapi aku selalu dipeluknya. Itulah kebahagiaan kami sehari-hari."

"Benarlah, ayahku menyatakan engkau perempuan yang berakhlak mulia dan baik budi pekerti."

Friday, March 4, 2011

Kita, Ketika Deadline Semakin Hampir


Masih segar diingatan ketika bergelar pelajar. Sebagai pelajar kita selalu tertekan dengan deadline untuk menghantar assignment. Yang penting deadline tidak boleh dilanggar, jika tidak markah pasti akan dipotong atau assignment tersebut tidak akan diterima. Maka, sebelum deadline semua orang sibuk menyiapkan assignment masing-masing. Ada yang tidak tidur malam dan ada juga yang sanggup ponteng kelas. Inilah padahnya kalau kerja last minute. Pada hal kita telah diberi masa yang lama untuk menyiapkannya.

Samalah keadaannya dengan apa yang berlaku dua, tiga hari lepas, semua orang bersesak-sesak di pejabat pos dan Balai Polis Trafik kerana ingin melangsaikan saman trafik sebelum deadline. Namun, ramai juga yang tidak berjaya menepati deadline tersebut ekoran daripada sistem yang selalu terganggu dan kakitangan yang tidak cekap. Oleh itu, ramai yang marah-marah dan tidak berpuas hati dengan keadaan ini. Sedar atau tidak, ini sebenarnya adalah salah diri sendiri kerana kita telah diberi masa yang lama untuk melangsaikan saman trafik.

Kesimpulannya, janganlah kita bertindak di saat-saat akhir. Bertindaklah sebelum deadline menghampiri kita. Semoga peluang kedua yang diberikan untuk melangsaikan saman trafik akan digunakan dengan sebaik-baiknya. Semoga kita berjaya menepati deadline tersebut iaitu pada 10 Mac 2011.

Bagaimana agaknya jika tiada istilah deadline???
Apakah kita akan siapkan semua kerja yang diberikan dan melunaskan semua bayaran yang dikenakan????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...