Thursday, December 30, 2010

SAYONARA...



Masa berlalu begitu pantas, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Hari ini kita sudah pun berada di penghujung tahun 2010 yang bakal melabuhkan tirainya. Segala peristiwa pahit, manis, kelat dan payau sudah dilalui dan tersimpan sebagai kenangan. Untuk seketika, sempena membuka tirai 2011... Kita menoleh ke belakang, melihat pencapaian dan kegagalan lalu. Semoga setiap kejayaan dan kegagalan yang diperolehi akan menaikkan semangat untuk meneruskan perjuangan di tahun 2011 yang bakal menjelang.

2011, apakah perancangan tahun ini??? Adakah kita mempunyai azam baru atau perlu meneruskan perjuangan untuk melangsaikan azam lama???

Apa pun jawapan kita, tidak salah sekiranya kita meluangkan sedikit masa untuk membuat post mortem atau muhasabah diri sebelum meneruskan perjalanan yang masih panjang di tahun 2011. Semoga ada improvement untuk tahun 2011.

Kedatangan tahun baru 2011 juga bermakna bertambah setahun lagi umur kita. Sama ada kita sempat menghabiskan tahun 2011 atau sebaliknya hanya DIA Yang Maha Mengetahui. Setiap yang bernyawa pasti akan mati bila tiba masanya. Jesteru itu, wajarlah kita melakukan perubahan dalam hidup. Berubah daripada yang buruk kepada yang baik dan daripada yang baik kepada yang lebih baik.
Sambutlah 2011 dengan bermuhasabah diri dan penuh kesyukuran, bukan dengan segala macam pesta yang melalaikan....

2011... A new start... A new chapter... A new beginning... A new life... Forget the bad cherish...

Wednesday, December 22, 2010

PELUANG KEDUA


Kini dia tenang di sini. Ketenangan yang tidak pernah dirasainya. Dia kini, bukan dia yang dahulu... Kepalanya sudah ditutup. Jika dulu... setiap helaian rambutnya disimbah dengan berbagai warna. Dia juga sudah berbaju kurung, auratnya cukup dijaga daripada menjadi tontonan. Jika dulu... bajunya tidak cukup kain dan benang.
Itulah dia yang sudah berubah... Ada nur hidayah di hatinya.

Di saat dia dalam kesesatan ada insan yang datang memberi sinar cahaya dan membawanya ke jalan yang benar.

"Kamu boleh berubah ke arah yang lebih baik. Orang lain tidak boleh mengubah diri kamu, hanya kamu yang boleh mengubah diri kamu sendiri."

"Mampukah saya untuk berubah menjadi lebih baik dan hidup berlandaskan ajaran yang betul, sedangkan saya terlalu jahil. Islam hanya pada keturunan sahaja."

"Kamu mampu untuk berubah, sekiranya kamu mahu dan yakin kamu boleh berubah. Kejahilan kamu kerana kamu tidak mempunyai ilmu. Ilmu yang akan membawa kamu kepada kebenaran. Ilmu perlu dicari kerana ia adalah bekalan di dunia dan akhirat. Ini adalah peluang kedua untuk kamu. Selagi kamu masih bernafas kamu masih berpeluang untuk mengubah diri kamu."

Ya... Ini peluang kedua yang telah diberikan kepadanya. Dia masih bernafas. Nahas jalan raya yang telah meragut nyawa kedua-dua orang tuanya masih segar di ingatan. Akibat nahas itu, dia koma beberapa bulan lamanya. Allah Maha Berkuasa, akhirnya dia diberi peluang kedua untuk melihat alam fana ini.

"Mana pesakit yang tinggal di sini?"

"Maaf cik, pesakit itu sudah meninggal semalam."

Itulah orang yang banyak menyedarkan dia bahawa Allah masih sayangkannya dan membawa dia ke landasan yang sebenar. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya.

Kini dia tenang di sini bersama dengan anak-anak kecil yang tidak mempunyai ibu dan bapa.


Wednesday, December 15, 2010

RECIPE OF LIFE

Recipe of life, it was a beautiful poem which I feel I need to share here.

Read on...

Fold two hands together and express a dash of sorrow
Marinate it overnight and work on it tomorrow
Chop one grudge in tiny pieces, add several cups of love
Dredge with a large sized smile, mix with the ingredients above

Dissolve the hate within you, by doing a good deed
Cut in and help your friend, if he or she should be in need
Stir in laughter, love and kindness from the heart it has to come
Toss with genuine forgiveness and give your friends some!

The amount of people served will depend on you
It can serve the whole wide world if you really want it to!

Now, I ask myself... Has my ego become so huge that I can't even say sorry to another person??? Why I ever been so ridiculously silly that just because I don't want to apologize??? So many questions running through my head...

The Prophet S.A.W said: "If one gives charity it does not diminish his wealth, if one forgives others, Allah bestows more honor on him and if one humbles himself for Allah's sake, He exalts him higher." (Hadith Riwayat Muslim)

Allah has promised that if we decide to swallow our ego, anger and therefore we forgive others, Allah will reward us with more honor.

Right now... If I do wrong, I should apologize
If someone asks for forgiveness, I must accept the apology by granting him forgiveness.
Insya Allah...

Sunday, December 12, 2010

SIAPA KITA UNTUK MENGHUKUM

Setiap yang bernyawa pasti akan mati bila tiba masanya. Kematian tidak mengira usia, tidak memilih siapa dan berlaku di mana saja.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariahnya, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh."
(Hadis Riwayat Muslim)

Nyawa telah bercerai daripada badan. Jasadnya terbujur kaku di pembaringan. Dia telah pergi buat selama-lamanya. Sudah menjadi tanggungjawab kariah 40 buah rumah di sekitarnya diberitahu agar datang untuk menguruskan pengembumian jenazah itu. Namun, yang datang hanya sebilangan kecil sahaja dan ada di kalangan mereka yang tidak mengetahui tentang kematian si mati. Apakah kesalahannya??? Kenapa dia diperlakukan seperti ini???

Sehingga kini namanya sering menjadi sebutan. Seperti pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Siapa kita untuk menghukum tentang apa yang telah dilakukan olehnya sewaktu hidup??? Kita hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Hanya DIA yang mengetahui dan sesungguhnya DIAlah yang Maha Pengampun.

Kita tidak layak untuk menghukum kesalahan orang lain hanya berdasarkan luaran sahaja. "Don't judge the book by it's cover." Setiap perkara yang berlaku jadikan pengajaran dan iktibar semoga kehidupan kita lebih baik. Dengan ini, sama-samalah kita menghakimi diri kita terlebih dahulu sebelum kita kembali kepadaNYA untuk dihakimi.

"Inna lillaahi wa inna ilaihi raji'un" (Sesungguhnya kita semua datang daripada Allah dan kita semua akan dikembalikan kepadaNYA)
Semoga rohnya di tempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman dan ampunilah dia dan kami semua....

Wednesday, December 8, 2010

INGIN BERUBAH

Hari ini adalah hari kedua kita berada di tahun baru hijrah. Sambutan 'Maal Hijrah' yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya 'ibrah (hikmah) di sebaliknya tidak dihayati.

Rasullulah S.A.W bersabda maksudnya: "Tiada hijrah selepas pembukaan Makkah, tetapi masih ada jihad dan niat dan apabila kamu diminta berhijrah maka berhijrahlah."

Hijrah bukan sahaja bermaksud perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi dalam konteks yang lebih luas hijrah bermaksud perubahan. Perubahan ke arah kebaikan atau ke arah keburukan. Semua makhluk pasti akan berubah kerana ini adalah sunnatullah (hukum alam).

Melakukan perubahan memerlukan masa, ibaratnya pertumbuhan sebatang pokok. Bermula dengan semaian biji benih, percambahan akar, tunas, batang, ranting, daun, bunga dan akhirnya berbuah. Sudah menjadi fitrah manusia, tidak boleh dibentuk dalam masa yang singkat. Proses ini juga tidak boleh dilakukan secara drastik dan tidak boleh secara paksaan. Hanya diri sendiri yang boleh melakukan perubahan.

Sebelum melakukan perubahan, minda perlu dilatih dan diasuh untuk berubah. Jangan biarkan minda terkonkong dengan suatu kebiasaan atau kepercayaan. Ini akan merantai potensi diri untuk terus berusaha. Kita seharusnya mempersiapkan minda untuk berani menghadapi perubahan. Dengan ini lahirlah minda yang positif untuk perubahan yang positif. Inilah minda yang bersedia untuk berubah dan melakukan perubahan.

"Orang yang berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya orang yang hari ini sama seperti semalam dan orang yang celaka ialah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam."

Sunday, December 5, 2010

10 SEN

Suatu pagi sedang saya menyapu dan mengemas rumah, tiba-tiba saya terpandang syiling 10 sen berselerakkan di atas lantai. Terfikir sejenak, kalaulah itu wang kertas RM10 atau RM100 sudah pasti tidak akan berselerakan seperti ini.

10 sen, apakah masih bernilai lagi di zaman ini? Apa agaknya barangan yang boleh kita beli dengan syiling 10 sen? Kita boleh beli satu setem 10 sen, satu biji gula-gula dan sebagainya (apa-apa barangan yang masih lagi boleh dijual dengan harga 10 sen.

