Tuesday, September 1, 2009

KESILAPAN DI BULAN RAMADHAN…


Pada malam ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat daripada Majalah i keluaran Ogos 2009. Saya jarang membaca majalah ilmiah seperti ini. Sememangnya banyak info yang boleh kita dapat, terutamanya tentang dunia Islam. Syabas dan tahniah kepada penerbitnya dan Karangkraf. Apa yang saya ingin kongsikan ialah tentang salah faham kita dan saya sendiri terhadap amalan-amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Salah faham yang paling utama di kalangan kita dan diri ini ialah tentang waktu imsak. Kita menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. Waktu imsak sebenarnya hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang dicadangkan oleh beberapa ulama untuk mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur tetapi, waktu amaran sahaja. Tidak ada alasan sekiranya kita terlewat bangun dan sudah masuk waktu lalu kita tidak bersahur dan seterusnya tidak dapat berpuasa pada keesokkan harinya. Waktu yang disepakati ulama sebagai waktu penamat sahur adalah setelah masuk waktu fajar sidiq (subuh).

Yang ke duanya ialah tentang solat witir selepas solat terawih. Banyak dalil-dalil yang sahih mengatakan waktu yang terbaik untuk solat witir adalah penutup segala solat sunat di malam hari tersebut. Memetik sebuah hadis yang bermaksud: “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam”. Tidak salah untuk melakukan solat sunat witir selepas solat terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu maka, adalah lebih afdhal ia melewatkan witirnya di akhir malam.

Antara amalan lain yang menjadi salah faham kita di bulan yang mulia ini ialah makan sahur. Ada di kalangan kita (trmasuklah diri ini kadang-kadang) makan sahur di waktu tengah malam sebelum tidur kerana malas bangun di akhir malam. Orang yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh nabi dan bertentangan dengan sunnahnya. Perkataan ‘sahur’ itu sendiri dari segi bahasa bermaksud waktu terakhir di hujung malam. Para ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam.

Selain daripada amalan-amalan di atas kita sering bermalasan-malasan dan tidak produktif dalam melakukan kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan kerja yang kita lakukan seharian adalah dengan niat ibadat dan pastinya akan menambahkan lagi pahala di bulan yang mulia ini. Oleh itu kita hendaklah meningkatkan produktiviti dan bukan mengurangkannya di bulan Ramadhan. Jangan menjadikan puasa sebagai alasan.

Setiap kali kedatangan Ramadhan, setiap masjid dan surau pasti meriah. Ramai yang datang untuk solat terawih beramai-ramai kerana kemeriahannya dan ada jugak antara kita yang datang ke masjid dengan niat kerana morehnya. Malanglah bagi mereka yang hadir ke masjid bukan atas dasar keimanan dan bukan mengharapkan ganjaran redha Allah. Ingatlah bahawa setiap amalan kita dikira dengan niat. Nabi S.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya semua amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat”. Insya Allah semoga salah faham kita tentang amalan-amalan di atas dapat diperbetulkan dan kita dapat mempertingkatkan lagi level ibadat kita sebelum berakhirnya ramadhan tidak lama lagi.

2 comments:

Anonymous said...

salam k miza...

huhuhu..betul tu..itulah kesilapan kita yg ketara ...kdg2 org tk alert pasal ni...

mcm anak sdara saya...die sndri ada tny saya soalan ni...mklumla..ni 1st time ktrg tnggal skali so susah la die nk bgun sahur

nk kna kjut byk kali bru nk bgun

pastu kdg2 ble dh lmbt die mls bngun dah kata tk smpt...

ble dh jlskan pd die wktu sahur tu masih blh mkn walaupon dah imsak baru die faham..

terbaca entry kak miza ni teringat kat die..

sy tak pose ni lg la die tk bgun..hahaha

slmt brbuka..:)
nk blik dah ni

ermizamustafa said...

Insya Allah semoga kita dapat memperbetulkan khilaf kita selama ini.Apa yang penting..."kerjasama" eh tak dela lawak je.Yang penting kita berusaha untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang masih kabur jawapanya.