Sunday, December 13, 2009

DIA INGIN BAHAGIA

Dia punya segala-galanya, kerja yang bagus, pangkat yang tinggi, duit yang banyak dan boleh dikatakan hidupnya penuh dengan kemewahan dan kesenangan. Namun, dia tetap tidak berpuas hati dengan kehidupannya sekarang dan merasakan hidupnya masih tidak bahagia.

Dia tidak punya segala-galanya, kerja kais pagi makan pagi, apatah lagi berpangkat tinggi, tidak berwang dan hidupnya dalam kedaifan dan kesusahan. Dia memang tidak berpuas hati dengan kehidupannya sekarang dan sudah pasti dia merasakan hidupnya memang tidak membahagiakan.

Dia seorang yang sederhana, mempunyai pekerjaan walaupun tidak berpangkat tinggi, tidak mempunyai duit yang banyak. Tapi mencukupi untuk menampung kehidupannya. Tapi, dia juga tidak berpuas hati dengan kehidupannya sekarang dan masih merasakan hidupnya tidak bahagia.

Kesemua mereka masih belum menemui kebahagiaan dalam kehidupan….Masih mencari..Kenapa mereka masih tidak bahagia??? Bukankah hidup dalam kesenangan dan kemewahan membahagiakan???

Suatu kisah di zaman Rasulullah SAW yang dipetik dari buku ‘Jangan Bersedih’. Suatu pagi Ali bangun dari tidur bersama isterinya Fatimah, kemudian mencari sesuatu untuk dimakan. Namun tidak menemui sesuatu apa pun makanan. Ali pun memakai jubah berlapis bulu binatang kerana kota Madinah waktu itu sangat dingin sekali, lalu keluar mencari makanan sekeliling kota Madinah. Tiba-tiba dia teringat seorang yahudi yang mempunyai sebuah kebun dan dia segera menuju kepadanya. Melihat kedatangan Ali, orang Yahudi itu menyapa: "Wahai orang badui, kemarilah bantu kami mengambil air. Aku akan mengupah kamu untuk setiap baldi satu biji kurma." Ali pun membantunya hingga dua tangannya bengkak dan badannya letih. Ali kemudiannya pulang membawa kurma tersebut. Di dalam perjalanan pulang ia bertemu Rasulullah SAW dan dia memberikan sebahagian kurma kepada baginda. Sisanya dia makan bersama Fatimah untuk hari itu. Seperti itulah kehidupan mereka, tetapi mereka merasa rumah mereka penuh kebahagiaan, ketenangan, cahaya dan kesenangan. Hati mereka hidup dengan prinsip luhur yang diajar oleh Rasulullah. Mereka hidup dengan idealisme yang tinggi. Dan mereka mengetahui nilai sesuatu, hakikat permasalahan dan apa jua yang ada di sebalik permasalahan.

Kebahagiaan dapat disimpulkan sebagai satu keadaan yang mendatangkan ketenangan dijiwa, kerehatan diminda dan kegembiraan dihati. Ia subjektif kerana sesuatu yang membahagiakan seseorang itu, tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada orang lain. Sebagai contoh, seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya menjadi juara dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak bererti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Kebahagiaan tidak terletak pada sesuatu yang jelas seperti pangkat, darjat, kekayaan dan kemewahan. Malah orang yang hidup dalam kesederhanaan pun masih mencari bahagia apatah lagi orang yang hidup dalam kesusahan. Ia adalah perasaan dalaman yang dirasakan oleh seseorang setelah membuat penghayatan dan penilaian kehidupan yang telah ditempuh. Dia bersifat umum dan mendalam. Setiap daripada kita sudah pasti meletakkan kebahagiaan sebagai matlamat dalam kehidupan kita. Untuk apa kita bekerja? Untuk apa kita belajar? Jawapannya, hanya satu untuk kehidupan yang lebih baik iaitu untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. Kita perlu mencarinya…bagaimana???

~Jadilah seorang yang bersyukur dengan segala yang telah dikurniaakan.
~Berhenti menyalahkan orang lain dan melihat kepada kesalahan sendiri.
~Jauhi segala sifat-sifat buruk seperti hasad dengki, tamak dan sebagainya.
~Sedarlah bahawa hidup ini hanyalah sementara.


Sekiranya kita merasakan hidup ini membahagiakan, apakah kebahagiaan yang kita kecapi selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlukan? Atau ada sesuatu yang masih tersembunyi di sebalik kebahagiaan itu? KEBAHAGIAAN YANG HAKIKI. Sama-sama kita renungkan…
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, Ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”

Kebahagiaan yang datang kadang-kadang membuatkan kita terlena sehingga melupakan kesengsaraan...
Kesengsaraan pula kadang-kadang membuatkan kita tidak lagi melihat adanya sebuah harapan...harus kita membuat penilaian kedua-duanya.

***Tiba-tiba saya teringat sebuah filem Inggeris lakonan Will Smith yang berjudul 'The Pursuit Of Happiness'. Filem ini juga menceritakan tentang kebahagiaan...So interesting.

2 comments:

Nadiah Hanim said...

Hmm bahagia..luaran..org miskin mmg akan nampak org kaya bahagia..sebab org miskin kekurangan harta..dan nampak org kaya ada segala2nya..namun hakitkat kebahagiaan bukan terletak pd itu semua..ketenangan dan kebahagiaan yg dikurniakan Allah itulah hakikat yg dicari oleh semua manusia..akulah pencari itu..setiap manusia dikurniakan ujian yg pelbagai..andai kite berjaya harunginya dgn syariat..disitulah kuncinya..sekadar pandangan..

ermizamustafa said...

Time kasih di atas pandangan...smg kita sama-sama mencari dan memperolehi kebahagian yang hakiki di sisiNYA. Insya Allah.