Saya selalu fikir wang syiling yang bernilai 10 sen sudah tiada nilainya di zaman millennium ini. Budak-budak pun jika diberi wang syiling yang bernilai 10 sen pasti mereka akan berkata, "10 sen je!" Ini menunjukkan betapa syiling 10 sen tidak mempunyai nilai bagi mereka. Namun, kita mesti ingat dengan syiling 10 sen, wang kita akan menjadi RM1 dan syiling 10 sen juga akan menjadikan wang kita RM1 000 000. Mungkin sekarang kita telah nampak betapa bernilainya syiling 10 sen.

10 sen, walaupun nilainya kecil namun amat berharga untuk melengkapkan sejumlah wang yang besar. Mulai hari ini saya akan menghargai syiling 10 sen kerana mungkin suatu masa saya akan memerlukannya.

'Sesuatu yang kecil nilainya, kadang-kadang amat berharga dan sesuatu yang besar nilainya, kadang-kadang langsung tiada harganya.'

Wednesday, December 1, 2010

SELAGI ADA WAKTU


Kini kita telah pun berada di bulan terakhir tahun 2010. Cepatnya masa berlalu tanpa kita menyedarinya. Mungkin banyak peristiwa manis dan pahit yang sudah kita lalui. Ada kalanya peristiwa masa lalu, jika dikenang kembali dalam kehidupan sekarang kadang-kala mengundang kedukaan dan membunuh semangat untuk menjalani kehidupan seadanya.

Adakalanya pula peristiwa masa lalu, jika dikenang kembali akan membangkitkan semangat untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna. Kita sering mendengar ungkapan, masa yang berlalu tidak akan kembali. Jadi, setiap detik waktu yang masih berbaki untuk tahun 2010 sama-samalah kita menghargainya.

Seandainya masih ada azam untuk tahun 2010 yang masih belum terlaksana, selagi ada waktu langsaikanlah azam tersebut sebelum membuat azam baru untuk tahun 2011. Peringatan untuk diri ini juga.

Hanya beberapa hari lagi kita akan berada di tahun baru hijrah...

Time is like a precious treasure and must be appreciated. Time is always around for us....


Wednesday, November 24, 2010

YANG MANA SATU

Beberapa hari lepas, saya berkesempatan mengikuti slot 'Ceria Pagi' yang ke udara setiap pagi di radio Kelantan f.m. Seorang pendengar menceritakan masalah yang dihadapinya melalui kiriman sms.

Dia mempunyai seorang anak lelaki yang masih belajar (tidak dinyatakan masih bergelar pelajar sekolah atau sudah bergelar mahasiswa). Malangnya, si anak itu sudah tidak berminat untuk belajar malah, ingin berkahwin dengan gadis pilihannya. Dia buntu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah ini. Sekiranya tidak mengikut kehendak anaknya itu, dia bimbang kalau-kalau si anak bertindak di luar batasan. Kes kahwin lari, buang bayi dan berbagai gejala negatif menghantui fikirannya. Adakah dengan mengikut kehendak si anak dapat menyelesaikan segala masalah atau menambahkan masalah???

Ada antara pendengar-pendengar yang mencadangkan supaya berhenti belajar dan dikahwinkan sahaja anaknya itu. Jika tidak, akan mengundang pelbagai gejala negatif seperti mana yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita pada hari ini. Namun, ada juga yang mencadangkan supaya si anak menamatkan pengajiannya terlebih dahulu. Perkahwinan di usia yang muda bukanlah penyelesaian masalah, kerana si anak itu sendiri masih bergantung harap kepada kedua ibubapanya. Jadi, bagaimana untuk dia menyara kehidupan sebuah keluarga?

Pada saya, inilah penyelesaian yang terbaik sekiranya si anak itu masih di bangku sekolah. Si ibu perlulah menasihati anaknya dengan cara yang terbaik tentang masa depannya. Carilah bekalan terlebih dahulu yang boleh menjamin masa depannya dan juga orang yang akan dikahwininya. Bekalan yang saya maksudkan di sini ialah ILMU. Ilmu penyuluh hidup. Ilmu yang akan menerangi kehidupan si anak bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat. Kepada si anak janganlah membelakangi nasihat kedua ibubapa hanya semata-mata kerana cinta yang belum pasti memberi kebahagiaan. Tanpa mereka tiadalah kita di dunia ini.

Bagaimana pula sekiranya si anak itu sudah pun bergelar mahasiswa di universiti? Tidak salah untuk memberi keizinan untuk dia berkahwin, tetapi mesti meneruskan pengajiannya. Apa yang penting dia MAMPU untuk melaksanakan ke dua-dua tanggungjawabnya, sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang suami. Mungkin apabila tanggungjawab bertambah, dia akan menjadi lebih bertanggungjawab.

Saya sendiri di kelilingi dengan kawan-kawan yang belajar dan dalam masa yang sama sudah pun berkahwin dan mempunyai anak. Alhamdullilah mereka berjaya malah, ada yang lebih berjaya daripada pelajar-pelajar lain yang belum berkahwin. Oleh itu, si ibu dan si anak perlu berbincang untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Sekiranya si anak yakin dia MAMPU untuk belajar dan dalam masa yang sama berkahwin, maka dia perlu menyakinkan kedua ibubapanya yang dia MAMPU. "Jangan yang dikendong berciciran dan yang dikejar tidak dapat."

Saya sempat bertanya masalah ini dengan mak saya. Dia memang seorang yang tegas. Sekiranya masih belajar tiada istilah kahwin. Semoga adik-adik saya yang masih belajar dapat memahami prinsip ini. Ada sebab-sebanya kenapa mak begitu tegas mengenai hal ini. Demi kebaikan kami anak-anaknya.

Saturday, November 20, 2010

CINTA ALLAH MENGATASI CINTA MANUSIA


Kini kita sudah pun berada di bulan Zulhijjah dan masih berada dalam suasana hari raya korban. Zulhijjah ialah antara bulan Islam yang merakamkan beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam, antaranya ialah peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim. Pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim adalah pengorbanan yang sebenar demi membuktikan cinta sejati seorang ayah dan seorang anak kepada Yang Maha Berkuasa.

Dalam peristiwa ini, terdapat dua dimensi pengorbanan yang perlu kita hayati. Pertama, pengorbanan seorang ayah yang sanggup mengorbankan perasaan sayang dan cinta Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail. Setelah sekian lama menantikan kelahiran seorang anak dan apabila telah memilikinya baginda terpaksa pula mengorbankannya demi ketaatan kepada suruhan Allah S.W.T. Kedua, pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasih dan sayang terhadap kedua ibubapanya dan zaman remajanya yang penuh dengan keseronokan.

Dapatkah kita pada hari ini melakukan pengorbanan setinggi ini? Bolehkah kita menerima kehilangan orang yang kita sayangi dengan penuh keredhaan? Apa yang berlaku dalam peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim ialah cinta Allah mengatasi cinta sesama manusia. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah memenangkan cinta mereka untuk Allah tanpa sebarang keraguan. Cinta mereka hanya untuk DIA.

Apabila cinta Allah memenuhi hati, maka barulah datang cinta kepada Rasulullah dan makhluk-makhlukNYA yang lain. Inilah cinta yang akan menerbitkan kemanisan iman. Dengan ini, kita tidak akan mudah terjerumus dengan cinta insani sehingga sanggup dikongkong dan mengutamakan keuntungan dunia tanpa had dosa atau pahala.

"Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (Surah al-Imran:31)

Wednesday, November 10, 2010

C . I . N . T . A


Akhirnya dapat juga aku mencari punca kenapalah perangai adikku yang sorang ini pelik sangat. Langsung tidak boleh berenggang dengan handphone, sentiasa dibawa hingga ke tandas. Rupa-rupanya sedang dilamun cinta.

"Lautan api sanggup diredah, gunung tinggi akan didaki, bulan dan bintang menjadi saksi, semuanya sanggup ku korbankan demi cinta."

Saya cukup risau dengan keadaan ini, belum masanya untuk dirimu terjebak dengan gejala ini. Wahai adikku, cinta memang indah tetapi tidak seindah yang kau bayangkan. Coretan ini untuk dirimu adikku dan semua adik-adik remaja yang masih di bangku sekolah, juga peringatan untuk diri ini.

"I love you, aishiteimasu, uhibbuki, saranghaeyo, je'ti aime," bahasa inggeris, jepun, arab, korea dan perancis semua disebut, tetapi maknanya satu aku cintakan mu. Itulah kata-kata keramat sebagai tanda cinta. Itu sahajakah makna cinta pada kamu??? Cinta maknanya sayang, menjaga orang yang kita sayang dan membuat dia bahagia. Sekiranya itulah makna cinta, maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan dalam cinta. Cinta seperti ini akan menyebabkan dirimu kecewa dan dikecewakan, malah akan melontarkan dirimu ke neraka.

"Janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sesungguhnya adalah perkara yang keji dan merupakan satu jalan yang buruk." (surah al-Israa' ayat 32)

Cinta bukan sahaja untuk kamu berseronok di dunia, tetapi juga bercinta untuk akhirat. Cinta sampai syurga. Mungkin kamu tidak nampak.... Cinta berdiri di atas ketaatan kepadaNYA dan menjadikan cinta sebagai ibadah yang boleh menghalang kemungkaran.

"Dan katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka dan kemaluan mereka. Yang demikian itu (lebih suci bagi mereka). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan." (Surah An-Nur ayat 30)

Demi cinta Ilahi akan terbina cinta untuk insani dan cinta memerlukan matlamat iaitu mencari keredhaan Allah. Tanya kepada diri kenapa kamu bercinta??? Untuk apa kamu bercinta??? Sekiranya kamu hanya inginkan keseronokkan atau ingin mengikut jejak kawan-kawan yang mempunyai girlfriend, maka cintamu itu sangat daif untuk diagung-agungkan.

Sebuah cinta yang suci akan berakhir dengan perkahwinan. Adakah cinta kamu menuju ke arah itu??? Cinta itu datang dengan tanggungjawab. Tanggungjawab untuk membahagiakan pasangan kamu di dunia dan akhirat. Apa guna cinta di dunia sahaja, tetapi di akhirat bermusuhan antara satu sama lain. Ibubapa menyalahkan anak kerana dosa si anak terpalit kepada mereka. Si anak pula menyalahkan ibubapa kerana tidak mendidik mereka dengan sempurna. Suami menyalahkan isteri kerana tidak taat kepada perintah Allah dan isteri menyalahkan suami kerana tidak menjaga amanah yang diberi. Cinta seperti ini hanya bertahan di tepi kubur, tidak dapat dibawa hingga ke akhirat.

Demi untuk mencapai sebuah cinta yang diredhai, maka adanya peraturan dalam bercinta. Namun peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah, tetapi kesalahan akan berlaku semasa menjalinkan hubungan cinta. Pastikan cinta kamu tidak melanggar hukumNYA, jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Bercinta berlandaskan syariatNYA.

Yakinlah ada keindahan dengan mengikut peraturan Allah. Kamu akan merasai keindahan cinta walaupun tanpa dating, tanpa bergayut di telefon, tiada sentuhan tangan dan kerlingan. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Cinta sampai syurga. Oleh itu, perbaikilah dirimu wahai adikku dan ajaklah orang kamu cintai untuk bermuhasabah. Carilah sesuatu yang boleh menjamin masa depanmu terlebih dahulu iaitu ILMU. Kejarlah ilmu terlebih dahulu sebelum kamu mengejar cinta. Tanpanya kamu tidak akan dapat menilai erti cinta yang sebenar.




Sunday, November 7, 2010

ASAP MAUT

Kelihatan beberapa orang remaja berpeleseran di sebuah perhentian bas. Ada di antara mereka berpakaian seragam sekolah. Jam baru menunjukkan pukul 12 tengah hari, pasti mereka ponteng sekolah. Saya rasa sangat terganggu apabila melihat mereka dengan bangganya menghisap rokok di khalayak ramai. Dalam usia belasan tahun sudah berjinak dengan rokok.

Gejala ini tidak boleh dipandang remeh kerana menurut satu kajian yang dibuat menunjukkan golongan muda membelanjakan sebanyak RM270 000 sehari untuk rokok. Ini bermakna pelbagai langkah yang telah diambil masih tidak berjaya untuk mengatasi tabiat yang tidak sihat ini. Di mana silapnya??? Apa tidaknya, kanak-kanak melihat orang dewasa yang mereka hormati seperti ibubapa, sanak saudara dan guru menghisap rokok di hadapan mereka, maka mesej tentang bahaya yang boleh membawa maut akibat merokok musnah.

Pengaruh orang dewasa yang menghisap rokok sangat besar terhadap golongan muda. Sekiranya kita orang yang paling hampir dengan mereka tidak dapat menunjukkan contoh yang baik kepada mereka, maka segala amaran dan mesej yang ingin disampaikan tidak akan membawa apa-apa makna. Mereka akan fikir apa yang orang dewasa boleh buat, mereka juga boleh.

Kepada mereka-mereka yang belum terjebat dengan gejala ini, janganlah sekali-kali ada perasaan ingin mencuba kerana untuk berhenti merokok, menyebutnya mudah namun melaksanakannya belum tentu. Saya pernah mendengar seseorang yang merokok berpuluh-puluh tahun dan berkata, "Esok saya akan berhenti." Tapi, esok mungkin datang membawa kanser paru-paru, serangan jantung, strok dan sebagainya. Mungkin juga esok sudah tiada....

Sedikit maklumat untuk menjelaskan kenapa berhenti merokok merupakan proses yang menyukarkan. Ketagihan kepada rokok sebenarnya berkaitan dengan nikotin di dalamnya. Nikotin bertindak 'mempermainkan' akal perokok dengan stimulasi. Nikotin tidak kekal dalam tubuh kerana ia mampu bertahan sekitar 40 minit hingga 2 jam sahaja. Kemudian ianya akan dipecahkan oleh pelbagai enzim dan reaksi kimia. Setelah itu, perokok akan inginkan kepada rokok kembali.

Kepada perokok-perokok anda juga mempunyai hak. Hak untuk mengetahui hakikat sebenar di sebalik harga sebatang rokok.

Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok anda sebenarnya membelanjakan:
  • 24 sen untuk cukai hasil tembakau
  • 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
  • 5 sen untuk peruncit
  • 1 sen untuk keuntungan pengedar rokok
  • 1 sen untuk dinikmati oleh pengawit tembakau (penanam)
DAN
Setiap rokok yang dihisap anda sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda.

Tuesday, November 2, 2010

KES GADIS HILANG, SALAH SIAPA?

Kes gadis hilang bukanlah isu baru, malah sudah lama berlaku dalam masyarakat kita. Kes ini hangat kembali diperkatakan di dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini. Isu ini jugalah yang menjadi bualan di sekitar tempat tinggal saya, iaitu tentang kehilangan seorang gadis yang dikaitkan dengan alam ghaib. Bukan cerita ini yang ingin saya perkatakan, tetapi kehilangan gadis-gadis yang sanggup meninggalkan keluarga untuk mengikut teman lelaki demi sebuah cinta. Orang tua-tua ada berkata, "menjaga anak perempuan lebih susah daripada menjaga anak lelaki." Pada hemat saya, anak lelaki atau anak perempuan tidak ada bezanya kerana masing-masing mempunyai ragam tersendiri.

Kes anak gadis lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki demi menunjukkan kesetiannya terhadap cinta lelaki tersebut jelas bercanggah dengan budaya masyarakat dan agama kita. Hal ini juga menunjukkan kelunturan budaya dalam memupuk rasa kepatuhan kepada ibubapa. Kenapa keadaan ini mesti terjadi??? Mengenali si lelaki hanya beberapa minggu, namun si gadis begitu berani mengikut si lelaki tersebut tanpa berfikir panjang apakah nasibnya nanti??? Kerap kali kita dengar gadis-gadis yang dilaporkan hilang dijumpai, namun penemuan itu bukan lagi suatu yang mengembirakan tetapi, memberi kedukaan yang berpanjangan. Ada antara mereka menjadi mangsa bunuh, rogol dan ada juga yang dilacurkan.

Kepada si gadis, kenapa mudah terpedaya dengan pujuk rayu seorang lelaki sehingga ada yang sanggup berkorban deminya??? Di mana maruah kita sebagai seorang wanita??? Berbaloikah pengorbanan ini??? Kesannya sudah kita maklum... Kita telah dikurniakan dengan akal fikiran untuk membuat penilaian antara yang baik dan yang buruk. Janganlah kita hanyut dengan kata-kata cinta seorang lelaki yang belum pasti kebenaran cintanya sehingga kita sanggup membelakangi kedua ibubapa. Sanggupkah kita melihat mereka bersedih akibat daripada perbuatan kita... sedangkan kita adalah harapan mereka.

Sudah menjadi kebiasaan, kita akan bertindak apabila sesuatu musibah itu telah berlaku sehingga ada pihak tertentu 'menangguk di air yang keruh'. Kita mulai menunding kepada pihak-pihak tertentu seperti pendedahan budaya yang kurang sihat dan akhirnya meluntur budaya ketimuran kita, adalah punca berlakunya gejala ini. Ada juga pihak yang membangkitkan tentang keruntuhan institusi kekeluargaan menjadi faktor utama. Siapa pun yang dipersalahkan, pada saya semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing.

Kita selalu mendengar ungkapan segala-galanya bermula dari rumah. Ada ibubapa yang memberi lebih perhatian terhadap anak-anak di sekolah rendah tetapi, sebaliknya sewaktu anak-anak berada di sekolah menengah. Hal ini kerana mereka menganggap anak yang sudah besar panjang telah pandai menjaga diri dan tidak perlu pemantauan. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah, sebenarnya merekalah lebih perlu diawasi.

Thursday, October 21, 2010

THE WAY OF LIFE

A night I look at the sky
The cloud covers the sun
The moon has lighting
The sky has twinkle


I feel alone
I feel down
I'm still thinking of something
I have to really want to get the best in my life
But...

I didn't get what I want
I still don't understand
Why, sometimes I feel I can't go on
I feel so lost
Suddenly I realized...

Allah didn't promise days without pain
Sun without rain
But...
He did promise strength for me
He is thinking of something better to me
So...

I never loose hope
Allah is always by my side
Helping my spirit and soul

To make me successful

Monday, October 18, 2010

CORETAN BUATMU WANITA


Wanita selalu dilihat cantik. Kadang-kadang kecantikan yang dimiliki akan memusnahkan segala-galanya kerana wanita juga paling ramai menjadi penghuni neraka akibat kecantikan yang dimilikinya. Mereka gagal untuk memahami apa erti kecantikan yang dianugerahkan kepadanya. Kecantikan pada pandangan manusia selalunya tersasar. Sekali terpandang wajah yang cantik semuanya menjadi cair. Kecantikan boleh menjadi tipu daya sekiranya tidak berlandaskan akal yang waras.

Kecantikan yang sebenar ialah cantik pada pandangan DIA yang maha pencipta iaitu ketaatan terhadap semua perintah dan laranganNYA. Adakah kita yang bernama wanita pada hari ini masih lagi menjalani kehidupan berlandaskan syariat yang sebenar? Mengharamkan sentuhan lelaki bukan muhrim, tidak berdua-duaan di tempat yang sunyi, tidak berpakaian separuh bogel, tidak bergaul bebas dengan lelaki dan tidak mendedahkan aurat untuk menjadi tumpuan umun. Adakah kita seperti ini?

Setelah kedatangan Islam, Rasullulah S.A.W telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah khususnya kaum adam. Ajaran Islam telah memuliakan kaum wanita pada martabat yang tinggi. Kita wanita pada hari ini semestinya mempertahankan martabat yang telah diberikan, jangan sekali-kali meruntuhkan martabat kita sebagai wanita. Jadilah muslimah sejati - wanita solehah.

Dipetik dari sebuah kisah, seorang gadis bertanya kepada ayahnya. "Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati." Lalu si ayah berkata, "Anakku, seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikkan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikkan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik." Kemudian si ayah berkata lagi, "Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempesona itu." Kemudian si anak bertanya, "Itu saja wahai ayahku?" Kemudian si ayah menyambung lagi, "Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand, tetapi dilihat sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya dan tidak dilihat dari kerisauannya digoda orang di jalanan, tetapi dilihat kerisauan bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda." Kemudian si anak berkata, "Insya Allah saya juga boleh menjadi wanita solehah dan kita semua sebagai wanita juga boleh...."

Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah. Tetapi, epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak, susah dipetik dan susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas... ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan dirinya menyembah tanah. Sedangkan sebenarnya Allah menjadikan dirinya begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu... mungkin bukan di dunia tetapi, di akhirat.

Tuesday, October 12, 2010

TRAGEDI 10.10.10

Tanggal 10.10.2010 adalah detik yang terindah bagi sesetengah kita, mungkin ada kenangan yang akan menjadi ingatan untuk selama-lamanya. Sememangnya kita semua mengharapkan tanggal itu adalah tanggal keramat untuk dikenang sebagai tarikh yang membawa seribu makna dalam kehidupan kita. Namun, detik itu juga menjadi mimpi ngeri kepada keluarga mangsa nahas maut di Lebuh Raya Utara Selatan melibatkan sebuah bas ekspres. 10.10.2010, tarikh yang pasti tidak akan dilupakan oleh mereka...

Kematian adalah perkara yang pasti, yang telah termaktub sejak azali lagi. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Bila??? Hanya DIA yang mengetahui bilakah ajal seseorang hambaNYA. Bolehkah kita katakan tragedi ini sebagai ketentuan Ilahi??? Ajalnya di sini. Kita manusia hanya merancang, tetapi DIA yang menentukan segala-galanya.

Apa yang ingin diutarakan di sini adalah sikap kita apabila berada di jalan raya. Apakah kita sudah terhantuk baru tergadah??? Sebagaimana yang sering dilaporkan punca utama kemalangan jalan raya di negara kita adalah sikap kita sendiri yang tidak mengutamakan keselamatan. Apa yang tersemak difikiran setelah kita memulakan perjalanan??? Adakah kita mengharapkan perjalanan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat atau kita mengharapkan supaya perjalanan kita sampai dengan cepat dalam waktu yang tertentu??? Sekiranya jawapan kita supaya cepat sampai, sudah pasti segala peraturan yang ditetapkan tidak akan dipatuhi.

Kempen kesedaran di jalan raya yang dijalankan masih tidak mampu untuk mengatasi nahas kemalangan jalan raya di negara kita. Kita tahu bahawa jalan raya adalah medan maut yang boleh mengorbankan nyawa. Ironinya, masih ramai yang tidak menjadikan jalan raya sebagai hak bersama yang harus memikirkan keselamatan pengguna-pengguna lain juga. Sifat tahu sahaja akan bahaya tidak mematuhi peraturan di jalan raya tidak memadai, tetapi mesti mampu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu, untuk memastikan kempen kesedaran tentang keselamatan di jalan raya berjaya, pengguna jalan raya tidak cukup sekadar dibekalkan maklumat tentang bahaya tidak mengikut peraturan jalan raya, tetapi mesti dididik agar mampu mengikut peraturan tersebut.

Hal ini berkaitan dengan sikap kita apabila berada di jalan raya. Sikap kita perlu diubah. Mengubah sikap tidak boleh dilakukan secara drastik dan bukan melalui paksaan, tetapi mesti dilakukan secara berterusan dan penuh kerelaan. Tidak ada siapa yang boleh memaksa perubahan sikap orang lain melainkan diri kita sendiri. Sama-samalah kita mengubahnya. Jangan jadikan jalan raya sebagai medan maut. Ingatlah orang-orang di sekeliling kita yang masih memerlukan kita.

TAKZIAH UNTUK SEMUA KELUARGA MANGSA NAHAS KEMALANGAN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN YANG MERAGUT 12 NYAWA PADA TANGGAL 10.10.2010. AL-FATIHAH.....

Thursday, October 7, 2010

SENANG MENERIMA SUKAR MELAKSANA

Apabila kita diberi kerja kita senang untuk menerimanya, tetapi sukar untuk kita melaksanakan kerja tersebut dengan penuh tanggungjawab. Mungkin juga kerja tersebut dapat dilaksanakan namun, dengan pelbagai penyelewengan. Pelaksanaannya hanya untuk memenuhi tuntutan atau ada kepentingan tertentu. Begitu juga dengan perkahwinan. Kita senang menerima sebuah perkahwinan namun, tanggugjawab sebagai suami atau isteri adakalanya sukar dilaksanakan dengan sempurna. Itulah yang dikatakan senang menerima sukar melaksana.

Firman Allah yang bermaksud: "Sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(Surah as-saff: ayat 3)

Keadaan ini kita boleh kaitkan dengan sifat amanah. Seseorang yang amanah pasti akan melaksanakan apa sahaja tugas yang diterima olehnya, sama ada sukar atau senang.

Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang yang diajak bermusyawarah (diminta pendapat) adalah orang yang boleh memegang amanah (jujur, ikhlas dan dapat menyimpan rahsia)."
(Hadis riwayat At-Thabrani)

Kini banyak perkara yang mengecewakan dilakukan oleh kita untuk lari daripada amanah yang harus dipikul. Kita lebih mementingkan kesenangan dunia daripada kesenangan akhirat. Kita juga dikaburi dengan pelbagai kenikmatan dan keindahan dunia daripada kenikmatan dan keindahan akhirat. Inilah yang menyebabkan kita senang menerima dan sukar melaksana.

Jesteru itu, sifat amanah perlu kita terapkan dalam diri supaya mendapat kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu yang diamanahkan. Oleh itu, apabila kita senang menerima sesuatu amanah, seharusnya juga kita senang melaksanakannya tanpa sebarang alasan.

Sunday, October 3, 2010

SEGALANYA BERMULA DARI HATI

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Dalam tubuh anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati."

Hati adalah raja dalam diri kita kerana hati paling kuat dan besar pengaruhnya. Ibarat seorang pemimpin, apabila baik pemimpinnya maka rakyatnya juga akan baik dan berlakulah kebaikan kepada negaranya. Apabila kita melakukan kebaikan seperti bersedekah, orang akan kata "baiknya hati kamu." dan sekiranya kita melakukan keburukan seperti mencuri orang akan kata "busuknya hati kamu." Di sini hati akan membuat keputusan dan perintah untuk dipatuhi oleh semua anggota badan yang lain.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Jika hati baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan begitulah sebaliknya."

Walaupun segala-galanya bermula dari hati, akal juga memberi input untuk hati membuat keputusan. Ini bermakna tidak cukup sekiranya hati sahaja baik, akal juga mesti baik kerana akal adalah penasihat kepada hati. Akal ibarat bendahara kepada diri manusia.

Kini hati dan akal sudah pun baik, namun kadang kala kita hilang pertimbangan dan bertindak di luar batasan kemanusiaan. Hal ini kerana nafsu yang mempengaruhi hati dan menguasai akal. Nafsu adalah musuh dalam diri kita. Nafsu perlu dididik dan dilatih untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Ia ibarat kuda liar yang perlu dijinakkan untuk menjadi tunggangan yang baik.

Kesimpulannya, hati adalah pemandu, akal adalah konduktor dan nafsu adalah penumpang, maka selamatlah diri kita.

Sunday, September 26, 2010

HARAPAN SEORANG IBU

Suatu petang aku didatangi seorang ibu tunggal. Dia meminta aku mengisi borang permohonan untuk berkahwin. Aku bertanya "akak ke yang nak kahwin?" "Takla...anak akak." Dia menceritakan kepadaku bahawa dia sudah tidak tahan untuk menanggung segala umpat dan keji jiran sekeliling dengan perangai anak lelakinya.

Dia mengharapkan anaknya itu boleh membantunya untuk meringankan bebanan yang dipikul selepas ditinggalkan oleh suaminya. Semoga anaknya dapat mengubah corak kehidupan yang dilalunya sekarang daripada susah menjadi senang. Namun, harapan tinggal harapan. Semua janji yang diucapkan gagal untuk dikotakan. Anaknya malas ke sekolah dan sekiranya ke sekolah hanya separuh jalan sahaja. Akhirnya si anak di buang sekolah.

Kemudian, si anak berjanji untuk bekerja demi meringankan bebanan yang ditanggung oleh si ibu. Si ibu berusaha untuk mendapatkan wang untuk membeli sebuah motor bagi menyenangkan anaknya berulang-alik ke tempat kerja. Akhirnya, si anak berjumpa dengan seorang perempuan dan mereka bercinta. Setiap hari si anak pergi ke rumah si perempuan dan si perempuan pula tanpa segan silu pergi ke rumah si lelaki ini. Sedangkan si ibu sibuk bekerja di kantin sebuah sekolah.

Lantas, si ibu berfikir untuk mengahwinkan anaknya itu sebelum perkara yang tidak diingini berlaku dan ramai jiran-jiran yang telah memandang serong kepada si ibu kerana tidak pandai mendidik anak. Si ibu masih berharap agar anaknya tidak mensia-siakan isterinya itu nanti dan berbahagia. Persoalanya, adakah ini salah si ibu yang tidak pandai mendidik anaknya? Di mana tanggungjawab seorang anak untuk menolong ibunya? Bolehkah seorang anak yang baru berumur 17 tahun memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan menjadi ketua untuk sebuah keluarga. Sama-samalah kita fikirkan di mana silapnya?

Sunday, September 19, 2010

TAUTAN KASIH DI AIDILFITRI (BAHAGIAN 2)

*******************************************

"Begitulah ceritanya Siti. Abang minta maaf sebab rahsiakan semua ini daripada Siti. Abang harap Siti faham kenapa abang buat semua ini."

"Betulla sangkaan Siti selama ini. Abang adalah pemilik 'Cemerlang Holding'."

"Sekali lagi abang minta maaf Siti. Pasal mak, abang yakin suatu hari nanti dia pasti maafkan kita dan terima kita."

*******************************************

Setelah puas termenung, Mak Temah melangkah masuk ke dalam rumah. Belum sempat pintu di tutup, tiba-tiba terdengar suara seseorang memberi salam. Setelah pintu dibuka kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 30-an dan seorang budak lelaki. Setelah Mak Temah betul-betul berada di serambi rumah, lelaki tersebut terus menerpa ke arah Mak Temah.

"Mak, maafkan saya."

"Kau...siapa? Firdaus?"

"Ya mak, saya Firdaus dan ini cucu mak Danish. Danish salam nenek."

Mak Temah terus memeluk Danish dan mencium ke dua-dua belah pipi Danish. Akhirnya kerinduaan Mak Temah terubat, walaupun wajah anak yang dirinduinya belum kelihatan.

"Siti mana Firdaus? Kenapa dia tak datang sekali? Mak rindu sangat nak jumpa dengan Siti."

"Mak, Siti dah tak ada... Allah lebih menyayanginya."


Dikesempatan bulan Syawal ini saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN. Segala silap dan salah harap dimaafkan...yang terputus kita sambungkan, yang jauh kita dekat-dekatkan, dan yang dekat kita erat-eratkan. Kepada yang masih beraya berhati-hatilah di jalan raya, jangan jadikan jalan raya sebagai medan maut.

Thursday, September 16, 2010

TAUTAN KASIH DI AIDILFITRI

Seperti tahun-tahun sebelum ini, setiap pagi Syawal Mak Cik Temah akan termenung di serambi rumahnya. Begitulah keadaannya setiap kali tibanya Syawal. Adakah tahun ini orang yang ditunggu-tunggunya akan muncul. Mak Cik Temah tidak pernah berputus asa berdoa dan berdoa agar orang yang dirinduinya selama ini akan kembali ke pangkuannya setelah bertahun-tahun tidak berjumpa.

Mengimbas peristiwa yang berlaku kira-kira 5 tahun lalu...

"Mak ampunkan Siti mak. Tolong jangan buat Siti macam ni mak. Siti merayu mak."

"Sudah, kalau ini keputusan kau, keluar dari rumah ini. Aku tak nak tengok muka kau dan lelaki ini lagi. Pergiiii....."

"Sudahla Siti, mari kita pergi. Mak saya berjanji akan menjaga Siti dengan baik dan jagalah diri mak baik-baik."

"Kau tak perlu buat baik dengan aku. Sampai bila-bila pun aku takkan maafkan kau dan mengaku kau sebagai menantu aku. Sudah, keluarrrr...."

Cerita sebelumnya....

"Apa, dah tak de lelaki lain lagi ke yang kau nak kahwin, dengan si Firdaus tu jugak yang kau pilih."

"Mak, dia baik dan dia ikhlas nak kahwin dengan Siti. Lagi pun dia dah buktikan dengan mak yang dia boleh tanggung Siti lepas kami kahwin nanti."

"Hanya kerani itu kau kata boleh tanggung kau? Dahla baru memeluk agama Islam. Berat tanggungjawab dia, boleh ke dia nak jadi suami sebagai ketua keluarga???"

"Insya Allah mak."

"Terpulang kepada kau, mak tetap tak setuju kau kahwin dengan dia."

*************************************************************************

"Kita nak pergi ke mana ni?"

"Abang ada sesuatu nak tunjuk kepada Siti. Ha, dah sampai pun."

"Ini rumah siapa?"

"Rumah kita."

"Macam mana abang boleh beli rumah sebesar ini? Abangkan hanya kerani je. Mana abang dapat duit?"

"Tuan, puan silalah masuk."

"Pak Mat tolong angkat beg-beg ini semua ke dalam ye."

"Apa semua ni abang? Siti tak faham."

BERSAMBUNG...

Monday, August 30, 2010

JALUR GEMILANG BENDERAKU

Esok genaplah 53 tahun negara kita merdeka. Ini bermakna sudah 53 tahun kita bebas daripada penjajah. Sempena dengan hari kemerdekaan yang bakal disambut esok, sudahkah kita mengibarkan Jalur Gemilang??? Berapa ramai agaknya yang mengetahui tentang asal-usul Jalur Gemilang???

Dahulunya Jalur Gemilang dikenali sebagai Bendera Malaysia yang mengandungi 14 jalur merah dan putih bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Ianya melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan satu kerajaan Persekutuan. Kemudian warna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang ke 5 bermakna perpaduan rakyat Malaysia. Manakala warna kuning pada anak bulan dan bintang pula menandakan warna diraja. Pecahan bintang kepada 14 pula melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan.

Sebenarnya Jalur Gemilang yang dilihat sekarang telah pun wujud beberapa tahun sebelum negara kita merdeka. Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat Kebangsaan. Selama 47 tahun ianya digelar Bendera Malaysia dan akhirnya pada tahun 1997 iaitu pada kemerdekaan yang ke 40 namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Ilham untuk menamakan Jalur Gemilang dicadangkan oleh Datuk Hashim Mat Idris dan kemudiannya dicadangkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 11 Julai 1995. Akhirnya pada jam 11.58 malam, 31 Ogos 1997 nama Jalur Gemilang telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka sempena hari kemerdekaan negara yang ke 40.

Sedikit info tentang makna Jalur Gemilang....

JALUR : Bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan putih dan melambangkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama serta arah yang sama dalam menuju kegemilangan bangsa dan agama.

GEMILANG : Membawa makna cahaya, terang-benderang dan cemerlang. Ia melambangkan kecemerlangan Negara Malaysia dan rakyatnya dalam mengharungi apa jua cabaran.

Oleh itu, sama-samalah kita mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kita mencintai negara kita. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini berkekalan dan kitalah generasi yang harus mengekalkannya. Hargailah perjuangan mereka yang berjuang demi mencapai sebuah kemerdekaan pada hari ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53
MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...

Thursday, August 26, 2010

SAYANGI DAKU


Apakah diriku tidak diperlukan??? Kenapa diriku tidak disayangi??? Di manakah ibuku??? Di manakah ayahku??? Tidakkah aku sebahagian daripada kalian??? Kenapa aku dibuang??? Sekiranya aku tidak diperlukan, mengapa aku dilahirkan???

Apa agaknya jawapan yang harus kita berikan kepada insan yang tidak berdosa ini. Inilah kesilapan manusia... Akibat daripada hubungan bebas antara lelaki dan perempuan akhirnya mereka terjerumus ke kancah penzinaan dan lahirlah bayi yang tidak berdosa ini. Demi untuk menghapuskan rasa takut, malu dan panik, maka jalan pintas yang diambil ialah membuang bayi tersebut atau membunuhnya. Sungguh kejam...

Mungkin juga boleh kita kaitkan gejala ini berpunca daripada jenayah cinta yang menular di kalangan remaja pada masa kini. Hanya dengan kata-kata manis seorang lelaki, seorang perempuan terpedaya dan jatuh cinta akhirnya terlanjur. Tambahan pula, terdapat banyak bahan lucah yang mudah didapati di internet dan media pada masa kini, adalah antara penyumbang kepada gejala ini.

Ekoran daripada peningkatan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini, kabinet telah memutuskan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati dan kes cubaan membunuh disiasat mengikut Seksyen 307 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak yang boleh didenda maksimun RM20 000 atau penjara 10 tahun atau ke dua-duanya jika sabit kesalahan. Ini bermakna hukuman yang lebih berat akan dikenakan kepada mereka yang terlibat. Persoalannya, sejauhmanakah undang-undang yang lebih berat ini dapat mengekang kes ini daripada terus berleluasa??? Adakah ianya sama seperti kes mengedar dadah, bunuh dan senjata api??? Bagaimana sekiranya seorang perempuan itu mengandung akibat daripada terpedaya dengan teman lelaki atau diperkosa dan akhirnya terpaksa membuang bayi yang dilahirkan itu kerana malu, takut dan sikap keluarga yang tidak memahami??? Mungkin hukuman ini perlu dikaji lagi supaya lebih berkesan.

Kemudian beberapa hari lalu, ada pihak yang memberi cadangan supaya diwujudkan pengkalan data termasuk rekod ujian DNA bagi menangani gejala ini. Mungkin ianya praktikal untuk dilaksanakan kerana tidak terhad kepada kes pembuangan bayi sahaja malah boleh diaplikasikan kepada kes-kes lain juga untuk mengenal pasti identiti penjenayah. Namun, persoalannya sejauhmana ia mampu dilaksanakan kerana bilangan penduduk yang ramai dan melibatkan kos yang tinggi??? Pada pendapat saya, walaupun kos yang tinggi tetapi berbaloi sekiranya cadangan ini dapat mengatasi masalah pembuangan bayi dan juga kes-kes jenayah yang lain.

Kesimpulanya, hukuman yang berat bukanlah jalan penyelesaian yang baik tetapi, punca kepada permasaalahan ini yang perlu dirungkai terlebih dahulu. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan terutamanya ibubapa kerana segala-galanya bermula daripada rumah.

Tuesday, August 24, 2010

UPAH @ FADILAT

"Aiman, esok kita mula puasa. Aiman kena puasa ye." Kata si bapa kepada si anak.
"Ok bah, tapi nanti abah belikan Aiman PSP yang baru ye." Kata si anak.

Si bapa pening memikirkan kerenah si anak. Setiap kali disuruh puasa ramadhan Aiman mesti mahukan upah. Sedar tak sedar Aiman sudah mencapai usia 10 tahun. Si bapa berfikir apakah dengan upah yang diberi Aiman akan memahami fadilat puasa yang sebenar??? Apakah yang harus dia lakukan supaya Aiman tidak lagi meminta upah apabila disuruh berpuasa.

Seingat saya dulu waktu kecil-kecil ada jugak menerima upah daripada mak dan ayah kerana berpuasa. Upah puasa kepada anak-anak dari sudut negatifnya, si anak akan menjadi terlalu menuntut dan cenderung kepada kebendaan. Sekiranya upah itu berterusan sehingga si anak matang, maka si anak akan terus mengharapkan ganjaran untuk puasa yang dilakukan. Malah si anak tidak akan faham tentang fadilat berpuasa dan lebih terdorong untuk mengumpul wang semata-mata daripada memahami erti menahan lapar dan dahaga. Si anak juga tidak mahu berpuasa sekiranya tiada upah yang diberikan. Upah atau ganjaran yang diberikan tidak semestinya berupa duit, tetapi apa-apa saja yang diingini oleh anak-anak dan upah tersebut tidak semestinya berupa barangan yang mahal, terpulang kepada kemampuan ibu bapa.

Oleh itu, langkah yang terbaik untuk mengalakkan anak-anak berpuasa ialah dengan memberi didikan kepada si anak tentang tujuan dan kebaikan ibadat puasa. Selain itu, ibubapa juga seharusnya memberi penerangan tentang keseronokan dan kenikmatan waktu berbuka puasa bersama keluarga serta menerapkan kepada si anak tentang pahala dan keredhaan Allah.

Menurut Dr Mohamad Zulkifli, seorang penceramah bebas mengatakan sekiranya upah berpuasa itu adalah sebagai dorongan untuk anak-anak berpuasa maka ianya digalakkan. Di sini upah adalah mukadimah untuk melatih anak-anak berpuasa. Namun, sekiranya amalan upah ini berterusan sehingga kanak-kanak matang, maka ianya tidak boleh sama sekali. Hal ini kerana mereka sepatutnya sudah faham tentang kewajipan ibadat puasa.

"Wahai orang yang beriman kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa."

Friday, August 20, 2010

AWAKEN....

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis

We built buildings of different lengths and sizes

And we felt so very satisfied

We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor cause

We couldn't stand their crying

We thought we paid our dues

But in fact

To ourselves we're just lying

Chorus:
Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place

I'm walking with my head lowered from my race

Yes it is easy to blame everything on the west

When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Delso
We made show we were seen in the most exclusive shop
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor

We didn't have any time to lose

When we were (were)

So busy feeling so satisfied


Chorus:


We became the visuals without a soul
Despite the heat
Our homes felt so empty and cold

To fill the emptiness

We bought and bought
Maybe all the fancy cars

And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister

It's time to change inside

Open your eyes
Don't throw away what's right aside

Before the day comes

When there's nowhere to run and hide

Now ask yourself cause Allah's watching you


Is He satisfied?

Is Allah satisfied?


Chorus:

-Maher Zain-


I love this song so much. Now is the moment to awaken. Remind myself again and again... What I dream of is what I am meant to create. So, awaken and make them real....

Sunday, August 15, 2010

KISAH SEORANG SUAMI

Cerita yang pernah saya baca ini mengisahkan seorang suami yang betul-betul mengambil berat terhadap isterinya...

Si suami merasakan isterinya mengalami masalah pendengaran. Lalu si suami berjumpa dengan seorang doktor untuk mendapatkan nasihat tanpa pengetahuan si isteri. Doktor tersebut memberi satu cara mudah kepada si suami, bagaimana untuk mengetahui betapa teruknya masalah pendengaran yang dihadapi oleh isterinya.

Menurut doktor "si suami perlu berdiri sejauh 40 kaki daripada si isteri dan kemudian mulakan percakapan biasa dengan suara dan nada yang biasa digunakan. Sekiranya si isteri tidak memberikan apa-apa tindakbalas maka, si suami perlu berdiri dekat dengan si isteri sejauh 30 kaki. Sekiranya si isteri masih tidak memberi apa-apa tindakbalas maka, si suami perlu berdiri lebih dekat dengan si isteri sejauh 20 kaki dan sekiranya masih tiada apa-apa tindakbalas maka, si suami perlu berdiri lebih dekat dengan si isteri sehingga si isteri mendengar percakapan si suami."

Apabila sampai ke rumah si suami mencuba cara yang diberikan oleh doktor tersebut. Dalam jarak 40 kaki daripada si isteri, si suami bertanya "Sayang masak apa hari ini?" Si isteri tidak memberikan apa-apa tindakbalas maka, si suami berdiri lebih dekat dengan si isteri dengan jarak 30 kaki dan bertanya soalan yang sama. Namun, masih tiada apa-apa jawapan daripada si isteri. Si suami berkata betapa teruknya masalah pendengaran yang dihadapi oleh isterinya. Lalu si suami menghampiri si isteri dalam jarak 20 kaki dan bertanya soalan yang sama namun, belum juga mendapat jawapan daripada si isteri. Akhirnya si suami berdiri di belakang si isteri dan bertanya "Sayang masak apa hari ini?"

Si isteri memandang si suami dan berkata "Ya Allah 70 kali saya beritahu, abang saya masak ayam."

Mungkin kita sendiri pun mempunyai sikap seperti si suami ini termasuk diri ini....Cuba kita fikir berapa kali kita menyalahkan orang lain tanpa mengetahui bahawa sesuatu masalah yang timbul berpunca daripada diri kita sendiri.

No blaming others, please....

WHEN YOU POINT ONE FINGER TO OTHERS, FOUR ARE POINTING BACK RIGHT AT YOU....

Sunday, March 28, 2010

KAU SAHABAT KAU TEMAN

“Aishah, aku harap kaulah orang pertama yang aku dapat lihat nanti bila mataku dah sembuh.”

“Insya Allah Mairah.”

“Tapi, ada ke orang yang sudi dermakan mata untuk aku???”


“Insya Allah, aku pasti akan ada orangnya nanti, kau sabar ye Mairah.”

Sebulan Kemudian…

“Humairah saya ada berita gembira untuk kamu, akhirnya ada seseorang yang sanggup dermakan matanya untuk kamu.”

“Betulkah doktor siapakah orangnya?”

“Saya minta maaf Humairah saya terpaksa rahsiakan identiti penderma.”

******************
“Haziq, kenapa k.Aisyah tak datang? Akak teringin sangat nak lihat wajah k.Aishah.”


“Akak…k.Aishah tak dapat datang, ni surat daripada k.Aishah.”

Text Color
Assalamualaikum….
Mairah, aku gembira sangat kau dah boleh melihat. Impian kau dah tertunai Mairah. Tapi, aku minta maaf sebab aku tak dapat nak penuhi permintaan kau. Maafkan aku Mairah, selama ni aku rahsiakan penyakit kanser yang aku alami. Kita hanya merancang Mairah, aku nak sangat berada di sisi kau sekarang, tapi…Allah yang tentukan segala-galanya. Aku tak sempat untuk melihat kegembiraan ini. Aku redha…Ini ketentuan untuk aku. Aku harap kau takkan sia-siakan kehidupan ini Mairah. Aku sentiasa doakan kau bahagia Mairah.
Sahabatmu…
Aishah

“Akak, k.Aishah dah tak ada kak.”

“Haziq, mata ni…mata k.Aishahkan???” Haziq hanya mampu tersenyum.


“Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami, kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan, sedih rasanya hati ini bila mengenangkan kau sahabatku kau teman sejati, tulus ikhlasmu luhur budimu bagaikan tiada pengganti, senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami, memori indah kita bersama terus bersemadi kau sahabatku kau teman sejati.”

Sudah 5 tahun kisah ini berlalu…Namun, setiap kali lagu kau sahabat kau teman berkumandang akan mengingatkan aku kepada Aishah, seorang sahabat yang sanggup berkorban demi seorang sahabat dan kini aku dapat melihat keindahan alam maya ciptaaNYA.

“Aishah kau sahabatku…kau teman sejati…”

Kisah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa, hanya rekaan semata-mata. Begitulah ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini….dan percayalah erti persahabatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi. Mengukur nilai persahabatan memang nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Hati manusia berubah-ubah… adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata-mata kerana kita sekepala dan apabila menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, maka kita menjauhkan diri daripadanya. Adakah itu yang dinamakan ikhlas dalam bersahabat? Ini juga adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Tiada manusia yang sempurna..Namun, rindu terhadap sahabat itu akan terasa apabila berjauhan..apabila dekat sukar untuk dilafazkan..tapi cukuplah mata yang melihat mengerti apa yang tersirat di hati..di dalam setiap doa pasti terselit titipan buat diri bergelar sahabat..nilaian keihlasan itu hanya mampu diukur olehNYA..

***Buat semua sahabat-sahabatku maaf di atas segala khilaf...semoga persahabatan yang terjalin kekal buat selama-lamanya.

Tuesday, March 16, 2010

HIDUP PADA MEMINTA...

Kisah 1
Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya,"Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?" Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintainya. "Tidak usah! Usir saja dia. Si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.

Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya yang baru, tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?"Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis. Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalanan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu."Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini?Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya.”

Kisah 2
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul di hadapan.

“Abg nak beli kuih?” Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

"Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba saya terus menikmatinya.

Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak dan dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya." Tak nak beli kuih saya bang..pak cik...kakak… makcik."

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihat betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya agak umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang,” katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya bersih dan bersahaja. Terpantul kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah..! Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih dan terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta dan memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa, abang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi kepada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat kepada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang.....!” Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!! Selagi termampu kita harus berusaha untuk meneruskan kehidupan bukan hidup dengan meminta-minta.

Kedua-dua cerita di atas mengingatkan saya kepada dua orang pengemis di salah sebuah pasar malam yang pernah saya kunjungi. Seorang berkerusi roda dan seorang lagi duduk bersipuh di tepi jalan raya. Keadaanya agak menyedihkan…perkara pertama yang terlintas di fikiran saya ialah apakah mereka tidak mempunyai ahli keluarga? Sanggupnya anak-anak mereka melihat ibunya dalam keadaan seperti itu…hidup dengan meminta-minta. Kita harus hidup pada memberi BUKAN hidup pada meminta....Kita sememangnya digalakkan untuk bersedekah kepada orang-orang yang memerlukan tapi persoalannya apakah mereka betul-betul memerlukan? Banyak persoalan di sebalik kehidupan mereka yang kita tersedia maklum.

Isu pengemis bukan lagi isu baru, namun sehingga kini tiada penyelesaiannya. Persoalan yang paling utama yang harus dipersoalkan, apa peranan pihak berkuasa yang terlibat??? “Jangan hari ini buat operasi dan kemudian senyap…”

Friday, February 19, 2010

NILAI SEBUAH PENGORBANAN

Kisahnya bermula dengan perkenalan secara tidak sengaja antara Adam dan Qistina dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berkahwin.



Qistina merupakan anak tunggal dan berasal dari keluarga yang kaya. Kedua ibubapanya telah lama meninggal dunia dan telah mewariskan segala kekayaan kepadanya. Selepas berkahwin Qistina dan Adam menetap di banglo mewah peninggalan kedua ibubapa Qistina. Adam???



Adam pula berasal dari keluarga yang sederhana. Selepas mendirikan rumah tangga dia masih belum mempunyai pekerjaan yang tetap. Namun, Qistina tidak kisah dengan keadaan itu. Dia ikhlas menerima Adam seadanya. Baginya kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai… Akhirnya Qistina mengambil keputusan untuk membantu suaminya membuka perniagaan, memandangkan keadaan semasa yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Untuk itu, banyak wang ringgit dibelanjakan demi membantu suaminya membuka perniagaan. Dia juga sanggup berhenti kerja untuk sentiasa berada di sisi suami dan anak-anak yang masih kecil. Dia ikhlas memberikan semua itu demi melihat suaminya berjaya. Baginya dia akan berjaya setelah orang yang disayanginya berjaya. Akhirnya Adam berjaya sebagai seorang ahli perniagaan yang disegani.



Kebaikan Qistina sememangnya diakui oleh keluarga Adam. Qistina banyak membantu mereka dari segi kewangan sehingga Salmi (kakak Adam) berjaya membuka sebuah butik pakaian. Amran (adik Adam) berjaya melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Kehadiran Qistina banyak mengubah corak kehidupan keluarga Adam. Mereka tidak lagi dibelenggu dengan masalah kewangan. Qistina melakukan semua itu dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Baginya keluarga Adam keluarganya juga.



Namun…panas tidaklah sampai ke petang..hujan di tengah hari…manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukkan segala-galanya. Dalam sekelip mata segala kebahagian yang dikecapi diuji olehNYA.



--------------------------------------------------------------------------------



“Puan, saya harap puan banyak-banyak bersabar dan menerima segala ketentuan ini dengan redha. Puan disahkan mengidap barah tulang dan kami terpaksa memotong kaki puan untuk mengelak daripada sel-sel barah terus merebak.” Itulah kata-kata keramat yang mengubah kehidupannya.



Kini kehidupan Qistina hanya di rumah, kerusi roda dan tongkat yang menemaninya sepanjang hari. Dia tidak dapat lagi menemani suaminya menghadiri majlis makan malam dan sebagainya. Namun, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu selagi dia termampu. Apa yang diharapkan suami dan anak-anak memahami keadaannya.



6 bulan kemudian….



“ Selama ini abang cukup faham dengan keadaan Qis dan abang harap Qis juga boleh memahami keadaan abang dan hak abang sebagai suami. Abang takkan lepaskan Qis tapi abang ingin berkahwin lagi. Abang harap Qis tidak kisah dan memberi keizinan.”



“ Saya faham dan saya izinkan.” Hanya itu yang mampu diucapkan. Tidak ada perempuan yang boleh menerimanya tapi, dia terpaksa redha dengan permintaan suaminya dan sedar keadaanya yang serba kekurangan. Dia inginkan suaminya bahagia. Sekiranya itulah kebahagiannya dia merelakan. Itu ujian untuknya. Dia pasrah. Dia bernasib baik kerana anak-anak masih memahami keadaanya dan merekalah sumber kekuatan untuknya.



Adam, kini berkahwin dengan Camelia seorang yang mata duitan dan sememangnya ingin memiliki kekayaan yang dimiliki oleh Adam. Adam cuba mencari kebahagiaan dengan Camelia. Namun…dia tidak pasti apakah sama kebahagiaan yang dikecapi dengan Qistina?? Tanggungjawabnya sebagai suami terhadap Qistina dan bapa kepada anak-anaknya terabai semata-mata hanya ingin mencari kebahagiaan yang tidak pasti. Dia jarang pulang menemui Qistina dan anak-anak. Di manakah keadilannya dalam berpoligami???



Qistina tidak kisah dengan keadaan itu dan sentiasa menasihati anak-anak supaya tidak membenci Adam.



“ Walauapun yang terjadi dia tetap papa kamu dan mama tidak mahu anak-anak mama menjadi anak yang derhaka” Itulah kata-kata nasihat yang selalu diberikan kepada anak-anaknya.



Dia seorang yang kuat walaupun dalam keadaan sakit dia sentiasa memberi yang terbaik untuk anak-anaknya.



6 bulan kemudian…



“ Alhamdullilah Encik Adam keadaan encik sekarang dah stabil dan encik beruntung kerana memiliki seorang isteri yang berhati mulia dan sanggup mendermakan buah pinggan untuk encik.”


“Camelia?”


“Tak…Qistina.”


“Doktor saya nak jumpa dia sekarang. Kat mana dia doktor?”


“Apa…encik Adam tak tahu yang puan Qistina dah tak ada. Dia dah pergi buat selama-lamanya dan ini adalah wasiatnya mendermakan buah pinggangnya untuk encik Adam.”

___________________________________________

Hidup pada memberi dan berkorban tanpa ada apa-apa balasan. Sanggupkah kita???
Sekiranya ada insan yang sanggup berkorban untuk kita hargailah pengorbanan mereka selagi mereka masih ada....
Buat mak dan ayah diri ini amat menghargai pengorbananmu dan tidak terbalas untuk diri ini.
Adik-adik yang sentiasa memahami thanks... Love you all.
Buat semua insan-insan yang pernah berkorban untuk diri ini pengorbanan kalian amat dihargai dan buat seseorang yang mungkin merasakan dirinya tidak dihargai...ketahuilah diri ini menghargainya...





Sunday, January 10, 2010

SEKEPING HATI

Dia seorang perempuan, seorang isteri, ibu dan kakak yang baik. Setiap kali pertemuan kami tidak pernah wajahnya sedih, sugul atau apa-apa tanda yang dia sedang bersedih. Dia sentiasa ceria dan menghiburkan…Setiap kata-kata nasihat dan pandangan yang diberikan tersemat di hati sebagai panduan dan pedoman dalam kehidupan.

Jelas terpancar keikhlasan di wajahnya sehingga dia sanggup berkongsi dan memberi sesuatu yang amat disayanginya kepada seseorang yang juga bergelar perempuan. Sempat aku bertanya kenapa??? Jawapannya mudah dan cukup ringkas…dengan senyuman dia menjawab, kerana dia ingin melihat orang yang disayanginya bahagia dan berada di landasan yang betul dan Allah sentiasa bersama-sama dengan kita. Setiap apa yang kita lakukan dengan ikhlas akan membawa kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat nanti. Kata-kata itu sentiasa bermain di fikiran ini dan wajahnya yang penuh dengan keikhlasan membuatkan hatiku sayu. Bagiku terlalu banyak pengorbanan yang dibuat dan tanpa apa-apa balasan pun yang dipinta.

Sesuatu yang amat bernilai yang aku dapat pelajari ialah tentang keikhlasan. Keikhlasan yang lahir dari sekeping hati. Tidak semua orang boleh ikhlaskan hati untuk memberi semata-mata tanpa menerima apa-apa sebagai ganjaran. Apatah lagi demi melihat kebahagiaan orang lain. Begitu susah untuk dilakukan...mengorbankan kebahagiaan kita untuk orang lain. Tapi, mungkin di suatu saat apa pilihan yang kita ada??? Bercakap tentang memberi, hakikatnya tidak ramai yang suka memberi, tapi ramai antara kita yang suka menerima. What you give, you get back and what goes around, comes around. Bagiku dengan sifat keikhlasan yang ada dalam hatinya membuatkan hidupnya bahagia dan mampu menggembirakan orang di sekelilingnya. Inilah yang sedang aku pelajari dan kita semua harus memilikinya sebagai senjata untuk memperolehi kebahagiaan, terutamanya kebahagiaan di hati. Luaran mungkin kita nampak bahagia tetapi dalaman hanya kita yang tahu…

Dia juga memiliki sekeping hati yang bersifat pemaaf. Kemaafan diberikan walaupun berulang kali kesalahan dilakukan oleh seseorang yang bernama الزوج’ ’ dengan harapan adanya perubahan dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi. Kita mungkin boleh memberi kemaafan sekiranya kesalahan itu adalah kali pertama. Tapi, tidak untuk kesalahan yang berulang kali. Tapi dia tetap memberi kemaafan walaupun berulang kali kesalahan yang sama dilakukan. Dia seorang yang cukup sabar dengan sebuah penantiaan agar insan yang disayanginya itu berubah. Baginya dengan memaafkan kesalahan seseorang hati kita akan menjadi tenang dan bahagia serta dapat mengelakkan diri daripada berdendam. Katanya, ini akan membawa kepada kemusnahan hidup seseorang…

Kini barulah aku faham kenapa dia bahagia dan gembira dengan hidupnya walaupun begitu berat ujian dan dugaan yang dihadapinya. Semuanya hanya sekeping hati yang dia miliki. Sememangnya, aku ingin memiliki sekeping hati yang dimiliki olehnya kerana di situ terdapat kebahagiaan dan kegembiraan.

"Kata-kata cinta terucap indah, mengalir berzikir di kidung doaku, sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku, buti-butir cinta air mataku, teringat semua yang KAU beri untukku, ampuni khilaf dan salah selama ini ya Ilahi..."~muhasabah cinta~

Sunday, January 3, 2010

WHAT GOES AROUND, COMES AROUND


When I come looking for sugar, my bag will be examined to see how much it can hold, it will be filled accordingly. Indirectly, if I want more sugar I should find myself a bigger bag, this is because the quantity of sugar that I will receive depend on the size of my bag.


The issues now…am I willing to work hard to search for the big bag??? Am I satisfied with the size of bag I am currently holding?


Thus, whatever I have worked hard for…whatever efforts I have put in…I shall receive the benefits of my actions accordingly. Whatever I do good or evil, I shall receive the corresponding benefits or consequences. This is fair.


Both in this world and in the hereafter, Allah rewards every one of us for our actions in the most just way. He pays us back in full for whatever we have done during our life and sees everything. I remind myself that I come to this world only once, after this my real life in the hereafter which will go on forever.


“Reward according to the best of their actions”

Saturday, January 2, 2010

HIKMAH YANG TERSIRAT

“Selamat tinggal 2009” dan “selamat tahun baru 2010” itulah antara mesej yang saya terima daripada kawan-kawan melalui facebook dan sms sempena dengan kedatangan tahun baru 2010. Adakah 2010 menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam hidup kita atau sebaliknya??? Kita yang akan menentukan…dan tidak bermakna kita perlu melupakan semua peristiwa pahit dan manis yang berlaku sepanjang tahun 2009 dan juga tahun-tahun sebelumnya.

Untuk seketika kita kembali sejenak ke tahun 2005. Adakah kita masih ingat dengan nama Tsunami yang menggegarkan Sumtera dan lingkaran Lautan Hindi??? Kesannya dianggap seperti terkena bom nuklear kerana menyamai 1,500 butir bom atom yang menghancurkan Hiroshima dalam Perang Dunia Kedua. Negara kita juga terkena tempiasnya terutamanya Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak. Ekoran bencana ini anggaran 226,000 nyawa di 13 negara Asia dan Afrika melayang. Itu adalah bencana yang berlaku pada tahun 2005.

Untuk seketika pula kita kembali sejenak ke tahun 2009 yang baru melepasi kita. Tanggal 30 September gempa bumi berukuran 7.9 pada skala richter telah melanda Sumatera Barat dari Kota Padang ke Pariaman. Dalam kejadian ini terdapat tiga buah kampung tenggelam ditelan bumi. Keadaannya cukup menyedihkan…

Apakah perlu kita mempersoalkan apa yang sudah dan bakal dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menghalang kemusnahan kepada nyawa dan harta akibat daripada tsunami dan gempa bumi??? Kita tidak perlu mempersoalkannya tapi mencari apakah hikmah di sebalik semua bencana yang berlaku??? Dalam satu kuliah yang saya ikuti seorang ustaz memberitahu itulah akibatnya apabila tidak mengamalkan amal makruf nahi mungkar dalam kehidupan. Dengan kata lain menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Apa yang berlaku di Padang ramai orang yang meninggalkan masjis dan surau, solat jumaat diabaikan dan mereka tidak mahu menyembah Allah maka digantikan dengan ribuan surau dan masjid sujud ke bumi. Amalan syirik, khurafat dan hiburan yang melampau juga berleluasa berlaku.

Perkara yang paling menarik perhatian mengenai kejadian gempa ini ialah tentang hikmahnya iaitu tarikh dan waktu berlakunya gempa di Padang dikaitkan dengan ayat Al-Quran oleh pengkaji kotemporari Al-Quran.

Tarikh gempa : 30 September 2009 ( Surah al-Rum 30:9)

أولم يسيروا في الأرض فينظروا كيف كان عقبة الذين من قبلهم كانوا أشد منهم قوة وأثاروا الأرض وعمروها أكثر مما عمروها وجاءتهم رسلهم بالبينت فما كان الله ليظلمهم ولكن كانو أنفسهم يظلمون
Allah berfirman yang bermaksud: “Tidakkah mereka berjalan di muka bumi? lalu mereka memperhatikan bagaimana akibat (yang dideritai) orang sebelum mereka? Mereka itu terlebih kuat daripada penduduk ini dan mereka itu menggarap tanah (bertani) dan memakmurkan lebih banyak daripada apa yang mereka (ini) memakmurkannya. Dan telah datang kepada mereka rasulnya dengan membawa keterangan. Maka Allah tiada hendak menganiaya mereka, tetapi mereka menganiaya diri mereka sendiri.”
Waktu berlaku gempa : 17.16 (WIB) (Surah al-Isra’ 17:16)

وإذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فد مرنها تدميرا
Allah berfirman yang bermaksud: “Apabila kami kehendaki akan menbinasakan suatu negeri, (lebih dahulu) kami suruh orang yang mewah (supaya taat kepada Allah), tetapi mereka fasik (durhaka), sebab itu berhaklah mereka ditimpa seksaan, lalu kami binasakan negeri mereka sebinasa-binasanya.

Apa yang penting di sini ialah kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku. Ada hikmah yang tersembunyi yang harus kita jadikan iktibar untuk kehidupan yang seterusnya. Semoga tahun 2010 ini lebih baik daripada sebelumnya dan ada perubahan yang kita lakukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...